Apr
Sunday,
25,
Tahun 2010 ni memang dipermurahkan rezeki oleh Allah kepada hambanya. Murah rezeki dari segenap segi; ada yang dah dapat kerja tetap, dapat sambung belajar dan yang paling gembira sekali bila dengar kawan-kawan (yang sudah berkahwin) bakal menerima kehadiran orang baru. Tak terkecuali jugak diri ini sendiri.........
ALHAMDULILLAH
Berjaya melepasi trimester pertama
Berjaya melepasi trimester pertama
Selepas keguguran pada Oktober 2009, kami tak berputus asa untuk mencuba lagi. Mula-mula tu memang risau dapat hamil lagi tak dalam masa terdekat ni sebab ada orang kata dan melalui pembacaan dari forum-forum, sesetengah orang lepas keguguran susah nak lekat la, masalah sistem peranakan la tapi tu semua Allah yang tentukan.
Dari bulan ke bulan menunggu untuk hamil semula dan bulan ke-3 selepas keguguran, i berjaya hamil....bersyukur sangat-sangat dan mungkin berkat daripada ayat-ayat Al-Quran dan zikir yang diamalkan. Kehamilan kali ni memang tak dihebohkan, hanya family terdekat je yang tahu sebab i macam fobia...takut awal-awal dah kecoh, nanti jadi macam kehamilan yang lepas, tak menjadi.......Memang sengaja menunggu sehingga habis Trimester Pertama untuk berkongsi kegembiraan dalam blog ni.
Kehamilan kali ni memang sangat berbeza sebab i mengalami simptom-simptom ibu mengandung;
Loya : Tak mengalami morning sickness tapi evening sickness. Bila petang je mula la serba tak kena. Tak boleh bau ikan goreng, makanan lain yang bergoreng memang boleh bertahan lagi. Sebab tu tak berapa nak suka sangat masuk dapur tapi terpaksa gak masuk untuk isi perut, dah habis makan cepat je angkat kaki. Nasib baik just loya-loya, tak la sampai muntah-muntah.
Tak Bermaya : Bukan la nak memalaskan diri tapi memang tak bermaya je especially time petang hingga ke malam. Kalau boleh nak baring dan tidur je tapi tidur banyak sangat pun boleh sakit kepala dibuatnya. Lately ni memang sangat tidak rajin nak melayan internet mahupun televisyen (sebab tu dah lama tak update blog lagipun tak de kejadian menarik yang berlaku)
Cepat Lapar : Memang akan sentiasa lapar je tapi tak berselera la sangat nak makan especially kalau tengok nasi. Lebih suka makan makanan ringan; roti, biskut, kuih, laksa etc. Makan dengan kadar yang sikit tapi kerap. Kalau lambat je makan, menggeletar macam 1tahun tak makan apa-apa. Kalau dulu laksa dan asam pedas memang tak layan tapi sekarang dah jadi favorite. Memang suka makanan berkuah dan sekarang teringin sangat nak makan Johnny's (steamboat) tapi kat sini tak de. Paling dekat pun kat Penang....Aduhaiiii........
Malas Bersiap : Sekarang muka 'bersepah' sangat....Kalau ajak pegi supermarket je dengan pantas menjawab tak nak sebab tak larat nak tukar baju, nak make-up, nak pakai tudung. Kalau dulu setengah jam jugak nak bersiap, sekarang 10minit pun dah boleh siap (kalau terpaksa jugak keluar rumah). Sekadar tempek-tempek bedak dan pakai tudung, berharap jangan la selepas melahirkan kelak muka 'bersepah' lagi. I still nak menjadi mummy vogue dan pasti akan diusahakan ke arah itu.
Kehamilan pertama tak pernah merasai semua ni, rasa macam tak mengandung pun ada sebab sihat sangat dan mungkin sebab tu baby tak 'menjadi'. Kali ni dengan semua gejala-gejala ibu mengandung, baby telah membesar dengan sihat dalam perut mummy.....

0 comments:
Post a Comment