Cupcakes : Fondant & Gumpaste

Wedding Cupcakes

Orange Cupcakes
25 pcs - RM 100

Thanks to Audi





Interested just drop your comment

Cupcakes : Buttercream & Cheese Frosting


Chocolate Moist with Buttercream/Cheese Frosting
1 pcs - RM 3

Thanks to Pn Jamaliah
60 pcs


Chocolate Moist with Buttercream



Chocolate Moist with Cheese Frosting


Interested??
Do contact me or drop your comment
(Kedah-Perlis)

019 - 418 1129
(nuha)

Cupcakes : Fondant


Cupcakes untuk hantaran
16 pcs - RM 65
Thanks to Farizuan







Berminat??
Boleh contact saya di 
019 - 418 1129
(nuha)






Konvokesyen Papa

Alhamdulillah

dan

TAHNIAH hubby

kerana telah selamat berkonvo bagi

Master Innovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan
( 14-10-2012 )




Mulanya memang tak plan pun nak pergi konvo tu...hubby macam nak ke taknak pergi kan. Kejap nak pergi, kejap tak nak pergi...i mana-mana pun voleh jer. At first dia kata tak nak pergi dan nak minta tolong kawan ambilkan je sijil tu tetiba dalam 2,3 hari je lagi nak konvo dia kata nak pergi pulak sebab tak nak susahkan kawan dia. Lagipun jubah semua kawan dia dah tolong ambilkan dan bayaran pun dah dibuat...kau pergi ke tak konvo, Rm 200 wajib dibayar...i bab berholiday ni laju je la.

Kami bertolak Sabtu pagi, konvo hari Ahad petang dan balik hari Selasa pagi. Lagipun dah lama tak buat lawatan ke rumah my sis kat Bangi tu. Boleh la bawak budak-budak ni ke luar negeri sama, menempuh 6 jam perjalanan yang dah lama ditinggalkan...hehe.

Hari konvo tu kami anak-beranak tak pergi pun, stay rumah my sis je. Bukan tak support suami tapi mengenangkan anak kecil yang nak tidur je tu, kesian pulak nak mengusung time tengah panas terik. Dengan abang pulak pantang boleh jejak tanah, satu UPM tu dia meronda nanti, mati mak nak mengawal keadaan. Lagipun hubby memang tak nak bawa budak berdua tu sebab majlis tu dalam 3-4 jam, kesian diorang nak menunggu. Nasib baik la kawan dia pun bersendirian gak, so diorang pergi la berdua...









Esoknya sebelum hubby pulangkan jubah, kami sekeluarga bergambar di studio. Studio kat UPM tu je...senang cerita. At least ada gak la gambar kenangan sefamily....Tak sempat pun nak pegi pesta konvo walaupun teringin sangat, mengenangkan amni yang dah ketiduran malas la nak pegi mana-mana pun. Terus pecut balik rumah kakak. Esoknya lepas budak-budak dah bangun baru kitorang gerak balik kedah...Bye bye KL, tak tau la bila nak datang lagi....wahahaha.....












Amni Dayani : 4 months old

Tetiba penyakit rajin nak mengupdate blog datang pulak...so layankan je la. Mungkin sebab amni pun dah tak perlu extra attention, dah besar pun anak mak.

Dah 4 bulan pun puteri-comel kami.

Baru kali ni mummy nak update pasal u, si puteri..Dah 4 bulan ni belum ada tanda-tanda nak meniarap lagi cuma dah pandai mengiring ke kiri dan kanan dengan sendiri. Kadang-kadang tu nampak gak dia berusaha sorang-sorang nak pusingkan badan tapi belum berhasil lagi. Takpe...takes your time darl.

Dia paling pantang nampak mummy, tengok mummy macam nak telan pun ada. Tak lepas la pandangan tu dari kelibat mom. Kalau tinggalkan dia sorang-sorang ok je tapi bila mummy lalu je terus merengek manja. Ini budak juga sangat banyak mulut; macam-macam bunyi comel keluar dari mulut dia. Apa yang dibebel pun tak tau la. Dan yang paling penting sangat pemurah dengan senyuman #boleh cair tengok senyuman kamu anak#

Seorang bayi yang sangat mudah dijaga, tak banyak ragam. Hanya akan meragam bila tidur tak cukup #Insiden yang berlaku di hari raya aidilfitri yang pertama - mengamuk sakan dan menyebabkan kami sekeluarga tak berhari raya ke mana-mana. Hanya di rumah sendiri, menidurkan si puteri. Yang paling sedih, tiada gambar raya...sobs#

Disebabkan mummy kembali ber-anak kecil, dah malas nak ke mana-mana. Kalau pergi shopping mall pun, tiada lagi aktiviti meronda...terus ke tujuan utama. Ambil barang-bayar-balik. Malas nak berlama-lama sebab my baby still bf dan sangat tidak boleh menerima botol lagi..*pening mak.


Lastly....we really love u, dear....u already completed our family....mmmmuuuaaahhh

