Hadiah Pertama Baby


Pejam celik pejam celik lagi 8 hari je lagi nak berhari raya. Sekarang ni memang masa kemuncak nak buat kuih raya. My Mom jenis yang suka buat sendiri kuih raya + kek + ketupat. Jadi ibu meng'kandung' anak ni kena la tolong mana yang termampu. Faham-faham je la kan ibu mengandung cepat je sakit pinggang, sakit sana, sakit sini kalau duduk lama-lama tapi macam kesian kalau nak tolong tengok je My Mom buat kuih raya. Harap-harap raya kali ni tak banyak jenis sangat kuih raya macam tahun lepas sampai 5,6 jenis.Ye la banyak sangat permintaan; sorang nak kuih ni, sorang nak kuih tu...My Mom pulak jenis ok je, semua kuih pun dia buat. Tahun ni My Mom and i plan tak nak buat banyak jenis tapi satu jenis tu buat banyak-banyak tapi My Mom ni bukan boleh kira, kata je nak buat sikit tengok-tengok 5,6 jenis kuih jugak yang terhasil..(eh apsal terkeluar dari tajuk ni??) Tu baru mukadimah...kembali ke tajuk asal....

Baby belum keluar tapi sudah mendapat hadiah...Thanks to Kak Yan sebab sudi menyumbangkan hadiah yang berguna..HEHE..boleh la men'sidai' botol susu anak lepas ni; Yeay...I got a DRYING RACK. Kak Yan ni ex-officemate masa kat Planet Graphics dan Skala Design Consult. Dua tempat kerja tu, i asyik mengekor dia..(eh tak de la....kat PG perkenalan pertama, kat SKALA memang i tanya ada kosong tak)..Kalau first time kenal mesti akan kata "eh eh garangnya kakak ni...." tapi sebenarnya GARANG di luaran, dalamannya BAIK HATI (bukan mode bodek okay tapi kenyataan; jangan marah kak yan, tak baik...tak baik...)


Hadiah berserta kad raya


Drying Rack


Bukan setakat hadiah, kad raya pun di pos sekali. Ni mungkin kad raya yang pertama dan terakhir yang i dapat sempena hari raya tahun ni. Disebabkan i memang tak plan nak menghantar kad raya, so kalau kak yan terbaca atau membaca...

'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN'
Halalkan ilmu selama kita bekerja bersama selama ni
sob...sob...sob




30weeks pregnant : Berat naik 1kg sepanjang Ramadhan, so berat terkini dah 64kg...wa wa wa...tu tak termasuk berat masa raya nanti. Seharusnya naik 3-4kg kot sebab raya nanti i nak makan puas-puas; Raya Haji nanti dah tak boleh nak makan sedap-sedap, hanya boleh memandang dari kejauhan...Baby pulak dah seberat 1.3kg. Patut la lenguh je betis bila naik tangga, anak mummy dah berat ye...;)



Pesanan Pertama Tiba


Pesanan yang di order dah tiba. Hari ni order,esok dah sampai depan rumah..fast and furious betul. Apa lagi ye kawan-kawan kalau bukan My Diaper Bag. Setelah berjaya membodek Mr Hubby (lagipun dia tak pernah mengatakan TIIIIDAAAKKKK, so kena beringat sendiri la kalau tak nak hubby bankrupt) dia pun menghadiahkan la Diaper Bag yang i teringin sampai mengalir air liur nih...HAHAHA tipu saja...Actually semua barang pun dia hadiah sebab semuanya menggunakan duit suami. I kan isteri yang bekerja; kerja menghabiskan duit suami. Nanti bila i dah ada my own income, i won't bother you ye sayang. Sabar sikit je lagi dengan perangai isteri you ni ye....:)





Description : This baby bag is multifunctional and can be used in different ways. It has many compartment for all your essentials
  • zipper opening
  • two big outer compartment for towels and wipes
  • two exterior side pockets for bottles
  • one large interior zipper compartment in the middle
  • two big interior compartment for all the baby's necessities
  • additional interior compartments for hand phone and other smaller items
  • fully lined nylon for the whole interior of the bag
  • comes with a changing mat
  • comes with a detachable sling strap for easy carrying

Untuk minggu ke-30 pregnant, i dah menyiapkan beg ke hospital kategori baby..beg ke hospital kategori mummy masih terbengkalai. Nanti la bila perasaan rajin tu datang, i akan kemaskan jugak lagipun checklist barang-barang dah di download kat mypermatahati. Tak yah pening-peningkan kepala nak fikir barang apa yang perlu di bawa, ikut je list yang diberi.



