Tahun ke-3



Tiga tahun sudah usia perkahwinan kami. Masih ingat lagi masa tahun pertama berkahwin, masing-masing masih belajar mengenali antara satu sama lain...*kami kan bercinta kejap je and terus kawin...bergaduh kecil-kecilan tu perkara biasa la kan, takkan la harmoni je rumah tangga tu. Paling diingati bila suami hangin+merajuk sebab isteri asyik balik kerja lambat. Dah la baru je kawin, suami asyik sorang-sorang je kat rumah sampai tengah malam..*mana tak berangin je satu badan, dah kawin pun takkan nak cakap dengan dinding lagi kot hehe...Walauapapun kami berjaya mengharungi semua tu sampai la sekarang. Semakin lama bersama masing-masing pun dah faham perangai pasangan masing-masing...

Mungkin orang anggap 3 tahun perkahwinan tu masih mentah lagi, tak tahu lagi apa yang akan berlaku masa depan nanti tapi kami tetap bersyukur sebab dapat hidup dalam keadaan aman harmoni tanpa ada gangguan dari anasir-anasir luar. Kalau ada pun masih mampu tutup mata je la.

Sepanjang hidup bersama ni isteri sangat bersyukur sebab dapat kenal suami yang ringan tulang. Kalau suami balik bercuti je (we are long distance hubby-wifey for a while) kebanyakan house chores memang suami yang tolong settlekan kecuali memasak la..memasak adalah kepakaran isteri...cheewaahhh. Tambah pula dengan keadaan isteri sekarang suami dah jadi macam superman dah. Isteri pula pantang kalau suami balik, urusan anak pun minta tolong suami jugak...*Iman pun nak bermanja dengan papa jugak ~~alasan.......~~

Suami saya seorang hubby that never say NOOOOO.....Kalau boleh semua kehendak isteri akan ditunaikan; nasib baik anak tak pandai meminta-minta lagi..Isteri pun tak de la hover sangat nak ferrari atau istana ke, masih waras dan masih boleh mengukur baju di badan sendiri. My hubby bukan la businessman, duit berkepok-kepok sampai tak tau nak buat apa..Kalau isteri teringin something akan disuarakan jugak kat suami, kalau suami tak mampu isteri tak kisah. Tak de la sampai meraung-raung, merajuk tak nak cakap 44hari ke..isteri faham..contohnya macam nak *teettttttttt*...you know what b, kalau tak tau buat2 tau je la...hehe

My hubby have a great sense of humor...Depan isteri memang perangai gila-gila suami terserlah. Isteri tak kisah, isteri lagi suka sebab se'kepala' dan boleh sama-sama gelak guling-guling. Kadang-kadang Iman pun hairan tengok perangai mak bapak dia...apa yang pelik sangat nih tapi yang pasti kami bahagia. Kalau kat luar tak de la suami nak buat perangai tak senonoh ke apa ke, terus bertukar jadi professional..Suami saya kalau di buang dalam hutan pun boleh makes friends lagi sebab dia banyak cakap sampai anak dilabel banyak cakap macam papa...YESSSS!!!..my son memang ringan mulut dengan bahasa Jermannya. Kalau kat kedai makan tu memang dengar suara dia sorang je la..hehe

Selain tu, suami selalu cakap isteri kuat berleter...#shy YES its true....Isteri kuat pot pet tapi bukan dalam keadaan serius; pot pet sambil bergurau senda...baru la FUN...haha. Ayat suami dalam jenaka bila isteri start nak membebel "Bising la Mummy...nanti Iman pulak kena dengar Mummy pot pet"...Ohhh isteri kalau dah jumpa suami memang nak bercakap je 24/7 tapi kalau datang je angin kus kus, sepatah ayat pun tak nak keluar *merajuk la tu....suami pun dah faham, ada la tu yang tak kena atau tak puas hati...Suami saya seorang yang penyabar BUT when you touch the wrong button...MELETUPPSSS.