Perancangan Keluarga

x




Setelah melahirkan 2 orang anak yang jarak umur terlalu hampir, 1 tahun 7 bulan...maka untuk kali ni memang kena planning betul-betul. Tidak boleh bergantung kepada natural planning kerana mungkin akan ter'accident' lagi. Bukan tidak berminat ber-anak ramai tetapi perlu juga memberi perhatian kepada keadaan persekitaran.
  • Pertama-tama sekali tentulah untuk memulihkan secara sepenuhnya kesihatan ibu itu sendiri..bukan la sekarang ni i ada penyakit teruk selepas bersalin anak ke-2. Secara logiknya bahagian dalaman kita iaitu rahim memerlukan masa untuk kembali pulih, 40minggu kot bayi hidup senang-lenang dalam tu. So bagi la masa untuk rahim berehat sama.
  • Sudah semestinya nak memberi sepenuh perhatian kepada kedua-dua anak. Biarlah Amni dah faham bahasa dulu sebelum nak beradik lagi. Sekarang pun sangat mencabar ok membesarkan toddler yang tak faham bahasa dan juga seorang bayi. Kadang-kadang kesian abang, adik lebih banyak mendapat perhatian mummy sebab dia fully breastfeed dan sikit-sikit; abang, jangan bising adik nak tidur; abang, jangan lari nanti kena adik..itu tak boleh, ini tak boleh..kesian abang. Time nak membesar ni la macam-macam nak explore kan tapi ada je yang tak boleh..Sekarang dah tak strict sangat sebab adik pun dah besar, dah pandai main...'abang, sabar sikit lagi ye sayang...nanti adik dah besar boleh main sama-sama. No more a big NO from mummy-papa..
  • Lastly adalah kerana papa akan sambung belajar LAGI...tak boleh ganggu student dengan tangisan bayi-kecil-comel buat sementara waktu
Maka kali ni i memang ambil pil perancang keluarga. Memang agak leceh sebab kena sentiasa ingat untuk makan ubat dan tak boleh terlewat tapi kena belajar mendisiplinkan diri. Tak mau pisang berbuah dua kali..i makan pil ni dah 2 bulan. So far tak de la kesan sampingannya. 

Pernah gak terfikir nak pakai implanon je. Even doc pun suggest implanon sebab ia 99.9% effective tapi mengenangkan kesan pengambilan implanon tu buat i fikir berjuta kali. Ia akan mengganggu hormon di mana period akan datang lebih lama dengan kadar yang sedikit atau  tak datang langsung..fakta ni memang dah dihighlight oleh doc sendiri. I  ada google gak nak tau kesan sampingan lain yang mungkin dialami...ada yang sampai migrain kauuu..terus laki hakak tak bagi pasang. Awal-awal tu dia pun suggest pakai implanon je sebab tak perlu la susah hati terlupa makan ubat kan tapi bila tau boleh sampai migrain terus cancel..ye la lain orang, lain kesannya tapi tak sanggup gak nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak pasang benda alah tu bukannya murah. Kalau tak sesuai dengan badan, nak kena buka pula. Kan dah membazir.

Rasanya i tak mungkin makan pil untuk jangka masa yang panjang kot. Just nak monitor Mr P datang on time dan mungkin lepas tu planning dengan mengira waktu subur kot. Actually takut gak makan artificial hormon ni lama-lama even doc kata takde side effect. Lagipun tak daya la nak menelan pil sampai 3 tahun tapi tak tau la camna lagi kan. I belum ada fixed decision lagi. So just follow the flow....adios

Kipas-susah-mati

Korang pernah tak tengok kartun oggy and the cockroaches?? Kartun tu pasal kucing yang selalu kena buli dengan 3 ekor lipas, tanpa kata-kata hanya aksi semata-mata...My son adalah peminat tegar kartun tu, even mummy-papa pun layan gak. Kami pun tak pasti sejak bila dan bagaimana iman boleh minat kartun tu. Kalau budak-budak lain suka layan upin-ipin atau boboboi, tapi dia tak berminat. Boleh la nak tengok seminit-dua, kemudian dia pergi main. Kalau dengan oggy ni memang terpaku je la depan tv tu, sunyi sepi...punya la menghayati. Tengok 4juta kali pun tak kisah...

Sampaikan bangun tidur cari oggy, nak tidur pun nak oggy...haissshh..nasib baik la channel cartoon kat astro tayang banyak kali gak la kartun nih...so tengok sampai lebam...kiranya oggy ni macam senjata kami la kalau tak nak dia kacau adik tidur ke, tak bagi dia menyibuk time tengah buat kerja ke....buka je kartun nih maka diam la dia...kehkeh. Tapi kadang-kadang tu bila timing tak betul, masa takde oggy la baru nak buat perangai kan....rasa macam aaargghhhh bila oggy nak ada nih...hoho

Oggy ni dah macam ubat penenang buat iman. Bila dia start crancky, bagi je tengok kartun ni terus pulih..amat mujarab..So papa dah download siap-siap kartun ni sebagai bekal bila keluar berjalan-jalan..itu la penangan oggy untuk anak sulung i...

                                                                 ini la rupa kartun tu

Pernah juga lak nak cari patung ni untuk iman sebab dah kipas-susah-mati sangat kan, tapi takde la pulak dijual. Kalau tak boleh la dia tidur dengan oggy sebab 24/7 asyik sebut oggy je...

Harta yang berharga



singgah sebentar

Setelah sekian lama menyepi dari berblog, akhirnya berkesempatan juga nak meninggalkan jejak di blog sendiri....kadang-kadang tu rasa cukup cukup sudah berblog (nak stop menjadi blogger) tapi kadang-kadang tu nak juga menulis supaya nanti boleh dikenang kembali pengalaman atau kenangan silam...maka jadi la blogger yang suam-suam kuku je.

Sejak berbayi kecil-bakal-4 bulan ni, semakin tiada masa nak berblog lagi..kena membahagi masa untuk abang dan juga adik.Sebab tu la update tentang anak gadis sangat sedikit...bukan sedikit, tak de pun...sobs #pity you baby.

Secara ringkasnya my baby sekarang dah pandai ketawa bila diagah..kuat bersembang dan yang paling utama pantang ditinggalkan sendirian...mula la menangis. Walauapapun dia adalah bayi yang mudah diuruskan..memang tak banyak ragam sejak kecil. Mungkin dia memahami mummy kena menangani juga seorang toddler yang belum faham bahasa lagi..



Our Newborn


Our Princess

Amni Dayani bt Muhammad Aiman

30 May 2012

4.44pm

2.9kg


Review tentang INS


Mesti ramai tak tau sangat kan pasal INS ni melainkan kalau dah pernah pergi bersalin kat situ. Ini berdasarkan pencarian i sebelum bersalin aritu, memang susah la nak dapat info tentang INS ni sebab tak de orang yang nak story pasal pusat bersalin ni. Disebabkan i dah pernah experience bersalin di situ (untuk anak ke-2) maka i nak share la serba sedikit tentang INS ni. So mudah la untuk mereka-mereka (di utara saja la) yang first time nak bersalin kat sini dapat gambaran environment INS ni macam mana.

