Mengidamkan Percutian


Bila duduk sorang-sorang kat rumah ni tetiba rasa teringin nak pegi bercuti la pulak. Rasanya memang dah lama sangat-sangat tak bercuti-cuti Malaysia dengan hubby. Niat di hati nak bercuti ke Paris, Itali, Switzerland ke tapi hanya boleh berniat dan berangan je la......

Masa first honeymoon dulu dapat pegi Pulau Pangkor je sebab time tu nak pegi ke Pulau Tioman tak boleh, laut tengah bergelora......maka terpaksa la mengubah plan. Rasa macam ala nak pegi Tioman jugak-jugak tapi memang perkhidmatan bot tak disediakan masa tu. Kalau nak pegi jugak, berenang la kau sorang-sorang dalam laut tu. Lagipun hubby dah ambil pakej percutian tu dan tempat-tempat tertentu je yang ada dalam list, nak tak nak kena guna la jugak..kalau tak rugi je nanti.

Maybe planning time tak kena masa tu, kami pegi pun masa Chinese New Year. Time tu pulak memang tengah Monsun Timur Laut dan package yang hubby ambil tu pun ada expired date lagipun masa tu je la yang boleh digunakan untuk bercuti. Faham-faham je la kalau dah keja private ni macam susah sikit la nak minta cuti, keja pulak berlambak-lambak menanti sampaikan weekend pun kadang-kadang kena keja...macam mana la boss nak approve cuti. So pegi la terkedek-kedek kami berdua ke Pangkor tapi pegi sana pun macam malas nak buat apa-apa aktiviti, rasa macam tak best nya aktiviti berdua je...the more the merrier...I pun tak teruja sangat nak mandi-manda kat laut sebab air laut dia pun tak de la jernih sangat pun.

Kami mengubat kekecewaan dengan second honeymoon (time ni tak de baby dalam kandungan lagi) ke Sabah tapi kali ni pegi dengan family my sis. Cerita yang detail boleh pegi kat previous post Jalan-jalan Makan Angin

Kali ni pun rasa macam nak ke pantai lagi dan i akan pastikan kami sampai jugak antara ketiga-tiga tempat ni. Seriously i dah lama tak pegi area pantai timur ni, pegi dulu pun masa zaman kanak-kanak bukan nak ingat sangat pun. Bila dah besar panjang dan daya ingatan semakin hebat, teringin jugak nak jalan-jalan sebelah sana pulak. I nak pegi makan nasi dagang dan keropok lekor.....nyum nyum nyum. Tambah pula hubby dah masuk belajar, maybe masa cuti sem nanti boleh la kami ronda-ronda satu Malaysia. Yang pastinya kena tunggu baby keluar la dulu..

Pulau Perhentian


Pulau Redang


Pulau Tioman


Mungkin dengan kehadiran anak percutian kami akan lebih bermakna. Dulu bercuti berdua, lepas ni bertiga, berempat, berlima.............waaahhhhh ramainya....








0 comments:

Post a Comment


up