Latest Update

Lamakan tuan tanah tak meninggalkan jejak di sini...budget sibuk la sangat...memang niat di hati nak menulis something kat blog tapi malas lebih menguasai diri...hehe. Disebabkan hari ni rajin sikit dan Iman pun tengah tidur, maka mari kita berblog kembali.

Sejak mengandungkan second baby ni tak pernah lagi la i menulis tentang this pregnancy...pity u baby ;( Bukan la tak seghairah anak pertama, keterujaan tu sama rata tapi kesempatan tu yang nan ado. First preggy i kan suri rumah yang tak perlu buat apa-apa (sebab duduk dengan bonda...ada maid tolong buatkan segalanya...hehe) Maka banyak la masa terbuang. Dari terbuang begitu saja dan jadi satu pembaziran, i pun update blog sentiasa..Untuk second time ni, i dah menjadi mummy, surirumah dan juga pekerja yang berdedikasi #perasan sendiri#. Tambah pula sekarang dah duduk rumah sendiri, tak de maknanya nak bergoyang kaki sesuka hati. Nak goyang kaki boleh je tapi sanggup ke tengok rumah macam tongkang pecah dan dilanda kelaparan anak-beranak. Sebab tu la blog ni asyik terabai je..

Hari ni i nak update semuanya dalam entry ni je...Untuk second pregnancy ni i still lagi ke doktor yang sama; Dr Annuar @ PMC. Preggy kali ni pun takde bezanya dengan first dulu, tak alami alahan yang teruk...cergas lagi tapi cergas ala ibu mengandung la ye...mampu lagi memasak untuk keluarga, mampu lagi menjaga Iman sendirian di hari Jumaat (hubby kerja hari Jumaat, i pulak cuti) tapi satu je i tak mampu nak tahan...kepanasan. Itu musuh nombor satu daku...Tidur malam wajib on aircond, tengok hubby dah berselimut sakan, i boleh rileks je, rasa nyaman je tidur dalam kesejukan. Even hujan pun kena pasang aircond...hover kan tahap kepanasan preggy mom. Sampai hubby pun kata mummy and Iman sama spesies...kuat berpeluh dan boleh tidur dalam aircond tanpa selimut...hahaha. Pity u dear....2 lawan 1 harus la u kalah kaaannnn....Satu lagi yang i perasan, kali ni i alami bengkak kaki...dah macam kaki gajah weh. Dulu tak kena sebab i terbungkang, tak de buat apa-apa. Sekarang kan dah kerja, mana boleh nak straight kan kaki. Pagi nak ke office, kasut boleh lagi disarung dengan telus tapi bila petang kasut dah ketat...huhu. Preparation kali ni pun ala kadar je sebab baju-baju Iman masa baby dulu elok lagi. Tak baik membazir...tunggu baby dah besar sikit, baru beli baju baru. Jantina bayi pun dah tau...And now i'm already 33weeks.

Iman pun dah tak lama dah nak berusia 18bulan...Suka memanjat sana-sini, anak lelaki kaannn...sabar je la. Tempat yang paling dia suka panjat kt rumah kami sudah semestinya rak tv. Memanjat tu satu hal, tangan tu pulak retissss je tutup plug tv...apekah???? Memang menguji kesabaran emak-bapak. Kalau kena elektrik tak ke dah jadi citer lain pulak....Nauzubillah...Satu lagi kewajipan dia bila nak tidur kena menyendeng papa. Maksudnya papa kena tidurkan Iman. Anak bapak sungguh. Pernah sekali tu mummy yang tidurkan Iman, dia tetiba jadi resah gelisah. Pusing sini tak kena, pusing sana tak kena...susu sebotol dah habis dah ni. Bila papa datang, dapat berkepit dengan papa, menggagau badan papa, tidur bawah ketiak papa...settle. Terus dibuai mimpi. Kalau papa tak de (outstation), elok je tidur dengan mummy. Iman sekarang pun dah pandai tiru kita, apa yang kita cakap dia boleh tiru balik tapi dalam pelat dia la. Ada sesetengah perkataan tu boleh je sebut dengan lancar. So sekarang memang kena menjaga tatabahasa sebab budak-budak ni cepat je belajar. Hobi dia naik motor. Masa i kerja MIL tolong jagakan dia, so memang tak boleh nampak wan (FIL), terus ajak naik motor, dapat naik seround pun jadi la. Rutin wajib budak tu di hari mom bekerja, naik motor sehari 2 kali....

Okay la...tetiba malas dah nak update...hoho

up