Kita mula dengan wad bersalin dulu la...wad bersalin kat sini ada 2 jenis je. Ada bilik sorang dengan bilik 10orang. Hari tu i ambil bilik 10orang, malas nak membazir untuk bilik sorang sebab fikir nak stay 1malam je pun. TETAPI....bilik 10orang ni tak boleh ada orang temankan di malam hari...huhu. Kami dapat tau pun time dah malam & selepas i dah selamat bersalin. Itu pun sebab nampak di tampal waktu melawat kat pintu bilik tu; 9.00am-10.00pm. Hubby pun tanya la kat nurse, tak boleh ada orang teman ke....dan jawapannya memang tak voleh pun. Kalau single room tu baru boleh berteman bagai...I pun tak kisah la sebab kali ni bersalin i tak de la lemah macam masa first time bersalin dulu. Mungkin sebab i tak ambil ubat tahan sakit yang mengantuk tu. Lagipun kesian jugak kat anak yang first time kena tidur dengan tok dan hubby pun boleh la tidur dengan selesa jugak. #kalau experience sebelum ni (masa di pmc), hubby kena tidur atas kerusi je dan sangat tidak selesa. I kesian tengok hubby masa tu, ajak dia tidur atas katil pesakit, nasib baik la muat...hahaha# Walaupun tak boleh berteman, jangan risau sebab nurse kat situ memang buat kerja sepenuh jiwa. Diorang akan datang dan bersihkan kita..kalau yang kena c-sect, tak dapat nak bangun ke toilet; diorang akan datang dan tolong lapkan badan patient. Memang tip top la hospitality kat situ cuma environment kat situ nampak usang sket.

Labour room pulak kena share-share hoccay....(untuk yang bersalin normal la). Hanya curtain yang memisahkan anda. Boleh dengar la orang sebelah dok push, scary jugak la untuk yang first time nak bersalin. Masa i hari tu pun ada sorang nak bersalin jugak, kami memang dok sebelah-menyebelah je la..Dia yang 1st masuk LR tapi i yang bersalin dulu. Mesti time i tengah kelam-kabut nak bersalin, orang sebelah kata 'apa la yang kecoh sangat makcik sebelah ni nak bersalin nih'...hohoho.

Nursery dia pun not bad...Diorang memang akan letak baby-baby kat tepi cermin. So boleh terus tengok anak masing-masing, tak perlu minta nurse bawa bayi anda. Time nak balik pulak memang bayi anda akan dipakaikan baju bayi berlambang INS, sepasang mitten and booties, pampers dan dibedung dengan towel/selimut INS. Memang dah termasuk dalam pakej.

Rate bersalin kat INS ni pun affordable...

p/s : Sebab kenapa i setia dengan Dr Annuar....dia akan bius sampai tidur patient sebelum dia menjahit. Tak de la hakak ngeri sangat....;)  

what a hectic day

Alhamdulillah...dah selamat bersalin anak ke-2; baby girl-2.9kg-4.44pm-30 Mei 2012-INS...mulanya just datang check-up sebab sebelum ni air ketuban kurang. Sekali bila dah jumpa doktor, doktor kata air ketuban dah makin kurang, dah tinggal 4.3 saja. Sepatutnya bacaan air ketuban antara 5-7; kiranya selamat lagi la. Bila dah bacaan kurang, doktor suru
h masuk wad hari yang sama juga, 30 Mei 2012. Kena induce la jawabnya....

Kami suami-isteri masa tu macam...HAAAA...dah la beg hospital pun tak bawa, siap tak complete lagi packing, budget time weekend la baru nak settlekan semua. Lagipun i dah start cuti 1/06, so kiranya sempat la nak kemas semua barang. Sekali kena pergi bersalin sekarang juga....dah doktor suruh admit ward, kami berdua pun rushing la balik rumah ambil barang. Kelam kabut gila time tu, nasib baik la Iman kami hantar rumah tok dia...

Daftar wad dalam pukul 11pagi, pukul 12 masukkan ubat...lepas dah masuk ubat tu dah mula la rasa sakit contraction tapi tak kuat sangat la...then doktor naik, tengok dan bagitau dalam pukul 4 baru dia datang balik untuk check bukaan. Dalam pukul 3.30 doktor datang balik untuk check bukaan, masa tu dah 3-4cm dan doktor kata boleh bawa turun ke labour room untuk pecahkan air ketuban. I masuk LR pukul 4, doktor pecahkan air ketuban dan bermula la episod contraction yang menggila...setiap seminit kot skit. Mak hanya mampu bertabah...tetiba dalam pukul 4.30ptg, contraction makin kuat dan rasa macam nak poo poo je (bila dah sampai masa untuk push, memang kita akan rasa macam nak membuang air besar). Hubby terus inform nurse dan dia pun check bukaan, dan baby pun dah di bawah...nurse suruh i start push. Apalagi bila dah dapat green light terus la push...tak mampu nak tahan lagi dah. Sekali nurse suruh stop push sebab doktor tak sampai lagi...wawawa...mana bleh nak tahan weh. I siap jerit, tak boleh tahan dah...nurse siap suruh tarik nafas and kata `adik jangan macam ni`....macam mana la tak macam ni, dah sakit perut tak mampu kot nak tahan lagi..

Doktor pun datang dengan kelam kabut gila...tak expect secepat ni. Doktor pun tak expect apalagi mom-nak-bersalin ni..then bila dah ada doktor baru la i boleh sambung push...2kali push maka keluar la puteri kami yang jelita #ewahhhh....

ok laaaa....penyakit malas dah datang...bye

Berpindah Lagi

Ya ya ya....I akan berpindah tempat bersalin...AGAIN. No more PMC but INS...Kenapa???? Kerana my O&G Doc telah beralih arah ke sana. Kan selama ni i berikrar (chewah) nak bersalin kat Dr Annuar je..So I FOllllowwwwww....