Almost Complete


Yeay.....keperluan baby dan mummy dah 90% complete tapi still ada yang perlu ditambah lagi, tu pun setelah ada yang berkenan di hati. Kalau tak, KIV dulu pun tak de masalah, ye la nak beli barang yang nak guna lama kena la takes time sikit. Dengan nak survey lagi sampai kadang-kadang naik pening kepala mummy. Actually ada lagi 2,3 barang yang still dok survey-survey tapi masih tak de yang melekat di hati (tipu la tak de yang berkenan). Ada je yang berjaya menambat hati tapi duit pun kena tertambat jugak la jawabnya. Tak boleh nak memikir nafsu diri je kena fikir jugak duit suami yang akan dikorbankan nanti. So, untuk selamat hanya melihat la dulu...menjamu mata bukan menjamu perut...


Barang yang disurvey tapi tak dapat lagi
  • Stroller
Still tak tahu nak beli brand apa. Mula-mula memang ingat nak beli McLaren tetapi.........I pun tak tau kenapa kena ada tetapi *sighs*. Ada jugak mensurvey SCR, harga pun affordable and My Sis guna for the 2nd stroller dia kata ok jugak tapi berat sikit la berbanding McLaren. Boleh tak kalau memula beli SCR (yang tak mahal sangat) pastu bila ada rezeki turun dari langit, nak McLaren jugak....HAHAHA. Gila kau nak buat pe banyak-banyaknya???
Nak buat pameran??

Brand apa lagi ek yang ada di dunia ni?

  • Diaper Bag
Ini pun satu lagi masalah negara, seriously i berkenan Diaper Bag yang ala-ala Designer Diaper Bag tapi mak aih harga.......ratus-ratus la jugak, boleh membuatkan i mengalirkan air mata darah melihat price dia. I nak beg yang ada corak-corak menarik macam ala-ala beg tangan tapi sebenarnya beg baby....Boleh? So, kalau tak dapat jugak Diaper Bag sehingga dah sampai masa i kena packing beg ke hospital, maka akan digunakan beg balik kampung. Ya...mummy ni sangat demand mengalahkan artis.
Setelah meng'google' terjumpa la blog ni, dia beli Diaper Bag kat Malaysia, tak perlu nak order-order sampai oversea.
www.ginjacqie.com




cun kan
harga dalam range RM150-RM200

sapa yang berkenan, HURRY!!!!! GO AND GRAB IT


  • Set Bersalin
?????.......maksudnya tersangat confius. Nanti la i buat entry pasal set bersalin je
(kalau terasa rajin)


Barang yang disurvey dah dapat
  • Breastpump
Mula-mula ingat tak nak beli sebab i kan tak berkerjaya lagi buat masa sekarang so, rasa macam tak perlu je breastpump ni. Nanti beli tak terguna pulak tapi setelah bertanya kepada ibu-ibu berpengalaman tetiba rasa macam perlu je. Ye la takut gak masa mula-mula baby tak pandai menghisap lagi tak pasal-pasal lak breast i membengkak kan. Masa ni la breastpump ni akan memberikan perkhidmatannya. Kita tak tau kan macam mana keadaannya lepas bersalin nanti. Better la ada sebagai backup...Dalam kepala otak ni nak beli yang tak mahal sangat tapi bila baca kat forum SusuIbu banyak orang komen breastpump tak mahal mampu bertahan 6-8bulan je nanti nak kena beli baru pulak. Last-last sama je harga dengan breastpump sedikit mahal..(sedikit mahal ok, bukan yang tersangat mahal). Disebabkan i ni peng'google' tegar maka terjumpa dengan blog ni
www.sweetbonda.blogspot.com
Sis ni tengah membuat CRAZY SALE sempena bulan penyusuan susu ibu dan akan berakhir pada 31 Ogos 2010 dan tanpa melengahkan masa i pun order. Sekarang ni tunggu je la barang tu sampai.

Mummy-to-be
29weeks

Perkembangan bayi : Baby sudah pandai mengeraskan diri sampai tegang perut mummy dan suka sangat kat bahagian kanan perut. Haih....dah pandai mengeliat ke sayang??



