Antenatal Check-up


Berbelah bahagi nak buat antenatal check-up kat mana. Dah 2 kali pegi buat check-up kat Pusat Perubatan Mahsuri and suddenly my mom suggest suruh pegi buat check-up kat Klinik Kesihatan juga (that's mean pegi 2 tempat la; government and private). Sebab my mom kata lepas bersalin nanti nurse sendiri akan datang rumah untuk check baby kalau ada jaundice ke.

Masalahnya bukan tak nak pegi Klinik Kesihatan, even my first pregnancy pun memang pegi check-up situ tapi for this time i rasa nak pegi tempat lain pula. Memang la dua-dua tempat ada pros and cons tapi disebabkan sudah merasai pengalaman ke Klinik Kesihatan,
kali ni nak merasai pulak pengalaman ke Pusat Perubatan Mahsuri. Lagipun tak larat la nak
pegi buat check-up sampai 2 tempat.

Kalau ke Klinik Kesihatan diorang memang akan buat test-test dengan terperinci, even i dulu baru 9weeks pregnant pun dah kena buat ujian air gula sebab salah-silah my late father ada penyakit 3 serangkai; kencing manis, jantung dan darah tinggi. So diorang nak prevent awal-awal la kalau ibu mengandung ada kencing manis jugak. Memang la bagus tapi ada jugak kekurangannya. Tak yah la nak cerita kekurangannya, lain orang lain penilaiannya dan lain tempat lain situasinya. Nanti ada pula yang tak berpuas hati dengan kenyataan yang diberi.
Tapi kelebihan yang tak tertanding kalau ke Klinik Kesihatan ialah tak perlu mengeluarkan duit pun. Bukan nak berkira tentang duit tapi bila memikirkan di masa hadapan lagi memerlukan duit bila si kecil dah lahir. Oleh itu tepuk dada tanya duit sendiri.

Pegi Pusat Perubatan Mahsuri boleh pilih doktor mana yang kita nak; samada doktor lelaki atau doktor perempuan. I pilih Doktor Annuar sebab masa buat D&C pun dah biasa dengan doktor ni. Really admirer him......HAHAHA. Pernah cakap kat Mr Hubby yang i suka doktor ni sebab dia sangat soft spoken, sejuk mata memandang dan boleh membuat lawak. Sampai terjatuh cinta dengan kerjaya doktor dan nak salah seorang anak i jadi doktor....(belum apa-apa dah planning bukan main). Memang Dr Annuar selalu menjadi pilihan ibu-ibu mengandung, mungkin sebab dia je pakar perbidanan kat situ.
So kalau ada appointment memang sebelum pukul 9 kitorang dah terpacak depan Pusat Perubatan tu untuk ambil nombor giliran. Kalau tak, lambat la nak jumpa doktor. Lebih kurang macam pegi Klinik Kesihatan jugak, kena menunggu lama.

Even dah 13weeks pregnant pun i belum lagi pegi mendaftar kat Klinik Kesihatan (kalau nak mengikut nasihat my mom). Lagipun risau la nurse kat situ marah sebab dah 13weeks baru nak datang sebab masa first pregnacy diorang pernah cakap kalau dah berapa weeks diorang tak terima (tak ingat la berapa weeks yang dia sebut) sebab tu macam takut nak pegi, tak pasal-pasal kena bambu depan khalayak ramai....

Masih confuse hingga sekarang
Apakah pilihan terbaik ni????








Murah Rezeki


Tahun 2010 ni memang dipermurahkan rezeki oleh Allah kepada hambanya. Murah rezeki dari segenap segi; ada yang dah dapat kerja tetap, dapat sambung belajar dan yang paling gembira sekali bila dengar kawan-kawan (yang sudah berkahwin) bakal menerima kehadiran orang baru. Tak terkecuali jugak diri ini sendiri.........

ALHAMDULILLAH
Berjaya melepasi trimester pertama

Selepas keguguran pada Oktober 2009, kami tak berputus asa untuk mencuba lagi. Mula-mula tu memang risau dapat hamil lagi tak dalam masa terdekat ni sebab ada orang kata dan melalui pembacaan dari forum-forum, sesetengah orang lepas keguguran susah nak lekat la, masalah sistem peranakan la tapi tu semua Allah yang tentukan.

Dari bulan ke bulan menunggu untuk hamil semula dan bulan ke-3 selepas keguguran, i berjaya hamil....bersyukur sangat-sangat dan mungkin berkat daripada ayat-ayat Al-Quran dan zikir yang diamalkan. Kehamilan kali ni memang tak dihebohkan, hanya family terdekat je yang tahu sebab i macam fobia...takut awal-awal dah kecoh, nanti jadi macam kehamilan yang lepas, tak menjadi.......Memang sengaja menunggu sehingga habis Trimester Pertama untuk berkongsi kegembiraan dalam blog ni.