To My Beloved Best friend+Boyfriend+Partner cum Great Hubby...

# You already fulfill my life...I wish no more either than you

# You always makes us happy...

# Sebagai isteri ingin sentiasa bersama suami dalam keadaan susah & senang, sedih & gembira

# Semoga perkahwinan dan kehidupan kita diberkati Allah dan berkekalan hingga akhir hayat. Amin


Present : Percutian keluarga yang tak tau bila dan tak tau di mana....haha *gimmick

Akak suka Adi Putra

Tajuk memang tak mau kalah...

Walaupun tersukakan Adi Putra tetapi hubby akak tetap nombor satu di hati ni. Kesukaan ni hanya sampingan semata-mata. Nasib baik la hubby akak ni sporting-morting, layankan je la bini dia ni. Ni semua penangan drama Tentang Dhia...Lagipun sejak azali tak de la minat sangat pun Adi Putra ni, feeling biasa-biasa jer..tapi sejak pertama kali tengok OST Tentang Dhia masa mula-mula drama ni nak ditayangkan, terus tangkap lentok...hehehe. Apasal hensem sangat mamat ni tambah pulak scene yang cantik pulak tu, terus mengisytiharkan akak suka Adi Putra...hakhakhak *gilos

Tersuka sampai sanggup follow twitter dia you know tapi belum sampai tahap nak join group hotlovers lagi la...kiranya tak kronik sangat la.



Disebabkan drama ni, kalau keluar mana-mana je sebelum pukul 7 mesti nak terpacak depan tv. Dah pesan siap-siap kat hubby...hubby akak fine aje. Tapi semakin menengok drama ni, semakin mengalami tekanan perasaan..hover sangat ok rintangan-rintangannya, siap berbomoh bagai...meroyan sorang-sorang akak sebab ketakpuas-hati.

p/s : suka la watak zikir....:)

Teringin

Memang teringin sangat nak update blog...kalo boleh tiap-tiap hari nak menulis tapi apa kan daya sifat pemalas menguasai diri...Tambah pula dengan Iman yang tak sihat lagi la membantutkan idea-idea nak mengarang...

Susah hati mom bila anak tak sihat ni...Kesian tengok nak tidur pun susah sebab hidung tersumbat, anak jadi tak selesa. Kalau la dia pandai hembuskan hingus, tenang hati mak ni. Alhamdulillah dalam tak sihat tu nak la jugak dia main tapi kadang-kadang merengek la jugak. Budak tak sihat kaannnn..

Anak, cepat sihat ye...:(

Kenduri Chu Da

Baru-baru ni bertempat di villa bonda telah diadakan majlis perkahwinan Chu Da a.k.a adik bongsu bonda. Majlis berlangsung pada 26 November 2011; akad nikah dan majlis bersanding pada hari yang sama. So faham-faham je la...2-3 hari sebelum kenduri tu memang bertungkus-lumus la membersih rumah. Maklum la rumah bonda ni banyak sungguh khazanah-khazanah zaman silam yang sayang nak di buang. Nasib baik la setiap kali kenduri catering je, kalau tak ada yang pengsan sampai seminggu kot.


Majlis Akad Nikah

Pengantin dan mummy


Hantaran perempuan kepada lelaki


Hantaran lelaki kepada perempuan


Pengantin dan bonda selepas akad nikah


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hujan pun hanya turun semasa pembuka majlis (akad nikah) dan penutup majlis (selepas selesai majlis)...Disebabkan tuan tanah malas nak bercerita panjang, mari kita layan gambar je la ye...


Majlis Persandingan

















Aktiviti-aktiviti di sebalik tabir































Fuuuuhhhh...puas mentapis gambar-gambar yang ada ni. Dah la nak upload gambar pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Nasib baik la hari ni tuan tanah sangat penyabar sebab mengenangkan blog yang macam 'hidup segan mati tak mahu' pun gayanya...