First Ramadhan


Satu Ramadhan dah berlalu, mission ibu hamil untuk menyempurnakan berpuasa sehari tu Alhamdulillah telah dipermudahkan. Sebelum ni asyik terfikir je mampu ke nak melengkapkan ibadah puasa selama sebulan sepanjang Ramadhan dan sentiasa berdoa kepadaNya supaya dipermudahkan urusan dengan diberikan kesihatan yang baik kepada ibu dan juga anak. Memang tak dapat disangkal lagi yang ibu hamil masih lagi dapat berpuasa walaupun tengah sarat mengandung asalkan tidak memudaratkan diri dan juga bayi. So jangan jadikan mengandung sebagai alasan untuk tak berpuasa. Kalau dah betul-betul tak mampu, pening dan lemah je badan sampai rasa nak pitam diharuskan berbuka tapi belum cuba berpuasa jangan la terus surrender.

Apa yang penting jangan skip bersahur dan wajib makan nasi masa sahur. Jangan la makan roti je (time tak mengandung boleh la buat macam tu). Kita kan makan untuk 2orang, so kena makan lebih untuk tenaga sampai masa berbuka nanti. Makan kurma dan susu pun bagus jugak. I setiap hari pun cakap kat baby "Hari ni mummy nak puasa, so baby pun kena puasa jugak tau.Nanti maghrib kita makan ok" dan baby sangat memahami. Tipu la kalau sikit pun tak rasa lapar tapi kelaparan tu tak de la sampai menggeletar satu badan. Kiranya mampu lagi bertahan. Disebabkan niat berpuasa kerana Allah, pastinya Dia akan membantu umatnya. Jadi bagi bakal-bakal ibu hamil kelak, jangan risau tentang berpuasa okay. Allah tu Maha Mengetahui, kalau tak mesti dah tulis dalam Al-Quran ibu hamil diharamkan berpuasa tapi apa yang tercatat; ibu hamil diharuskan berbuka sekiranya mendatangkan mudarat kepada diri dan juga bayi dalam kandungan.

Puasa kali ni agak terkilan sikit sebab tak dapat berpuasa dengan hubby. Hubby telah menjadi 'suami bujang'. Bersahur dengan apa yang ada dan berbuka dengan membeli kat Bazar Ramadhan; yang mana sempat tercapai dek akalnya (lepas kelas baru beli,kelam kabut la sikit). I kat rumah ni makan sedap-sedap je tapi apa la suamiku bersahur dan berbuka hari -hari..sob sob sob..(akan ditebus kembali pada puasa-puasa yang akan datang). Ramadhan kali ni pun tak dapat melakukan terawikh secara berjemaah dengan suami, terpaksa la melakukannya secara solo.

Juadah berbuka semalam kategori kuih :
Homemade Ketayap

Gambar telah di'google',tak sempat nak tangkap gambar kuih sendiri

Saja nak menayang kuih pertama di hari pertama berpuasa. Hari ni tak tau lagi juadah apa untuk berbuka, kena tunggu chef balik kerja dulu....;)



Kerja Dari Rumah

Hari ni saja la membuka page Hospital Bersalin dalam Facebook (sebenarnya bukan hari ni je, hari-hari pun buka). Dalam dok seronok membaca topik-topik yang dibincangkan terbaca la satu topik ni...


Soalan ;

Ana Shamsuri nk tanye...bape byk nk bwk pampers newborn mase kita nk bersalin kt hospital nanti?bj baby if bwk dlm 4helai byk sgt x?lampin dua helai...bedung selai..topi dua...hmm..socks dgn srg tgn..4 psg...tlg bg pendapat kwn2...mcm penuh lak brg baby dlm beg ni..huhu..pas tu..nk kene beli x nappy liner?pin lampin?

Jawapan ;

Yuyuy Akley download la kat cni checklist.. lengkap sume..
http://mypermatahati.com/blog/download/


I pun mengambil kesempatan meng'download' checklist tersebut. Rupa-rupanya blog tersebut dimiliki oleh my senior merangkap kakak angkat i masa kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Memang dah lama lost contact dengan dia sejak-sejak habis Tingkatan 5. Ye la zaman tu mana ada handset lagi; telefon rumah, email dan surat-menyurat je la sebagai medium perhubungan. Last-last masing-masing membawa haluan sendiri.

Actually blog ni bukan la macam blog i ni, tau cerita pasal diri sendiri je. Ia adalah online blog @ website yang menjual kelengkapan bayi dan ibu bersalin. Mula-mula buka website tu i rasa macam kenal je owner tu. Setelah diperhati secara bersungguh-sungguh memang tak syak lagi dialah Sis Siti Noorhafezah Maarop.