Kehamilan kali ni memang sangat berbeza sebab i mengalami simptom-simptom ibu mengandung;

Loya : Tak mengalami morning sickness tapi evening sickness. Bila petang je mula la serba tak kena. Tak boleh bau ikan goreng, makanan lain yang bergoreng memang boleh bertahan lagi. Sebab tu tak berapa nak suka sangat masuk dapur tapi terpaksa gak masuk untuk isi perut, dah habis makan cepat je angkat kaki. Nasib baik just loya-loya, tak la sampai muntah-muntah.

Tak Bermaya : Bukan la nak memalaskan diri tapi memang tak bermaya je especially time petang hingga ke malam. Kalau boleh nak baring dan tidur je tapi tidur banyak sangat pun boleh sakit kepala dibuatnya. Lately ni memang sangat tidak rajin nak melayan internet mahupun televisyen (sebab tu dah lama tak update blog lagipun tak de kejadian menarik yang berlaku)

Cepat Lapar : Memang akan sentiasa lapar je tapi tak berselera la sangat nak makan especially kalau tengok nasi. Lebih suka makan makanan ringan; roti, biskut, kuih, laksa etc. Makan dengan kadar yang sikit tapi kerap. Kalau lambat je makan, menggeletar macam 1tahun tak makan apa-apa. Kalau dulu laksa dan asam pedas memang tak layan tapi sekarang dah jadi favorite. Memang suka makanan berkuah dan sekarang teringin sangat nak makan Johnny's (steamboat) tapi kat sini tak de. Paling dekat pun kat Penang....Aduhaiiii........

Malas Bersiap : Sekarang muka 'bersepah' sangat....Kalau ajak pegi supermarket je dengan pantas menjawab tak nak sebab tak larat nak tukar baju, nak make-up, nak pakai tudung. Kalau dulu setengah jam jugak nak bersiap, sekarang 10minit pun dah boleh siap (kalau terpaksa jugak keluar rumah). Sekadar tempek-tempek bedak dan pakai tudung, berharap jangan la selepas melahirkan kelak muka 'bersepah' lagi. I still nak menjadi mummy vogue dan pasti akan diusahakan ke arah itu.

Kehamilan pertama tak pernah merasai semua ni, rasa macam tak mengandung pun ada sebab sihat sangat dan mungkin sebab tu baby tak 'menjadi'. Kali ni dengan semua gejala-gejala ibu mengandung, baby telah membesar dengan sihat dalam perut mummy.....





Craving For The Food........



Lately ni selalu teringin nak makan macam-macam..Paling teringin skali nak makan kat Gyuniku Beef Noodles House di Desa Sri Hartamas..Kalau dulu masa keja kat Planet Graphics time dapat gaji je mesti gi makan kat situ sebab makanannya tersangat la sedap dan layanan pun memang tip-top la....Owner restaurant tu sangat mesra alam dan pemurah senyuman..Harga makanan kat situ affordable tapi tak boleh makan selalu..selalu makan pun boleh bankrap la jugak. I kalau pegi situ suka pesan set sebab ada starter, main course and dessert + air, harga lebih kurang RM 11-RM 13 (sekarang tak tau la dah naik harga ke tak). Boleh jugak kalau nak makan ala-carte dan ada jugak nasi ayam hainan.

Pernah bawa Mr Hubby datang makan kat situ sekali. Itupun sebelum berpindah balik ke Hometown dan Mr Hubby pun suka makanan kat situ sebab kalau pilih set tu macam berbaloi-baloi dengan 4 hidangan dan harga lebih kurang RM 13. Dan sekarang I memang teringin yang tak terhingga nak makan kat situ tapi masalahnya bila masa nak pegi situ???? Kalau la Kuala Lumpur sebelah rumah I, petang ni jugak ajak Mr Hubby ke sana..








Gambar ihsan dari Blogger


Dekat area Desa Sri Hartamas ni memang ada macam-macam jenis restoran; Korean, Japanese, Western, Chinese, Malay, Mamak...just sediakan duit je la kalau nak jalan-jalan cari makan kat situ. Memang kaya dengan makanan kat situ, mungkin sebab kawasan tu pun banyak office + banyak foreigner tinggal kat situ, memang boleh buat duit la kalau buka restoran nih...Tak orang Malaysia pegi makan, orang luar yang akan pegi....

Tapi bagi pekerja-pekerja yang sederhana ni, mamak la yang terbaik pun...Even sekarang pun dok teringat nasi goreng kampung dan maggi sup kat Shafiz (betul kot ejaan dia....) Tu la masa dok KL teringat makanan kat Kedah, bila dok Kedah teringat makan kat KL....tak bersyukur betul, tu pun nasib baik boleh makan lagi.....