Lastly Selamat Pengantin Baru kepada Chu Da dan Paksu Mizi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dapat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran serta dapat menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Akhir sekali semoga dikurniakan anak secepat mungkin...Nah aura dari anak buah mu....hehe


Kembali Bermastautin


Ya...bermula esok kehidupan kami dua beranak akan kembali ke 4bulan sebelum ni. Si ibu akan ditinggalkan oleh suaminya dan si anak pula oleh bapanya. Akan kembali berindu-rinduan dengan si jejaka pujaan hati. Cinta hatiku akan kembali menyambung pengajiannya untuk semester terakhir. Terpaksa berkorban jiwa dan raga meninggalkan kami demi meningkatkan taraf hidup kami sekeluarga. Mungkin di pihak beliau akan lebih terasa dengan perpisahan ini sebab akan meninggalkan buah hati pengarang jantungnya yang semakin hari semakin banyak keletahnya.

Tetapi biar apa pun cabarannya kami tetap menyokong dengan setulus hati di sini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat menyempurnakan pengajian dengan jayanya. Tak lupa juga doa yang sentiasa mengiringi agar dapat membawa pulang Ijazah Sarjana pada tahun depan.

Yang pasti akan merindui Taman Gemilang yang sudah didiami selama 2bulan. Meninggalkan rumah manis rumah kami buat sementara waktu dan dihantar pulang ke rumah bonda oleh suami sepanjang pengajian beliau. Rumah, 2minggu sekali tuan kamu akan melawat ye. Jangan risau and behave..okay :)



Grilled Chicken With Lemon



Pertama-tama sekali kena ucap thanks kepada pn Eena sebab sudi meng'share' resepi ni. Biasala di hujung-hujung Ramadhan ni dah tak tau nak makan apa dan tetiba rasa teringin nak buat homemade western food pulak. Sambil tu boleh la test oven tu sama, kiranya 2 in 1 la..Percubaan pertama kali berjaya and yummylicious....sedap okay....rasa macam nak buat tiap-tiap hari je...hehe *hover nyer*

Atas permintaan my sis yang nak try jugak resepi ni maka i pun tulis la balik resepi tu kat sini

Ayam Grilled
Bahan :
Ayam
Mixed Herbs
Honey
Lemon
sedikit garam

Cara-caranya :
- Ayam digaul rata dan diperap (lagi sedap diperap semalaman)
- Digrill pada suhu 240C selama 20min

Gravy Sauce
Bahan :
Celery (dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong dadu)
Air
Kicap (1 sudu)
Tepung jagung (1 sudu)
Kiub Ayam (1/2 kiub)
Black Pepper
Garam & gula

Cara-caranya :
- Tumis celery dan bawang hingga layu
- Masukkan bahan-bahan lain
- Kacau hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan
- Last sekali toskan

Mashed Potato
Bahan :
Kentang (direbus & dilenyet)
Butter
Fresh milk
Garam

Cara-caranya :
- Kentang yang telah direbus dan dilenyet dicampur dengan bahan-bahan lain
- Gaul sebati

Vegetables
Bahan :
Brokoli
Bunga Kubis
Carrot
Sweet corn

Cara-caranya :
- Semua sayur dimasukkan dalam air yang mendidih
- Angkat dan toskan

Mudahkan....Selamat mencuba ye Ku Irni Ku Adnan.....:)



Di kala 8 bulan


Tak berapa hari lagi anak-bujang-kesayangan-kami akan berumur 8bulan. Dari bulan ke bulan dah bermacam benda baru yang Iman belajar. Dari pandai merangkak sekarang ni dah pandai berdiri pulak. Dah tu suka rasa diri sendiri macam dah besar dan dengan sesuka hati melepas tangan bila dah berjaya berdiri. Sekarang ni mummy memang tak boleh nak tinggal Iman main sorang-sorang walaupun sesaat sebab Iman ni bukan jenis yang suka main mainan bayi. Dia suka main mainan yang tak berciri bayi. Faham?