Syabas la Kak Fezah sebab berjaya membuat bisnes sendiri; sambil menjaga anak, income masyuk jugak tiap-tiap bulan. Sebelum ni dia jadi RA kat UKM dan mengambil keputusan untuk buat bisnes online. Nak buat bisnes ni memang memerlukan kemahuan dan kesungguhan, kalau tak jadi la macam i; hangat-hangat t**i ayam. Last-last terbengkalai macam tu je bisnes tudung.

Fikir-fikir balik, isshhh tak boleh jadi ni..orang lain boleh buat kenapa i tak boleh pulak. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rasanya lagi seronok kalau bekerja sendiri sebab ada masa yang flexible, anak pun tak perlu nak hantar ke nursery. Boleh memantau perkembangan anak sepanjang masa tapi di awal-awal permulaan tu kena bekerja keras la sikit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. So, apa lagi....tak mau cakap banyak-banyak, cergas la buat bisnes Ku Nuha Ku Adnan.

Okey...nak pegi fikir macam mana nak memantapkan bisnes online yang sedia ada ni....:D

Sebelum bersurai, i nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Diharap dapat la kita sama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ni yang hanya datang menjenguk setahun sekali sahaja.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


Trimester Ketiga


1 Ramadhan ni bakal memasuki trimester ketiga, dah 7bulan mengendong bayi dalam perut dan i memang sangat suka melalui detik-detik menjadi mummy ni. Bersyukur sangat diberi peluang dan rezeki oleh Allah untuk merasai tendangan-tendangan bayi dalam perut, kadang-kadang sampai berombak-ombak perut ni, apa la yang anak mummy buat kat dalam tu. Walaupun perlu menghadapi night sickness masa awal-awal mengandung dan sekarang sudah merasai sakit-sakit di bahagian tertentu 'badan', semput dan mengah di kala berjalan jauh dan ketika membaca Al-Quran tapi semua tu pasti akan menjadi kenangan yang pasti dirindui setelah melahirkan kelak.


ALHAMDULILLAH
Thanks ALLAH for the greatest GIFT

Maka persediaan untuk baby pun kena la buat secara bersungguh-sungguh sekarang ni. Dulu selalu fikir emm....awal lagi nak beli barang baby tapi MASA tu pantas je berlalu. I pun rasa macam baru je buat pregnancy test, tengok-tengok dah nak masuk 7bulan pun mengandung. Sekarang ni baru terasa macam 'cuak' sikit sebab banyak lagi barang baby yang tak complete. Tambah pula sekarang dah berjauhan dengan hubby, so kalau nak shopping pun kena tunggu dia balik melihat isteri la dulu. Lately ni kelas hubby pun dah semakin banyak assignment dan test, tak boleh la sesuka hati nak balik. Dua-dua pun sama penting ISTERI dan STUDY, si isteri sangat memahami tapi suami mesti dah faham kan isteri ni kalau bab-bab shopping memang tak reti nak bersabar......aduhaaaiiiiii

Antara barang-barang baby yang sudah dibeli tapi masih banyak yang belum memenuhi kehendak.....(memenuhi kehendak? bukan memenuhi keperluan ke?)


So dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, isteri memohon keizinan suami untuk menyediakan wang yang SUPER banyak sebab bila suami balik nanti kita perlu melengkapkan barang-barang baby yang menjadi A MUST List......Boleh ye sayang?

Must Buy :
  • Leggings ~ dah order kat kakak, minta tolong tengok-tengokan + beli yang comel
  • Booties & Mittens ~ rasanya tak mencukupi
  • Hats ~ dah ada 1 tapi perlu 1 lagi, natural colour
  • Barut ~ dah ada tapi perlu lagi
  • Diapers
  • Toiletries - Baby oil, Shampoo, Shower foam, Powder, Lotion
  • Comb
  • Nail Clippers
  • Cotton Buds
  • Cotton Ball
  • Ubatan - Minyak telon, yuyi
  • Gripe Water
  • Drapolene Creme
  • Storage Box
  • Laundry Detergent
  • Bottle Detergent
  • Feeding Bottle ~ perlu penambahan
  • Bottle Brush
  • Bottle Drainer ~ kalau ada yang berkenan di hati mummy
Waahh....apsal makin di'list', makin banyak yang tak complete ni...bertenang mummy, jangan gelabah. Sempat lagi nak membeli nanti.....senyum :D

Still Survey :
  • Stroller ~ harap-harap ada 'insan terpilih' tu bersedia memberi baby gift nanti...amin
  • Diaper Bag
  • Breast Pump
  • Set Bersalin
Mummy Needs :
  • Nursing Bras
  • Maternity Pads
  • Washable Breast Pad
Keep In View :
  • Baby Cot
  • Chest Drawer
** Disebabkan duduk rumah My Mom, kedua-dua benda ni beli selepas masuk rumah sendiri nanti. Tak de la penat-penat nak mengangkut lagipun bilik tumpangan i tu pun dah penuh barang, nanti tak tau nak letak kat mana pulak.