INS ni memang hanya ada pakar perbidanan & pakar kanak-kanak saja. So hospital ni tak la segedabak PMC yang ada segala mak nenek pakar. I pun tak tau environment kat INS macam mana sebab tak de kenalan yang pernah pergi situ. Mula-mula dapat tau Dr Annuar pindah tu terkejut jugak la, tu pun sebab i saja buka FB dia (nasib baik i add dia...kalau tak menonong je la kami ke PMC masa next appointment nanti). Susah hati tu tak tau nak cakap macam mana la....susah hati sebab fikir berapa pulak kos bersalin kat INS. Tanya encik Google pun dia tak berapa nak tau sangat sebab tak de orang yang update pasal INS ni. Mula tu i macam berbelah bahagi la jugak nak stay PMC ke nak follow Dr Annuar. At least kat PMC dah tau la rate dia berapa...Disebabkan hubby seorang yang memahami dan tau sangat wife dia ni memang tak nak doktor lain, maka dia menyedapkan hati isteri dengan mencadangkan untuk try pegi check-up dulu kat INS dan survey kos bersalin kat situ berapa. Terubat la sikit lara hati ibu mengandung ni...;)

Sepatutnya next appointment Ahad ni tapi i pegi 3hari awal sebab tetiba je macam ada darah turun tapi dalam potion yang amat sedikit..2-3titik je..mulanya i just ignore walaupun ada jugak rasa cuak...lagipun tak de rasa sakit & baby pun aktif je kicking. Tapi selagi tak dapat kepastian doktor, memang tak senang duduk la kan walaupun darah tak banyak. Tambah pulak dah di hujung-hujung kehamilan. So hari Khamis tu hubby cuti sempena keputeraan Raja Perlis, so kami pun pegi la INS for the first time...Dah alang-alang ke sana terus survey harga and tak jauh beza dengan PMC...fuuhhhhh lega...

Bila masuk bilik doktor, doktor pun hairan sebab sepatutnya lagi 3hari baru datang kan...so i  pun bagitau la the problem and as usual kena la scan kalau nak tau condition baby macam mana. Baby and mummy are in the good condition cuma air ketuban je sudah berkurangan. Seminggu lagi doktor akan check condition air ketuban macam mana. Kalau still menurun jawabnya kena la induce...doktor pun cakap i ada potensi untuk bersalin awal dari EDD; 11/06...Berdebar ok walaupun dah pernah experience...huhuhu. Berdebar dalam ketaksabaran.

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.....Amin
 

percubaan

percubaan berblog melalui medium baru....still terhegeh-hegeh...so just trying, tak nak tulis panjang-panjang, nanti tak berjaya pula...ponat je mokcik

Latest Update

Lamakan tuan tanah tak meninggalkan jejak di sini...budget sibuk la sangat...memang niat di hati nak menulis something kat blog tapi malas lebih menguasai diri...hehe. Disebabkan hari ni rajin sikit dan Iman pun tengah tidur, maka mari kita berblog kembali.

Sejak mengandungkan second baby ni tak pernah lagi la i menulis tentang this pregnancy...pity u baby ;( Bukan la tak seghairah anak pertama, keterujaan tu sama rata tapi kesempatan tu yang nan ado. First preggy i kan suri rumah yang tak perlu buat apa-apa (sebab duduk dengan bonda...ada maid tolong buatkan segalanya...hehe) Maka banyak la masa terbuang. Dari terbuang begitu saja dan jadi satu pembaziran, i pun update blog sentiasa..Untuk second time ni, i dah menjadi mummy, surirumah dan juga pekerja yang berdedikasi #perasan sendiri#. Tambah pula sekarang dah duduk rumah sendiri, tak de maknanya nak bergoyang kaki sesuka hati. Nak goyang kaki boleh je tapi sanggup ke tengok rumah macam tongkang pecah dan dilanda kelaparan anak-beranak. Sebab tu la blog ni asyik terabai je..

Hari ni i nak update semuanya dalam entry ni je...Untuk second pregnancy ni i still lagi ke doktor yang sama; Dr Annuar @ PMC. Preggy kali ni pun takde bezanya dengan first dulu, tak alami alahan yang teruk...cergas lagi tapi cergas ala ibu mengandung la ye...mampu lagi memasak untuk keluarga, mampu lagi menjaga Iman sendirian di hari Jumaat (hubby kerja hari Jumaat, i pulak cuti) tapi satu je i tak mampu nak tahan...kepanasan. Itu musuh nombor satu daku...Tidur malam wajib on aircond, tengok hubby dah berselimut sakan, i boleh rileks je, rasa nyaman je tidur dalam kesejukan. Even hujan pun kena pasang aircond...hover kan tahap kepanasan preggy mom. Sampai hubby pun kata mummy and Iman sama spesies...kuat berpeluh dan boleh tidur dalam aircond tanpa selimut...hahaha. Pity u dear....2 lawan 1 harus la u kalah kaaannnn....Satu lagi yang i perasan, kali ni i alami bengkak kaki...dah macam kaki gajah weh. Dulu tak kena sebab i terbungkang, tak de buat apa-apa. Sekarang kan dah kerja, mana boleh nak straight kan kaki. Pagi nak ke office, kasut boleh lagi disarung dengan telus tapi bila petang kasut dah ketat...huhu. Preparation kali ni pun ala kadar je sebab baju-baju Iman masa baby dulu elok lagi. Tak baik membazir...tunggu baby dah besar sikit, baru beli baju baru. Jantina bayi pun dah tau...And now i'm already 33weeks.