Maksudnya Iman penggemar benda-benda yang bukan dikategorikan sebagai mainan. Sangat suka bermain dengan basikal papa. Macam mana pulak bayi nak masuk 8bulan dah pandai main basikal papa? Kedengaran macam tak logik kan ke mummy buat-buat cerita nih...Betul, tak TIPU..

Tak percaya tengok gambar ni...

Believe it or not

Bukan setakat suka main basikal, naik tangga pun mainan favourite Iman. Tepuk-tepuk tangga kemudian panjat satu anak tangga kemudian satu lagi dan lagi dan lagi.....FUHHHH. Disebalik permainan 'extreme' dia, terselit jugak 'kelembutan jiwa' Iman sebab sangat tak sukakan bunyi-bunyian yang bagi dia dalam kategori menggerunkan. Sangat takut dengan bunyi vacuum, drill dan jugak blender...hehehe. Bila dengar je bunyi-bunyi 'gerun' tu mula la meraung dan merangkak laju-laju mencari mummy atau papa. Mungkin sebab dulu mummy berpantang dalam suasana aman dan harmoni kot, so Iman tak terbiasa dengan bunyi-bunyi bising. Emmm...entah lah.

Si kecil yang pemurah dengan senyuman

Yang paling mummy cair dengan Iman adalah senyuman dia. Baru bangun tidur pun boleh hadiahkan mummy dengan senyuman manis. Tiap kali Iman tersenyum comel, mummy terus rasa macam nak gigit-gigit je budak kecik ni dan kadang-kadang mummy gigit betul-betul jugak. Sepanjang nak masuk 8bulan ni baru sekali Iman demam panas. Masa tu dari bayi yang lasak, Iman terus jadi bayi yang nak tidur je, bayi yang menangis je, bayi yang serba serbi tak kena. Dan pertama kali juga bagi kami-ibu-bapa berdepan dengan anak yang sakit. Rasa sangat tak seronok bila tengok anak yang selama ni cergas ke sana-sini jadi tak bermaya. Baru la mengalami sendiri pengalaman macam mana dulu emak menjaga kita bila sakit demam. Tidur malam pun tak lena...Berapa banyak kali bangun nak jerlum (basahkan kepala anak dengan air daun bunga raya @ daun lidah buaya) kepala anak, takut anak tarik sebab demam panas. Alhamdulillah lepas ambil ubat, Iman kembali sihat dan aktif.

Pencinta susu ibu

Sampai sekarang Iman masih lagi membesar dengan susu ibu walaupun kadang-kadang mummy bagi jugak susu formula kat Iman. Alhamdulillah rezeki Iman masih ada sampai saat ini. Tapi yang merisaukan mummy berat Iman sangat susah nak naik. Sekarang ni pun berat Iman baru 6.5kg sedangkan bayi yang seusia Iman dah 7-8kg. Makan? Berselera je makan. Pantang suap apa-apa pun, tak pernah lagi ditolak. Pernah jugak nurse di klinik kesihatan suruh masukkan santan dalam bubur Iman, mummy dah buat tapi perut Iman pulak tak boleh nak terima...terus cirit birit. Tak pe lah Iman, asalkan membesar dengan sihat tanpa penyakit-penyakit yang memudaratkan mummy dah bersyukur.

Mana gigi kamu??

Sekarang ni Iman sangat pantang kalau tengok mummy atau papa bersiap-siap, mula la menjerit-jerit minta didukung cepat-cepat sebab dia dah tau mesti nak keluar berjalan-jalan. Hobi Iman suka menepuk-nepuk apa jua barang kat tangan dia, kalau tak de barang muka mummy-papa pun jadi sasaran dia. Kalau tak ditepuk-tepuk, dimakannya muka kami...nasib baik tak de gigi lagi...;)


<3<3 HAPPY 8 MONTHS IMAN ZUHAYR <3<3



Puding Roti la pulak



Bahan-bahan


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch)

