First Ramadhan


Satu Ramadhan dah berlalu, mission ibu hamil untuk menyempurnakan berpuasa sehari tu Alhamdulillah telah dipermudahkan. Sebelum ni asyik terfikir je mampu ke nak melengkapkan ibadah puasa selama sebulan sepanjang Ramadhan dan sentiasa berdoa kepadaNya supaya dipermudahkan urusan dengan diberikan kesihatan yang baik kepada ibu dan juga anak. Memang tak dapat disangkal lagi yang ibu hamil masih lagi dapat berpuasa walaupun tengah sarat mengandung asalkan tidak memudaratkan diri dan juga bayi. So jangan jadikan mengandung sebagai alasan untuk tak berpuasa. Kalau dah betul-betul tak mampu, pening dan lemah je badan sampai rasa nak pitam diharuskan berbuka tapi belum cuba berpuasa jangan la terus surrender.

Apa yang penting jangan skip bersahur dan wajib makan nasi masa sahur. Jangan la makan roti je (time tak mengandung boleh la buat macam tu). Kita kan makan untuk 2orang, so kena makan lebih untuk tenaga sampai masa berbuka nanti. Makan kurma dan susu pun bagus jugak. I setiap hari pun cakap kat baby "Hari ni mummy nak puasa, so baby pun kena puasa jugak tau.Nanti maghrib kita makan ok" dan baby sangat memahami. Tipu la kalau sikit pun tak rasa lapar tapi kelaparan tu tak de la sampai menggeletar satu badan. Kiranya mampu lagi bertahan. Disebabkan niat berpuasa kerana Allah, pastinya Dia akan membantu umatnya. Jadi bagi bakal-bakal ibu hamil kelak, jangan risau tentang berpuasa okay. Allah tu Maha Mengetahui, kalau tak mesti dah tulis dalam Al-Quran ibu hamil diharamkan berpuasa tapi apa yang tercatat; ibu hamil diharuskan berbuka sekiranya mendatangkan mudarat kepada diri dan juga bayi dalam kandungan.

Puasa kali ni agak terkilan sikit sebab tak dapat berpuasa dengan hubby. Hubby telah menjadi 'suami bujang'. Bersahur dengan apa yang ada dan berbuka dengan membeli kat Bazar Ramadhan; yang mana sempat tercapai dek akalnya (lepas kelas baru beli,kelam kabut la sikit). I kat rumah ni makan sedap-sedap je tapi apa la suamiku bersahur dan berbuka hari -hari..sob sob sob..(akan ditebus kembali pada puasa-puasa yang akan datang). Ramadhan kali ni pun tak dapat melakukan terawikh secara berjemaah dengan suami, terpaksa la melakukannya secara solo.

Juadah berbuka semalam kategori kuih :
Homemade Ketayap

Gambar telah di'google',tak sempat nak tangkap gambar kuih sendiri

Saja nak menayang kuih pertama di hari pertama berpuasa. Hari ni tak tau lagi juadah apa untuk berbuka, kena tunggu chef balik kerja dulu....;)



0 comments:

Post a Comment


up