Iman pun dah tak lama dah nak berusia 18bulan...Suka memanjat sana-sini, anak lelaki kaannn...sabar je la. Tempat yang paling dia suka panjat kt rumah kami sudah semestinya rak tv. Memanjat tu satu hal, tangan tu pulak retissss je tutup plug tv...apekah???? Memang menguji kesabaran emak-bapak. Kalau kena elektrik tak ke dah jadi citer lain pulak....Nauzubillah...Satu lagi kewajipan dia bila nak tidur kena menyendeng papa. Maksudnya papa kena tidurkan Iman. Anak bapak sungguh. Pernah sekali tu mummy yang tidurkan Iman, dia tetiba jadi resah gelisah. Pusing sini tak kena, pusing sana tak kena...susu sebotol dah habis dah ni. Bila papa datang, dapat berkepit dengan papa, menggagau badan papa, tidur bawah ketiak papa...settle. Terus dibuai mimpi. Kalau papa tak de (outstation), elok je tidur dengan mummy. Iman sekarang pun dah pandai tiru kita, apa yang kita cakap dia boleh tiru balik tapi dalam pelat dia la. Ada sesetengah perkataan tu boleh je sebut dengan lancar. So sekarang memang kena menjaga tatabahasa sebab budak-budak ni cepat je belajar. Hobi dia naik motor. Masa i kerja MIL tolong jagakan dia, so memang tak boleh nampak wan (FIL), terus ajak naik motor, dapat naik seround pun jadi la. Rutin wajib budak tu di hari mom bekerja, naik motor sehari 2 kali....

Okay la...tetiba malas dah nak update...hoho

Resepi : Asam Pedas & Kerabu Taugeh


Nak masak sedap-sedap sekarang ni kena tunggu weekend je la...Kalau weekdays masak sedap jugak tapi simple je (perasan sendiri)...Balik kerja pukul 6.30petang baru sampai rumah so dalam kepala otak memang fikir nak masak yang mudah dan cepat je...Bersempena hari Sabtu,; hari membeli barang basah (stok untuk seminggu), bersemangat la sikit nak masak special. Mulanya plan nak masak asam pedas Kedah tapi disebabkan dah beli ikan merah, macam tak seswai pulak nak buat asam pedas Kedah. Maka jadila asam pedas Melaka/Johor/seangkatan dengannya...Resepi ni pakcik google yang bagi...


Asam Pedas


Bahan-bahan

- 2-3 ketul ikan (ikut citarasa nak ikan apa pun)
- 2 kuntum bunga kantan dibelah dua
- segenggam daun kesum
- 1 cawan jus asam jawa
- 2 senduk cili kisar
- garam & gula secukup rasa
- 3/4 sudu teh serbul lada hitam
- air secukupnya

Bahan Kisar Halus

- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci belacan

Cara Membuatnya

- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sampai naik bau
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
- Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih
- Kemudian, masukkan ikan dan bunga kantan
- Bila mendidih masukkan jus asam jawa, daun kesum dan lada hitam
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Masak hingga mendidih dan tutup api


Kerabu Taugeh Bonda


Bahan-bahan

- 1 labu bawang besar dimayang
- sedikit kerisik
- 1 biji limau nipis
- garam dan gula
- sedikit udang
- taugeh (ikut citarasa nak banyak mana)
- 1 batang bunga kantan dimayang

Bahan-bahan kisar

- 2-3 biji cili kering
- 2-3 biji cili padi
- 1 batang serai di mayang
- sedikit lengkuas
- sedikit belacan
* semua bahan di atas diblend dengan air yang sedikit sahaja
* bila semua bahan tadi dah halus, masukkan kelapa mesin dan diblend semula

Cara Membuatnya

- masak udang tanpa minyak, angkat dan ketepikan
- masak juga taugeh dan bunga kantan tanpa minyak
- satukan bahan-bahan yang dimasak tadi dan masukkan bahan-bahan kisar
- masukkan bawang besar, kerisik, garam, gula dan perahan limau nipis
- gaul rata
* senang je, main campak je bahan-bahan....;)


Dah kenyang makan tengah hari, tetiba hubby mengidam nak makan burger sebab tengok junior masterchef punya pasal...diorang masak burger. Maka meluru la kami ke Aneka beli bahan-bahan nak buat burger (nak buat patty burger tak reti, beli ready-made Ramly je la)...Maka petang tu kami makan burger pulak hasil masakan suami.




TJLove : Kuat makan nya....;)

Welcome Baby


CONGRATULATIONS TO (BIL & SIL)

Muhammad Ihsan & Nor Hakimi
for the newborn baby

Date : 09 March 2012
Time : 11.49am
Weight : 2.73kg

Welcome to the new world
Lil' Princess

Kisah Kitchen Cabinet Ku


Hakak tensen ok....kitchen cabinet hakak tak sempat nak setahun dah tercabut tiles...jatuh berderai dan meninggalkan kesan lopong yang hodoh di situ. Ape punya kerja la tukang ni...nak save budget ke ape. Mak hakak punya kitchen cabinet dah 27tahun kot tak de la pulak tercabut tiles. Ni la bila kita nak tolong orang melayu tapi tuba yang dibalasnya. Call bos IRIZ DECO (hakak dah malas nak cover-cover dah, berterus terang je) dah beratus kali kot suruh datang repair sebab still ada warranty tapi alasan dia tukang tiles dia ada sorang je dan pekerja dia ada masalah bla bla bla...Hey!!!! Itu masalah kamu...dah tukang tiles tu tak boleh nak buat kerja, ikhtiar la cari orang lain. Dah banyak kali hubby call dan sms, terus tak angkat phone dan reply sms. Masa nak dapat duit suruh datang 40kali pun sanggup, bila dah dapat macam-macam la alasan yang keluar. At least datang la tengok dulu kondisi dapur kitorang tu...


hudus sudah kitchen cabinet ku


pecah berderai...


Sebelum ni pernah jadi jugak macam ni, tapi sempat dilihat hubby tiles tu macam senget je dan dia terus cabut. Kiranya sempat la tiles tu diselamatkan dan suruh si mamat Shah tu datang pasang balik. Dia datang gam je la....tapi kali ni tak de ribut tak de angin; tak de jugak tanda-tanda tiles tu senget ke, ia terus menyembah bumi. Mula-mula hakak ingat iman pecahkan pinggan ke sebab dia sangat rajin 'membantu' masa hakak tengah memasak kan...rupa-rupanya tiles hakak yang menjadi mangsa...