2 cawan susu full cream

2 cawan whipping cream

1 cawan gula

6 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

4 sudu kecil butter

1 sudu kecil serbuk kayu manis

kismis-agak2


Cara-caranya

- Sapu butter pada dasar loyang @ bekas untuk membakar nanti

- Susun roti dalam loyang tadi

- Tuang bancuhan susu, whipping cream, gula, esen vanilla dan telur yang telah dipukul ke atas roti

- Biarkan roti kembang selama 1 jam

- Selepas kembang, taburkan kismis dan serbuk kayu manis di atas roti tadi

- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10minit pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 30minit


Resepi ni dari blog nani rostam dan banyak resepi-resepi dia yang macam terliur je nak mencuba. Sebenarnya kalau ikutkan resepi asal, puding ni ada sos krim tapi mak cik ni malas nak buat. Makan saja pun sedap jugak...kalau nak tau resepi sos krim tu, rajin-rajin la melawat blog dia...




I'm baacckkkkk | Mee Kungfu


Hai Blog...tuan kamu dah kembali buat masa sekarang. Masa-masa akan datang tak tentu lagi dia akan kembali lagi atau kembali menyepi...Sangat mensakitkan hati dengan coverage 3G di Taman Gemilang, sangat mensedihkan sampai tak ada keinginan langsung untuk beronline...Tetiba hari ni berlakunya magik, tuan blog rindu pula nak berblog...:) *bila nak pasang streamyx nih...hehe ~~ dengan streamyx boleh layan citer online sampai lebam @____@*

Oh lupa nak inform...kami sekeluarga (hubby, i and iman) dah berpindah ke Taman Gemilang-rumah-manis-rumah-yang-sebenar. Dah nak masuk sebulan pun di rumah baru, dah kenal dengan jiran sebelah-menyebelah rumah. Jiran sebelah kanan; melayu-lecturer elektrik politeknik dan jiran sebelah kiri; cina-business sendiri. Dah di rumah sendiri kena la menggunakan segala kelengkapan yang tersedia secara bersungguh-sungguh. So, hari-hari pun nak try resepi baru.

Hari ni sebab dah malas nak makan nasi bertukar menu pulak la. Mari kita makan Mee Kungfu



Bahan-bahan untuk mee
setengah paket mee (untuk 2 orang makan)
2 biji telur
garam

Bahan-bahan untuk kuah
2 ulas bawang putih
bawang merah/besar (optional)
sedikit halia
1 ketul kiub ayam
sos tiram
serbuk lada hitam
seafood/ayam/daging/fish cake
sayuran : carrot, baby corn, bunga kobis etc
tepung jagung
cili padi

Cara-cara memasak
- Mula-mula kena goreng mee dulu (pastikan mee dibasuh dulu ye untuk hilangkan rasa kapur yang terover tu) -----) pukul 2 biji telur bersama dengan garam dan masukkan mee. Goreng sampai garing, angkat dan toskan

- Untuk kuah pula -----) panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia
- Bila dah naik bau masukkan ayam/seafood/fish cake
- Kemudian masukkan air dan sos tiram
- Letak kiub ayam, pepper dan garam secukup rasa
- Dah mendidih masukkan sayuran pula
- Nak ada rasa pedas-pedas sikit, letak la cili padi 3-4 tangkai
- Last sekali bancuh tepung jagung dan tuang dalam kuah tadi untuk pekatkan
- Bila semua dah sebati, tuang kuah atas mee yang dah digoreng tadi

Nyum nyum nyum.....sedap okay!!!! Cuba la kalau tak percaya...



15 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak


Disebabkan rajin sangat meng'google' sana sini, maka terbaca la artikel yang menarik ini dan nak berkongsi dengan semua sebagai panduan terutamanya kepada ibu bapa agar tidak tersalah dalam mendidik anak-anak....kerana anak-anak adalah harta yang paling berharga sehingga ke akhir hayat bukannya harta kekayaan yang bersifat duniawi semata-mata....

