Nov
Tuesday,
29,
Baru-baru ni bertempat di villa bonda telah diadakan majlis perkahwinan Chu Da a.k.a adik bongsu bonda. Majlis berlangsung pada 26 November 2011; akad nikah dan majlis bersanding pada hari yang sama. So faham-faham je la...2-3 hari sebelum kenduri tu memang bertungkus-lumus la membersih rumah. Maklum la rumah bonda ni banyak sungguh khazanah-khazanah zaman silam yang sayang nak di buang. Nasib baik la setiap kali kenduri catering je, kalau tak ada yang pengsan sampai seminggu kot.
Majlis Akad Nikah
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hujan pun hanya turun semasa pembuka majlis (akad nikah) dan penutup majlis (selepas selesai majlis)...Disebabkan tuan tanah malas nak bercerita panjang, mari kita layan gambar je la ye...
Majlis Persandingan
Aktiviti-aktiviti di sebalik tabir
Fuuuuhhhh...puas mentapis gambar-gambar yang ada ni. Dah la nak upload gambar pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Nasib baik la hari ni tuan tanah sangat penyabar sebab mengenangkan blog yang macam 'hidup segan mati tak mahu' pun gayanya...
Lastly Selamat Pengantin Baru kepada Chu Da dan Paksu Mizi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dapat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran serta dapat menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Akhir sekali semoga dikurniakan anak secepat mungkin...Nah aura dari anak buah mu....hehe

0 comments:
Post a Comment