Kalau ikutkan budget kitorang memang nak cari orang yang boleh buat kitchen cabinet dengan harga yang murah la sikit. Sebab yang kitorang survey sebelum ni macam terlebih budget pulak untuk wet and dry kitchen cabinet. Kenal IRIZ DECO ni pun dari Google je, memang takde recommendation dari sesapa. So tak tau la workmanship dia macam mana. Kalau berdasar gambar je harus la nampak cantik (tak kan la nak letak gambar kitchen cabinet yang terkopak kannnnnn....). Lagipun material yang diguna pun up-to-date...sebab hakak pernah buat ID kitchen cabinet, material dia memang serasi dengan jiwa hakak. Memang teruja habis-habisan la...TETAPI "ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari"....aku memang geram, tersangat-sangat geram..

Sebelum ni memang ada planning nak buat wardrobe kat dia jugak tapi nasib baik tak sempat buat sebab ada juga orang yang komen pasal workmanship IRIZ DECO tapi versi wardrobe punya la...hakak tak puas hati versi kitchen cabinet. At least mangsa wardrobe tu dapat la jugak wardrobe yang lebih sempurna...itu pun bila dah kena ugut nak buat aduan kat pengguna....apa punya turrrr la mamat nih.

Bagi pendapat hakak la...bagi sesiapa yang masih tercari-cari tempat untuk buat kitchen cabinet, don't go for IRIZ DECO...Tapi kalau takde budget dan nak jugak si mamat ni buat just go on, tak de sesiapa yang nak menghalang tapi kena be prepared mentally and physically kalau tetiba dapur tu ada problem macam hakak. Kalau tak de masalah, Alhamdulillah la...memang nasib korang baik...;) Bagi hakak kalau budget sikit lebih baik buat wet kitchen dulu dan pilih company yang dah master dalam kitchen cabinet nih. Dry kitchen boleh ditambah di kemudian hari...kalau tak berputih mata la korang...Kesilapan hakak nak buat sekaligus haritu (wet and dry) sebab nanti dah pindah masuk taknak dah sepah-sepah rumah. Tapi tak de masalah kalau top tu dari solid surface/granite except concrete top sebab semua akan dibuat dikilang, diorang just datang rumah dan pasang. Tak de la sesepah mana pun rumah. Unless kalau guna concrete top memang akan buat di rumah terus dan rumah memang berhabuk gila-gila.

So, buat lah pilihan yang bijak....:/

Mari Belajar Cupcakes


Hai...ni last week punya citer. Walaupun dah basi, baru sekarang berpeluang nak update blog. Sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu hari-hari update blog pun boleh sampai tak tau dah nak tulis apa. Tapi sekarang sudah berbeda. Weekdays je mesti dah malas nak mengadap lappy bila kat rumah sebab dah puas main fb masa kat office...wahaha #punya la tak buat kerja, asyik berfb jerh...eh eh tak, ni aktiviti sampingan je..hehe. Time weekend ni la baru nak jenguk blog rakan-rakan dan juga blog sendiri.


So, last week; Jumaat-Sabtu i pegi kursus membuat kek cawan, muffin dan dekorasi kat KKBDA (kolej komuniti). I tau pun dari zura (ex-JSB), dia kerja kat Unit Kursus Pendek kolej tu. Apalagi, dengan semangat yang kental, i cargaskan diri pergi kelas tu...#kan hakak nak sangat belajar cupcakes, kena bersungguh-sungguh la..


First day masuk kelas i dah macam nak pitams...(jangan gelak uooollsss..hehe). Start kelas sewajibnya cikgu buat demostrasi dulu, haa time tu la bila semua berkumpul ramai-ramai kat meja cikgu tu i dah mula rasa berpeluh-peluh, pandangan pun macam dah nak gelap je. Nasib baik la ada satu kerusi kat tepi, terus i pegi duduk. Macam segan jugak la, first day kan mesti semua orang excited nak belajar benda baru tapi i dah terjelepuk kat tepi tu...(hakak kan ibu mengandung...hehe). Tak sanggup hoccay mencipta rekod tahun 2012, first day kelas dah ada peserta pengsannn...no no no. Lepas demo, peserta la pulak kena buat sendiri dalam kumpulan. masing-masing. Nak buat kek cawan ni macam kita buat kek biasa je. Apa yang penting....KERJASAMA!!! eh bukan...apa yang penting cara nak menghias tu. That's why i nak sangat belajar.

First day tu agak penat jugak la. Nama pun kelas memasak, sepanjang hari la kena berdiri. Aduhai...berdenyut-denyut tumit i. Rasa macam lambat je masa berjalan, i nak duduk...huhu. Tapi i curi-curi jugak la duduk kejap, tak mampu la ibu mengandung nak berdiri lama-lama. Bila second day class dah macam rileks sikit sebab basic dah belajar masa first day. So cikgu pun suruh kitorang terus buat, tak perlu demo-demo dah. 2 hari kelas tu kitorang belajar 2 jenis cupcakes dan 2 jenis muffin serta deco untuk cupcakes. Yang penting dapat sijil...hakak suka ;)

Gambar hanya di ambil masa second day...tu pun snap gitu-gitu je...


ahli group i


masing-masing tekun buat kerja


cupcakes oren sebelum dihias


cupcakes oren dan muffin; setiap ahli kumpulan dapat
sama banyak


peserta-peserta lain



yang tengah tu la cikgu untuk kursus ni


tengah prepare untuk buat deco cupcakes


hasil seni cikgu


Hasil seni hakak???? Gulp...............tak perlu la ditayang kat sini sebab 'terlalu sannnnteeeeeekkk' kannnnn....hahaha. Maka 2 hari tu kenyang laki i makan cupcakes dan muffin...;)

Di hari Maulidur Rasul




Salam Maulidur Rasul
sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


Hari ni banyak la kenduri-kendara berlangsung tapi kami hanya ada 2 jemputan je pun...kenduri kahwin dan majlis pertunangan. Dua-dua majlis di Jitra je, so tak de la nak rushing bagai. Relax and steady je....

