Kerja Dari Rumah

Hari ni saja la membuka page Hospital Bersalin dalam Facebook (sebenarnya bukan hari ni je, hari-hari pun buka). Dalam dok seronok membaca topik-topik yang dibincangkan terbaca la satu topik ni...


Soalan ;

Ana Shamsuri nk tanye...bape byk nk bwk pampers newborn mase kita nk bersalin kt hospital nanti?bj baby if bwk dlm 4helai byk sgt x?lampin dua helai...bedung selai..topi dua...hmm..socks dgn srg tgn..4 psg...tlg bg pendapat kwn2...mcm penuh lak brg baby dlm beg ni..huhu..pas tu..nk kene beli x nappy liner?pin lampin?

Jawapan ;

Yuyuy Akley download la kat cni checklist.. lengkap sume..
http://mypermatahati.com/blog/download/


I pun mengambil kesempatan meng'download' checklist tersebut. Rupa-rupanya blog tersebut dimiliki oleh my senior merangkap kakak angkat i masa kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Memang dah lama lost contact dengan dia sejak-sejak habis Tingkatan 5. Ye la zaman tu mana ada handset lagi; telefon rumah, email dan surat-menyurat je la sebagai medium perhubungan. Last-last masing-masing membawa haluan sendiri.

Actually blog ni bukan la macam blog i ni, tau cerita pasal diri sendiri je. Ia adalah online blog @ website yang menjual kelengkapan bayi dan ibu bersalin. Mula-mula buka website tu i rasa macam kenal je owner tu. Setelah diperhati secara bersungguh-sungguh memang tak syak lagi dialah Sis Siti Noorhafezah Maarop.



Syabas la Kak Fezah sebab berjaya membuat bisnes sendiri; sambil menjaga anak, income masyuk jugak tiap-tiap bulan. Sebelum ni dia jadi RA kat UKM dan mengambil keputusan untuk buat bisnes online. Nak buat bisnes ni memang memerlukan kemahuan dan kesungguhan, kalau tak jadi la macam i; hangat-hangat t**i ayam. Last-last terbengkalai macam tu je bisnes tudung.

Fikir-fikir balik, isshhh tak boleh jadi ni..orang lain boleh buat kenapa i tak boleh pulak. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rasanya lagi seronok kalau bekerja sendiri sebab ada masa yang flexible, anak pun tak perlu nak hantar ke nursery. Boleh memantau perkembangan anak sepanjang masa tapi di awal-awal permulaan tu kena bekerja keras la sikit. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. So, apa lagi....tak mau cakap banyak-banyak, cergas la buat bisnes Ku Nuha Ku Adnan.

Okey...nak pegi fikir macam mana nak memantapkan bisnes online yang sedia ada ni....:D

Sebelum bersurai, i nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Diharap dapat la kita sama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ni yang hanya datang menjenguk setahun sekali sahaja.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


0 comments:

Post a Comment


up