Untuk rujukan bersama.. sharing is caring..




"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.

*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.

*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.



p/s : Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang mampu mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.



Apa Yang Dinanti Telah Sempurna


Akhirnya berakhir sudah penantian kami. Tak lama lagi bolehlah duduk di rumah sendiri sebab benda paling utama dalam rumah tu sudah pun siap. Tanpanya memang tak complete hidup kami sekeluarga dalam rumah tu terutamanya untuk si isteri. Lagipun kat situ la isteri nak tunjuk skill nya yang hebat (perasan)...........(*______*)


TADAAAAAAAAAAAAAA.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Dry Kitchen


Wet Kitchen


Maka dengan ini isteri-taat-setia kena la memasak dengan sepenuh hati dan menggunakan segala kelengkapan dengan bersungguh-sungguh. Jangan risau suami, isteri dah ada banyak menu-menu baru yang akan dicuba nanti....hehehe.

Bagi pendapat i kalau nak masuk rumah baru wajib ada kitchen cabinet dulu. Benda lain tak de pun boleh hidup lagi tapi kalau tak de dapur memang kucar-kacir hidup. Nak siapkan dapur je pun dah ambil masa sebulan, pasang dapur pulak dalam masa seminggu. So kalau dah masuk rumah dulu sebelum dapur siap memang terganggu sikit la kehidupan dalam rumah tu. Mana taknye...pekerja-pekerja tu nak datang buat kerja. Kan tak seronok kalau ada orang luar keluar masuk rumah kita, dah tu habuk tak yah cakap la kan...Tambah pula wet kitchen i buat concrete counter top, maka kerja-kerja concrete ni kena la buat kat site. Nak pasang tiles lagi sebab dapur kami memang tak de wall tiles.

Secara keseluruhannya i berpuas hati dengan IRIZ DECO ni. Boss dia pun sangat baik, dah macam kamceng dengan suami daku. Lagipun sempena buat dapur ni boss IRIZ ni bagi free gift kat kami Spoon Tray, LED Lighting dan Dish Rack. Terima kasih daun keladi la En. Shah..........hehe. Pekerja-pekerja dia pun buat kerja kemas dan bersih sebab bila dah habis semua kerja, diorang vakum balik habuk-habuk tu. So tak la teruk sangat kami nak bersihkan balik rumah tu nanti. Lagipun sebelum buat dapur tu, memang dah sental habis-habisan segala kekotoran, kali ni just sapu dan mop je lah. Dah bersih rumah mula la aktiviti mengangkut barang.

TETAPI.......

Aktiviti membersihkan rumah terpaksa ditangguhkan dulu sebab suami telah kembali ke UPM. Target nak angkut barang dalam hujung bulan ni dan InsyaAllah awal bulan Mei akan berpenghuni la rumah itu.

Bagi mereka-mereka yang beli rumah di Kedah dan Perlis, yang masih tercari-cari nak buat kat mana kitchen cabinet boleh la melawat website ni....

http://www.irizdeco.com/



p/s : nak masuk rumah tapi curtain tak de lagi......owhhhh noooooo



Papa dan minatnya


Sekarang ni papa dah ada hobi baru....BERBASIKAL....dah beli pun sebijik. Selama ni asyik sebut-sebut je nak basikal 24/7, so i pun tak kisah. Lagipun itu duit hubby + dah banyak barang yang hubby beli untuk kami anak beranak. Kali ni beli la untuk diri sendiri pulak. Semangat hubby bertambah berkobar-kobar nak beli basikal ni bila dah jumpa geng nak berkayuh sesama. Diorang selalu berbasikal kat area Putrajaya, on road saja la....belum tahap nak memanjat-manjat gunung lagi.