Lepas zohor baru gerak ke majlis kahwin dulu di Darulaman Golf Club. Pasangan pengantin ni kawan hubby masa study kat UPM; Yunie & Wandi. Kitorang tak duduk lama pun kat majlis tu. Makan, bergambar dan terus gerak ke majlis pertunangan pulak.


bersama pengantin


budget pengantin


Majlis ni majlis pertunangan sepupu hubby (anak mak su). Kitorang sampai pun majlis dah nak habis. Kiranya selepas semua dah selesai la; berbincang, menyarung cincin dan rombongan pun dah kenyang isi perut. Yang belum selesai aktiviti bergambar je, so sempat la snap gambar Mashitah dan tunangnya. Time ni Iman dah mula start buat perangai sebab mengantuk. Tak berapa nak menghayati makanan tapi mom sempat makan nasi, tu pun makan macam tak kunyah terus telan je. Papa dah tak lalu nak makan sebab Iman dah meraung-raung tak nak kat orang lain. Dah jadi camtu, terpaksa la balik dulu. Tapi memang rezeki kami, dah datang last-last ni memang time orang bungkus lauk. Dapat la sebungkus nasi + lauk untuk makan malam. Mom pun tak perlu masak....yeeaaaayyyy. Dasar pemalas kan...hehe. Lagipun hubby tak sempat nak merasa lauk tadi. So tak de la kempunan sangat....alasannnn...



Kepada pengantin; Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh.

Kepada yang bertunang; Selamat Bertunang. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke jinjang pelamin dan hubungan diberkati Allah.

Rezeki Anaks


Tahun 2012 bermula dengan rezeki untuk anak...Walaupun sebenarnya kredit to mom tapi mom anggap itu sebenarnya rezeki untuk anak-anak. Alhamdulillah.

Sekarang ni kena membiasakan diri menjadi ibu bekerjaya. Ye doa i untuk kembali bekerja sudah dimakbul Tuhan. Terima kasih Allah kerana memurahkan rezeki kami untuk tahun ini. Setelah sekian lama menjadi suri rumah tegar (lebih kurang 2 tahun), sekarang kena mengulit kerja-kerja pejabat pula setelah mengulit anak. I anggap ini sebagai permulaan karier di Kedah. Kalau ada peluang di tempat lain dan diberi tawaran yang lebih baik, seharusnya dicuba. Sejujurnya dan seboleh-bolehnya memang tak nak kerja firm lagi dah. Kalau boleh memang nak bertukar bidang sikit. Tapi nampak gayanya memang belum rezeki ke bidang yang diimpikan. Lagipun nak bekerja di Kedah ni pun bukan main susah. Peluang pekerjaan pun tak sebanyak di KL. Buka je jobstreet atau mudah.my memang akan diselubungi kehampaan.

Actually company baru ni pun bukan la company ID, kebanyakan jobs diorang graphics design. Baru-baru ni je ada jobs ID masuk, sebab tu diorang perlukan Interior Designer. So mereka-mereka yang bekerja dalam bidang ID ni tahu la kan bila kena buat design dalam company yang tak de basic ID. Ooowwwhhhhh...sangat mencabar minda. Dah la satu habuk buku revision pun tak de, sample material ape tah lagi...hati mak luluh di situ. Tetiba rindu Skala...(time kena stay back @ kerja weekend terus lesap kerinduan itu....hehe). Environment kerja kat situ pun tak berapa nak menambat hati sangat tapi kena berjiwa kental untuk sementara waktu. Sambil-sambil tu still mencari kerja yang lebih ummmpphhhh. Kadang-kadang terlintas juga kat kepala otak ni kenapa dulu masa pegi interview untuk jawatan yang i idam-idamkan, i tak buat yang sehabis baik. Masih rasa terkilan sampai sekarang....tsskkk tssskkk. Tapi semua tu dah menjadi sejarah, tak guna dah nak menyesal. Memang tak de rezeki untuk jawatan tu pun...;(

Kalau la laki hakak bergaji belas ribu, sumpah hakak dok rumah je...buat cupcakes (retissss ke nak bercupcake??? i nak pegi belajar la ok.......;P). Tapi memandangkan banyak lagi hutang piutang keliling pinggang, terpaksa la mentanam niat di situ. Hubby cepat la jadi Professor....mak aih permintaan, ingat macam beli goreng pisang ke????

Kesimpulannya i tak de lah over excited sangat dengan kerja baru ni....hahaha. Ok bye uooollsss.

Jiran Oh Jiran

Sangat heaven hoccay bila dapat berinternet di Villa Bonda...Kalau di Taman Gemilang memang asyik kena sumpah seranah je. Maklum la tak mampu lagi nak pasang Streamyx, hanya bergantung harap pada broadband saja. Itu pun tak boleh nak harap sangat.

Nak update secara sepantas kilat tentang jiran baru di Lorong 12 (tak tau la baru ke dah lama sebab baru-baru ni kami balik rumah-manis-rumah, rumah itu dah berpenghuni...bagi i baru la yeeee...). Kali ni tentang ketensionan kami dengan jiran tersebut...sebabnya dia membela anjing yang kuat menyalak...tak main la bela sekor tapi dua ekor. Selama ni aman damai harmoni je lorong tu...tup tup telah dinodai dengan bunyi salakan anjing la pulak.

Pernah satu malam tu tengah-tengah malam buta la si anjing-anjing ni nak test vokal. Kami suami-isteri tak dapat tidur nyenyak. Nasib baik la anak mampu lagi terus bermimpi...dah la budak kecik tu kadang-kadang takut jugak dengar bunyi anjing menyalak sampai lari tak cukup tanah (walaupun lari tak betul lagi)...Malam tu konpius sekejap, tuan anjing tu tidur mati ke??? Apasal tak tenangkan haiwan peliharaan dia...gggrrrrrrrrr


TJLove : nak pegi baling daging beracun la kat rumah tu......kiddingssss

Tak Dirancang

Murah rezeki....Ya, murah lagi rezeki kami sekeluarga sebab bakal menerima ahli baru. Mummy ni sibuk menambah susur galur keluarga. Memang tak expect secepat ni tapi Allah itu adalah perancang yang maha hebat. Memang lepas bersalinkan Iman targetnya masa umur Iman 2tahun baru nak pregnant lagi tapi dah rezeki datang bergolek, kami terima dengan tangan terbuka.

