Jiran Oh Jiran

Sangat heaven hoccay bila dapat berinternet di Villa Bonda...Kalau di Taman Gemilang memang asyik kena sumpah seranah je. Maklum la tak mampu lagi nak pasang Streamyx, hanya bergantung harap pada broadband saja. Itu pun tak boleh nak harap sangat.

Nak update secara sepantas kilat tentang jiran baru di Lorong 12 (tak tau la baru ke dah lama sebab baru-baru ni kami balik rumah-manis-rumah, rumah itu dah berpenghuni...bagi i baru la yeeee...). Kali ni tentang ketensionan kami dengan jiran tersebut...sebabnya dia membela anjing yang kuat menyalak...tak main la bela sekor tapi dua ekor. Selama ni aman damai harmoni je lorong tu...tup tup telah dinodai dengan bunyi salakan anjing la pulak.

Pernah satu malam tu tengah-tengah malam buta la si anjing-anjing ni nak test vokal. Kami suami-isteri tak dapat tidur nyenyak. Nasib baik la anak mampu lagi terus bermimpi...dah la budak kecik tu kadang-kadang takut jugak dengar bunyi anjing menyalak sampai lari tak cukup tanah (walaupun lari tak betul lagi)...Malam tu konpius sekejap, tuan anjing tu tidur mati ke??? Apasal tak tenangkan haiwan peliharaan dia...gggrrrrrrrrr


TJLove : nak pegi baling daging beracun la kat rumah tu......kiddingssss

Tak Dirancang

Murah rezeki....Ya, murah lagi rezeki kami sekeluarga sebab bakal menerima ahli baru. Mummy ni sibuk menambah susur galur keluarga. Memang tak expect secepat ni tapi Allah itu adalah perancang yang maha hebat. Memang lepas bersalinkan Iman targetnya masa umur Iman 2tahun baru nak pregnant lagi tapi dah rezeki datang bergolek, kami terima dengan tangan terbuka.

Ini gara-gara encik P yang tak menentu. Selama ni I memang fully BF Iman sampai la dia 11bulan. 6bulan pertama percentage nak preggy memang kurang kalau kita fully BF dan masih tak period, so I memang tak risau sangat. Masuk bulan ke-7, encik P belum melawat lagi...I cuak la jugak kalau tetiba ter'lekat' lagi ke kan tapi lepas buat test sendiri -ve...fuuhhhh lega...Bulan ke-8 baru la pertama kali menerima kunjungan encik P...Hai, selamat datang. Sempat la merasa 2 kali lawatan encik P dan tetiba untuk kali ke-3 dia tak kunjung tiba.

Sebelum ni, masa tak preggykan Iman memang P datang tepat 28hari tapi lepas bersalin, dia datang dalam 35hari. Mungkin sebab perubahan hormon dan I pulak still BF Iman masa tu...Tapi bila dah hari ke-40 pun masih bendera putih lagi, I dah mula berdebar. Bukan tak nak tambah anak, Iman masa tu baru 10bulan...Rasa macam my baby still kecil untuk beradik tapi apakan daya setelah di'test'...POSITIF, double line...Lagipun I memang tak ambil apa-apa perancang keluarga, kononnya nak plan secara naturally. Tak sangka pulak terlebih subur pulak kami ni...

Mula-mula tu pelbagai rasa ada dalam hati ni...not prepared yet for another baby, kesiankan Iman la...Kalau orang lain dah melompat sampai ke ceiling tapi I masa tu memang tak de perasaan, susah hati lagi ada la. Dalam masa sama tengah plan something untuk peningkatan taraf hidup keluarga, rasa macam everything got stuck TETAPI perancangan Allah tu adalah yang terbaik...kembali muhasabahkan diri. Mungkin kalau I teruskan dengan plan I mana tau tetiba tersangkut di tengah jalan ke atau mungkin rezeki kami akan semakin bertambah dengan kehadiran anak ke-2 ke...Hanya Dia yang mengetahui. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Lagipun setelah mendapat kata-kata semangat dari bonda dan rakan 'yang jauh tapi dekat di hati' (you know who you are..;P)...I dengan terbuka hati dan penuh keinsafan menerimanya...sorry baby, mummy bukan tak nak kamu, masa tu mummy ikutkan sangat hasutan syaitan. But now mummy really love you...you are a behave baby...Mungkin orang lain bertahun-tahun hendakkan anak, kenapa I tak boleh nak bersyukur dengan nikmat yang diberi? Takkan la dah ditarik balik segala nikmat baru I nak belajar mensyukuri?

Jangan anggap kehadiran anak tu membebankan keluarga. Takut duit tak cukup la; nak bayar hutang lagi, nak beli keperluan anak lagi, makan pakai lagi etc...Please get rid that kind of mind set...Hanya orang yang tak beriman kepada Allah saja yang fikir macam tu. Contohnya kami; dengan kehadiran anak pertama, kami dapat memiliki rumah sendiri dan hubby dapat menyambung Master dengan mudah. Alhamdulillah...Kalau dah kata rezeki anak, jangan la fikir dalam bentuk wang ringgit saja...Rezeki Allah boleh datang dalam pelbagai cara.

Sekarang I sangat happy dan bahagia dengan kandungan ke-2 ni dan bertambah serinya dengan ditemani seorang toddler yang semakin lasak. Keletah budak ni buat mummy pecah perut je, ada je la perangai dia yang mencuit hati...;)

5 sebab kenapa saya malas berblog

Lately ni dihati memang nak sangat menulis something dalam blog ni tapi ada saja yang membantutkan keinginan tu...Setelah dikenal pasti, akhirnya dapat la disenaraipendekkan 5 perkara....


Nan ado kamera



So sad kannn....sebelum ni memang berkamera tapi dah menjadi arwah pun. Lagipun memang dah lama pun kamera tu berkhidmat untuk tuannya, dari zaman student lagi maka kualiti pun dah kureng. So aktiviti bergambar memang terbatas sekarang ni hanya ihsan dari kamera orang sajo...huhu...Lagipun berblog tanpa gambar macam bohsan la, maka terabai la blog daku..



Tiada aktiviti menarik

Buat masa sekarang memang 'banned' kan keluarga dari sebarang aktiviti...Bukan la takut virus merebak ke apa ke...sebab utama adalah kerana suami berjauhan sekarang, bertungkus lumus nak habiskan Master (InsyaAllah sampai Januari 2012). Memang sejak Iman di dunia ni tak pernah lagi la ber'holiday' bertiga. Kalau pergi rumah sedara mara kat KL tu pernah la, maksud I makan angin di persisiran pantai ke, stay hotel ke...haa yang tu belum pernah dibuat lagi. Teringin jugak nak bawa Iman mandi-manda pool ke, main-main pasir...Yang ini memang kena tunggu hubby settle semua dulu...S.A.B.A.R



Kekurangan idea





Gangguan dari anak

Anak I memang pantang tengok orang buka laptop...mula la buat tangan suruh bukakan twinkle twinkle little star. Dia memang suka tengok Nursery Rhymes dalam youtube tu, gambar cartoon kan. Budak-budak memang teruja. Faham-faham je la bila dah di'conquer' oleh seorang toddler, maka dia akan menjadi kedekut. Mom jangan berangan nak dapat peluang nak berblog. Ni pun kena menulis masa dia tidur kalau tak, bahasa jerman yang keluar pulak sebab jari kecil dia pun sibuk nak menekan keyboard. Anak-anak sekarang memang celik IT.



Preggy again




up