Kat Putrajaya sekarang pun dah ada tempat untuk aktiviti-aktiviti berbasikal ni, dah sedia track berbukit-bukit untuk mereka-mereka yang minat aktiviti mencabar...PUTRAJAYA CHALLENGE PARK...tapi tak boleh la minat saja, basikal pun kena meletups jugak. Kalau tak, semput la nak berkayuh kat kawasan berbukit tu. Dah nama pun basikal meletups, duit pun kena seiring dan sejalan la jugak. Kalau basikal nak pergi sekolah tu, ye la murah....tapi basikal untuk aktiviti-aktiviti macam ni jangan harap la nak dapat murah; harga boleh mencecah belas-belas dan puluh-puluh ribu.

Basikal papa (tak de la sampai berbelas-belas ribu)

Sebelum ni i pernah tanya hubby kenapa tetiba nak berbasikal pulak....Kebanyakan orang nak DSLR tapi dia nak basikal. Hubby cakap dia nak aktiviti bersukan, nak bagi fit balik badan. Nak berjogging kadang-kadang tu tak terbuat pulak. Ada basikal ni boleh juga berkayuh sorang-sorang kat area Bukit Mahkota tu. Lagipun hubby memang bukan kaki ambil gambar, so taknak bazir duit untuk DSLR....(tersedih mak cik ini mendengar....bye bye DSLR)

Papa dan basikalnya

Selamat berkayuh papa....Mummy menyokong dari belakang....;)



Happy 5months, IMAN ZUHAYR


Hari ni Iman Zuhayr dah 5bulan 4hari....Semakin hari, Iman semakin pandai dan mummy tak jemu-jemu melayan karenah Iman. Rasa macam hidup tak bermakna tanpa Iman di sisi and also you my beloved hubby....(tak boleh lebihkan anak je, nanti suami jeles...maka kena adil dan saksama)....I really love my both heros <3<3...


Sekarang ni Iman dah pandai.....

* pandai berguling-guling...kiranya kawasan 'jajahan' Iman dah semakin luas. Mummy yang semput nak kawal Iman. Pantang letak je, terus meniarap dan mula bergolek-golek macam ayam golek. HEHE...Bukannya apa, takut Iman terhantuk kabinet, tak pun masuk bawah kerusi je...

*dah boleh angkat punggung dan badan (gaya macam nak merangkak) tapi tak berjaya lagi nak ke depan. Tak boleh nak balance badan lagi...

*dah kenal mummy...bila orang lain pegang Iman dan tetiba je nampak mummy mula la tergawang-gawang tangan minta mummy ambil. Kalau mummy buat-buat tak nak ambil tu mula la bersedih hati.

*suka bersembang sambil menyembur air liur...Mummy layankan je la apa yang Iman cakap. Rasa macam comelnya percakapan bayi ni sampai kadang-kadang tu Mummy geram dan gomol-gomol Iman.

*dah pandai geli-geli...Kalau mummy geletek, tak pun agah-agah, Iman mula la gelak mengekek. Baby tak de gigi pun comel kan masa diorang gelak....~rasa macam nak pergi peluk Iman sekarang....T____T~

*dah pandai buat 'cak cekur'....
Haaaa...mesti tak tau kan apa benda la cak cekur nih. Orang-orang tua kat tempat i ni selalu ajar budak-budak buat cak cekur (tak tau la kat tempat lain sama ke tak). Sambil suruh budak-budak menggamit tangan, sambil nyanyi lagu ni....

Cak cekur,
Udang gamit,

Minta kapur,

Bagi kunyit


Sangat cute ok bila jari-jemari bayi ni mula menggamit sebab diorang bukannya terror lagi macam orang-orang besar kan.......~mummy nak gigit jari-jari Iman~

*suka masukkan benda dalam mulut. Sua la apa pun, menganga je la kerja Iman. Tak pun kalau Iman main sendiri habis mainan Iman basah dengan air liur.

Sebelum bersurai, nah gambar budak 5 bulan bersama papanya.......







Walaupun Iman tak membesar bagaikan juara tapi mummy sangat senang hati sebab Iman membesar dengan sihat....Semoga menjadi anak yang soleh. Amin




up