Perancangan Keluarga

x




Setelah melahirkan 2 orang anak yang jarak umur terlalu hampir, 1 tahun 7 bulan...maka untuk kali ni memang kena planning betul-betul. Tidak boleh bergantung kepada natural planning kerana mungkin akan ter'accident' lagi. Bukan tidak berminat ber-anak ramai tetapi perlu juga memberi perhatian kepada keadaan persekitaran.
  • Pertama-tama sekali tentulah untuk memulihkan secara sepenuhnya kesihatan ibu itu sendiri..bukan la sekarang ni i ada penyakit teruk selepas bersalin anak ke-2. Secara logiknya bahagian dalaman kita iaitu rahim memerlukan masa untuk kembali pulih, 40minggu kot bayi hidup senang-lenang dalam tu. So bagi la masa untuk rahim berehat sama.
  • Sudah semestinya nak memberi sepenuh perhatian kepada kedua-dua anak. Biarlah Amni dah faham bahasa dulu sebelum nak beradik lagi. Sekarang pun sangat mencabar ok membesarkan toddler yang tak faham bahasa dan juga seorang bayi. Kadang-kadang kesian abang, adik lebih banyak mendapat perhatian mummy sebab dia fully breastfeed dan sikit-sikit; abang, jangan bising adik nak tidur; abang, jangan lari nanti kena adik..itu tak boleh, ini tak boleh..kesian abang. Time nak membesar ni la macam-macam nak explore kan tapi ada je yang tak boleh..Sekarang dah tak strict sangat sebab adik pun dah besar, dah pandai main...'abang, sabar sikit lagi ye sayang...nanti adik dah besar boleh main sama-sama. No more a big NO from mummy-papa..
  • Lastly adalah kerana papa akan sambung belajar LAGI...tak boleh ganggu student dengan tangisan bayi-kecil-comel buat sementara waktu
Maka kali ni i memang ambil pil perancang keluarga. Memang agak leceh sebab kena sentiasa ingat untuk makan ubat dan tak boleh terlewat tapi kena belajar mendisiplinkan diri. Tak mau pisang berbuah dua kali..i makan pil ni dah 2 bulan. So far tak de la kesan sampingannya. 

Pernah gak terfikir nak pakai implanon je. Even doc pun suggest implanon sebab ia 99.9% effective tapi mengenangkan kesan pengambilan implanon tu buat i fikir berjuta kali. Ia akan mengganggu hormon di mana period akan datang lebih lama dengan kadar yang sedikit atau  tak datang langsung..fakta ni memang dah dihighlight oleh doc sendiri. I  ada google gak nak tau kesan sampingan lain yang mungkin dialami...ada yang sampai migrain kauuu..terus laki hakak tak bagi pasang. Awal-awal tu dia pun suggest pakai implanon je sebab tak perlu la susah hati terlupa makan ubat kan tapi bila tau boleh sampai migrain terus cancel..ye la lain orang, lain kesannya tapi tak sanggup gak nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak pasang benda alah tu bukannya murah. Kalau tak sesuai dengan badan, nak kena buka pula. Kan dah membazir.

Rasanya i tak mungkin makan pil untuk jangka masa yang panjang kot. Just nak monitor Mr P datang on time dan mungkin lepas tu planning dengan mengira waktu subur kot. Actually takut gak makan artificial hormon ni lama-lama even doc kata takde side effect. Lagipun tak daya la nak menelan pil sampai 3 tahun tapi tak tau la camna lagi kan. I belum ada fixed decision lagi. So just follow the flow....adios

0 comments:

Post a Comment


up