Ini gara-gara encik P yang tak menentu. Selama ni I memang fully BF Iman sampai la dia 11bulan. 6bulan pertama percentage nak preggy memang kurang kalau kita fully BF dan masih tak period, so I memang tak risau sangat. Masuk bulan ke-7, encik P belum melawat lagi...I cuak la jugak kalau tetiba ter'lekat' lagi ke kan tapi lepas buat test sendiri -ve...fuuhhhh lega...Bulan ke-8 baru la pertama kali menerima kunjungan encik P...Hai, selamat datang. Sempat la merasa 2 kali lawatan encik P dan tetiba untuk kali ke-3 dia tak kunjung tiba.

Sebelum ni, masa tak preggykan Iman memang P datang tepat 28hari tapi lepas bersalin, dia datang dalam 35hari. Mungkin sebab perubahan hormon dan I pulak still BF Iman masa tu...Tapi bila dah hari ke-40 pun masih bendera putih lagi, I dah mula berdebar. Bukan tak nak tambah anak, Iman masa tu baru 10bulan...Rasa macam my baby still kecil untuk beradik tapi apakan daya setelah di'test'...POSITIF, double line...Lagipun I memang tak ambil apa-apa perancang keluarga, kononnya nak plan secara naturally. Tak sangka pulak terlebih subur pulak kami ni...

Mula-mula tu pelbagai rasa ada dalam hati ni...not prepared yet for another baby, kesiankan Iman la...Kalau orang lain dah melompat sampai ke ceiling tapi I masa tu memang tak de perasaan, susah hati lagi ada la. Dalam masa sama tengah plan something untuk peningkatan taraf hidup keluarga, rasa macam everything got stuck TETAPI perancangan Allah tu adalah yang terbaik...kembali muhasabahkan diri. Mungkin kalau I teruskan dengan plan I mana tau tetiba tersangkut di tengah jalan ke atau mungkin rezeki kami akan semakin bertambah dengan kehadiran anak ke-2 ke...Hanya Dia yang mengetahui. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Lagipun setelah mendapat kata-kata semangat dari bonda dan rakan 'yang jauh tapi dekat di hati' (you know who you are..;P)...I dengan terbuka hati dan penuh keinsafan menerimanya...sorry baby, mummy bukan tak nak kamu, masa tu mummy ikutkan sangat hasutan syaitan. But now mummy really love you...you are a behave baby...Mungkin orang lain bertahun-tahun hendakkan anak, kenapa I tak boleh nak bersyukur dengan nikmat yang diberi? Takkan la dah ditarik balik segala nikmat baru I nak belajar mensyukuri?

Jangan anggap kehadiran anak tu membebankan keluarga. Takut duit tak cukup la; nak bayar hutang lagi, nak beli keperluan anak lagi, makan pakai lagi etc...Please get rid that kind of mind set...Hanya orang yang tak beriman kepada Allah saja yang fikir macam tu. Contohnya kami; dengan kehadiran anak pertama, kami dapat memiliki rumah sendiri dan hubby dapat menyambung Master dengan mudah. Alhamdulillah...Kalau dah kata rezeki anak, jangan la fikir dalam bentuk wang ringgit saja...Rezeki Allah boleh datang dalam pelbagai cara.

Sekarang I sangat happy dan bahagia dengan kandungan ke-2 ni dan bertambah serinya dengan ditemani seorang toddler yang semakin lasak. Keletah budak ni buat mummy pecah perut je, ada je la perangai dia yang mencuit hati...;)

5 sebab kenapa saya malas berblog

Lately ni dihati memang nak sangat menulis something dalam blog ni tapi ada saja yang membantutkan keinginan tu...Setelah dikenal pasti, akhirnya dapat la disenaraipendekkan 5 perkara....


Nan ado kamera



So sad kannn....sebelum ni memang berkamera tapi dah menjadi arwah pun. Lagipun memang dah lama pun kamera tu berkhidmat untuk tuannya, dari zaman student lagi maka kualiti pun dah kureng. So aktiviti bergambar memang terbatas sekarang ni hanya ihsan dari kamera orang sajo...huhu...Lagipun berblog tanpa gambar macam bohsan la, maka terabai la blog daku..



Tiada aktiviti menarik

Buat masa sekarang memang 'banned' kan keluarga dari sebarang aktiviti...Bukan la takut virus merebak ke apa ke...sebab utama adalah kerana suami berjauhan sekarang, bertungkus lumus nak habiskan Master (InsyaAllah sampai Januari 2012). Memang sejak Iman di dunia ni tak pernah lagi la ber'holiday' bertiga. Kalau pergi rumah sedara mara kat KL tu pernah la, maksud I makan angin di persisiran pantai ke, stay hotel ke...haa yang tu belum pernah dibuat lagi. Teringin jugak nak bawa Iman mandi-manda pool ke, main-main pasir...Yang ini memang kena tunggu hubby settle semua dulu...S.A.B.A.R



Kekurangan idea





Gangguan dari anak

Anak I memang pantang tengok orang buka laptop...mula la buat tangan suruh bukakan twinkle twinkle little star. Dia memang suka tengok Nursery Rhymes dalam youtube tu, gambar cartoon kan. Budak-budak memang teruja. Faham-faham je la bila dah di'conquer' oleh seorang toddler, maka dia akan menjadi kedekut. Mom jangan berangan nak dapat peluang nak berblog. Ni pun kena menulis masa dia tidur kalau tak, bahasa jerman yang keluar pulak sebab jari kecil dia pun sibuk nak menekan keyboard. Anak-anak sekarang memang celik IT.



Preggy again




up