Pembukaan Tahun 2014

Alhamdulillah.....

Permulaan tahun baru yang amat bererti buat diri ini. Rezeki Allah yang tidak disangka-sangka, di luar jangkaan tuan empunya diri.

Bermula dengan meletak 2 jenis kek IN A BOX di Bogard Sticker, Jitra menyebabkan diri sendiri tak menang tangan di buatnya. Tak pernah terdetik pun dalam diri ini yang jualan kek-kek ini akan habis dalam masa SEHARI dan perlu di RESTOCK pada keesokan harinya kerana permintaan yang menderu-deru ingin merasai kek-kek tersebut terutamanya CHEZZY MARIE LAYER.

Kebiasaanya saya akan meletakkan time-frame untuk kek-kek ini berada di kedai sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum membuat kutipan hasil jualan. Mungkin ini yang dikatakan rezeki yang TERTANGGUH.

Yakin bahawa rezeki itu hanyalah dari Allah. Mungkin ada sebab-musababnya kenapa baru sekarang rezeki yang diperoleh melimpah-ruah.  


 Chezzy Marie Layer yang menghuru-harakan keadaan

 
 2 jenis kek IN A BOX

 Chezzy Marie Layer

Strawberry Lemon Larva Cheese


Mungkin juga aura MARKETING dari big boss BOGARD STICKERS; Aznor Aziz dalam mempromosikan kek-kek tersebut menyebabkan jualannya bertingket-tingket setiap hari. 

Dalam business, NETWORKING adalah tersangat penting agar business kita terus maju. Networking adalah salah satu PLATFORM penting untuk saling bantu-membantu dalam meluaskan empayar perniagaan kita. Jom menambahkan networking untuk kita sama-sama berjaya dalam perniagaan masing-masing.

So bagi sesiapa di sekitar Kedah, Perlis yang berminat untuk menjadikan kek-kek kami sebagai salah satu produk jualan di kedai, restoran, kantin, kolej atau di mana-mana saja boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

p/s : Kek-kek ni perlu diletakkan di dalam peti ais ye sekiranya anda berminat untuk menjadi dealer kami.

Owner Mydelights
- Nuha Adnan
- 019.418.1129

up