Disebabkan makin difikir makin runsing, maka lebih baik memfokuskan diri kepada persediaan untuk menghadapi hari kelahiran kelak. Tips untuk memudahkan bersalin (dapat petua dari makcik yang memang diamalkan unuk kelima-lima anaknya, Alhamdulillah semuanya cepat je keluar)

Bahan-bahan :
  • Jintan putih
  • Air masak
Cara-caranya :
  • Goreng jintan putih sambil membaca selawat dan surah alhamdulillah
  • Masukkan jintan putih yang digoreng tadi ke dalam air dan minum

p/s : perlu diamalkan setelah 7bulan mengandung, tak boleh kurang atau lebih. Kalau tak, tak akan memberi kesan dan diminum selang seminggu atau selang sehari mengikut citarasa masing-masing. Kiranya tak perlu la hari-hari nak minum.

SHARING IS CARING........



Mengidamkan Percutian


Bila duduk sorang-sorang kat rumah ni tetiba rasa teringin nak pegi bercuti la pulak. Rasanya memang dah lama sangat-sangat tak bercuti-cuti Malaysia dengan hubby. Niat di hati nak bercuti ke Paris, Itali, Switzerland ke tapi hanya boleh berniat dan berangan je la......

Masa first honeymoon dulu dapat pegi Pulau Pangkor je sebab time tu nak pegi ke Pulau Tioman tak boleh, laut tengah bergelora......maka terpaksa la mengubah plan. Rasa macam ala nak pegi Tioman jugak-jugak tapi memang perkhidmatan bot tak disediakan masa tu. Kalau nak pegi jugak, berenang la kau sorang-sorang dalam laut tu. Lagipun hubby dah ambil pakej percutian tu dan tempat-tempat tertentu je yang ada dalam list, nak tak nak kena guna la jugak..kalau tak rugi je nanti.

Maybe planning time tak kena masa tu, kami pegi pun masa Chinese New Year. Time tu pulak memang tengah Monsun Timur Laut dan package yang hubby ambil tu pun ada expired date lagipun masa tu je la yang boleh digunakan untuk bercuti. Faham-faham je la kalau dah keja private ni macam susah sikit la nak minta cuti, keja pulak berlambak-lambak menanti sampaikan weekend pun kadang-kadang kena keja...macam mana la boss nak approve cuti. So pegi la terkedek-kedek kami berdua ke Pangkor tapi pegi sana pun macam malas nak buat apa-apa aktiviti, rasa macam tak best nya aktiviti berdua je...the more the merrier...I pun tak teruja sangat nak mandi-manda kat laut sebab air laut dia pun tak de la jernih sangat pun.

Kami mengubat kekecewaan dengan second honeymoon (time ni tak de baby dalam kandungan lagi) ke Sabah tapi kali ni pegi dengan family my sis. Cerita yang detail boleh pegi kat previous post Jalan-jalan Makan Angin

Kali ni pun rasa macam nak ke pantai lagi dan i akan pastikan kami sampai jugak antara ketiga-tiga tempat ni. Seriously i dah lama tak pegi area pantai timur ni, pegi dulu pun masa zaman kanak-kanak bukan nak ingat sangat pun. Bila dah besar panjang dan daya ingatan semakin hebat, teringin jugak nak jalan-jalan sebelah sana pulak. I nak pegi makan nasi dagang dan keropok lekor.....nyum nyum nyum. Tambah pula hubby dah masuk belajar, maybe masa cuti sem nanti boleh la kami ronda-ronda satu Malaysia. Yang pastinya kena tunggu baby keluar la dulu..

Pulau Perhentian


Pulau Redang


Pulau Tioman


Mungkin dengan kehadiran anak percutian kami akan lebih bermakna. Dulu bercuti berdua, lepas ni bertiga, berempat, berlima.............waaahhhhh ramainya....









up