Yang paling best sekali bila boleh makan kat Souled Out...Best sebab dibelanja oleh supplier. Nak gi makan sendiri minta maaf la...rasa macam sayang nak keluarkan duit untuk makan kat situ. Memang la tak rugi makan kat Souled Out sebab semua makanannya lazat-lazat belaka tapi harganya pun 'lazat' la jugak..Kalau nak mencuba pun tak de halangan sebab duit sendiri kan.....

Souled Out ni time malam lagi la happening sebab restaurant cum bar...Kalau balik keja time pukul 7 tu memang dah ramai la orang...FYI, my ex-company sebaris je dengan Souled Out dan bawah office penuh dengan bar...Kalau time siang-siang hari memang lengang la kat bawah office tapi di kala matahari terbenam memang riuh-rendah, jangan terserampak dengan orang mabuk sudah.












Gambar ihsan dari Blogger


Sempat berada di kawasan elit tu 1 tahun je sebelum resign.... Memang banyak belajar bila keja kat Planet Graphics...I base Architecture tapi bila keja jadi Interior Designer, memang lain la dengan apa yang belajar masa Degree dulu. Actually Interior Design ni pun satu bidang yang menarik jugak...rasa macam comel je bila kena buat design perabot dan built-in. Yang bestnya kat situ kebanyakan projek adalah Show House..So tak de la projek besar-besar dan kadang-kadang kena pegi site untuk meng'decorate' show house..TAPI disebabkan lady boss yang unpredictable, ramai yang angkat kaki dari terus bekerja kat situ. Ye la kalau pegi keja pun sentiasa dalam ketakutan (takut bila fikir hari ni mood bos ok ke tak)....macam mana nak cari ketenangan bila bekerja?? Tambah-tambah bila dia keluar gi meeting, nak tunggu dia balik macam nak luruh jantung..meeting ok ke tak. Kalau tak memang kitorang akan kena bambu...Paling tak tahan, bila dah dimakinya kita, boleh pulak lepas tu bergelak-ketawa macam tak de apa-apa berlaku...WTH..Memang sendiri kena mengubat luka di hati...

Selama bekerja kat situ, semua pekerja perempuan...macam bebas la jugak (bukan bebas untuk free hair sesuka hati), bebas untuk bergossip...HAHAHA tapi bila sorang-sorang angkat kaki memang dah tak seronok nak gi keja..Kalau sebelum ni takut sentiasa ada dalam hati tapi seronok bila jumpa kawan-kawan office yang gila-gila...I bertahan kat situ setahun sebab nak ambil bonus yang memang menjadi milik I. Ye la dah kena maki macam-macam, the boss kena bayar pampasan....HAHAHA.


Dekat site Setia Hills


Kenapa tetiba bertukar cerita pulak ni....awal-awal cerita pasal makanan pastu masuk bab keja pulak dah....Bukan apa, makanan-makanan tu semua berada kat tempat keja lama...kalau tak pernah keja kat situ memang tak pernah kenal la makanan-makanan tu....so, harus selit jugak tentang keja....

Ok.....sambung balik....

Keja PG best sebab tak perlu stay back sangat....pukul 7 tu dah boleh cabut, even weekend pun tak perlu bersusah-payah datang office. Boleh bilang dengan jari la berapa kali sangat stay back, tu pun masa kena settlekan projek Setia Hills untuk launching...Kali tu je la kot kitorang stay back kat site sampai pukul 2 pagi...Tapi bila keja kat Skala Design, sentiasa kena stay back. Projek kat Skala memang totally different, tak de dah show house ni....main projek besar-besar pulak; hospital, hypermarket, office and etc. Memang la projek long term tapi dicelah-celah tu akan terselit projek-projek yang rushing especially kalau yang kena buat presentation tu....

Kena la redha bila tetiba kena stay back atau weekend kena datang office....Paling tak tahan bila dah plan something tetiba kena cancel atas desakan keja. Masa bujang boleh la menghamba diri pada keja tapi bila dah kawin nih rasa macam keja je lebih daripada menjaga Mr Hubby..Mana tak nya Mr Hubby dah jadi macam Mr Mama pulak, dia pulak yang balik lagi awal dari I. Sometime Mr Hubby dah tido, I baru terhegeh-hegeh nak balik....ada ke patut???

Macam pepatah mengatakan "keluar mulut naga, masuk mulut buaya". Memang environment dia berlipat kali ganda lebih baik dari office terdahulu tapi tertekan dari segi work load..Lain tempat keja, lain la situasi dia...Kena bersedia dari segi mental dan fizikal..

Sekarang I dah macam malas nak keja firm lagi...mungkin ingin menjaga anak saja di rumah..(eh tak tak.....). Kalau dipermurah rezeki mungkin akan menjadi wanita bekerjaya kembali tapi belum tahu kerjaya apakah akan menanti di hadapan.

Semoga dipermurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat....amin...











up