Trimester Ketiga


1 Ramadhan ni bakal memasuki trimester ketiga, dah 7bulan mengendong bayi dalam perut dan i memang sangat suka melalui detik-detik menjadi mummy ni. Bersyukur sangat diberi peluang dan rezeki oleh Allah untuk merasai tendangan-tendangan bayi dalam perut, kadang-kadang sampai berombak-ombak perut ni, apa la yang anak mummy buat kat dalam tu. Walaupun perlu menghadapi night sickness masa awal-awal mengandung dan sekarang sudah merasai sakit-sakit di bahagian tertentu 'badan', semput dan mengah di kala berjalan jauh dan ketika membaca Al-Quran tapi semua tu pasti akan menjadi kenangan yang pasti dirindui setelah melahirkan kelak.


ALHAMDULILLAH
Thanks ALLAH for the greatest GIFT

Maka persediaan untuk baby pun kena la buat secara bersungguh-sungguh sekarang ni. Dulu selalu fikir emm....awal lagi nak beli barang baby tapi MASA tu pantas je berlalu. I pun rasa macam baru je buat pregnancy test, tengok-tengok dah nak masuk 7bulan pun mengandung. Sekarang ni baru terasa macam 'cuak' sikit sebab banyak lagi barang baby yang tak complete. Tambah pula sekarang dah berjauhan dengan hubby, so kalau nak shopping pun kena tunggu dia balik melihat isteri la dulu. Lately ni kelas hubby pun dah semakin banyak assignment dan test, tak boleh la sesuka hati nak balik. Dua-dua pun sama penting ISTERI dan STUDY, si isteri sangat memahami tapi suami mesti dah faham kan isteri ni kalau bab-bab shopping memang tak reti nak bersabar......aduhaaaiiiiii

Antara barang-barang baby yang sudah dibeli tapi masih banyak yang belum memenuhi kehendak.....(memenuhi kehendak? bukan memenuhi keperluan ke?)


So dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, isteri memohon keizinan suami untuk menyediakan wang yang SUPER banyak sebab bila suami balik nanti kita perlu melengkapkan barang-barang baby yang menjadi A MUST List......Boleh ye sayang?

Must Buy :
  • Leggings ~ dah order kat kakak, minta tolong tengok-tengokan + beli yang comel
  • Booties & Mittens ~ rasanya tak mencukupi
  • Hats ~ dah ada 1 tapi perlu 1 lagi, natural colour
  • Barut ~ dah ada tapi perlu lagi
  • Diapers
  • Toiletries - Baby oil, Shampoo, Shower foam, Powder, Lotion
  • Comb
  • Nail Clippers
  • Cotton Buds
  • Cotton Ball
  • Ubatan - Minyak telon, yuyi
  • Gripe Water
  • Drapolene Creme
  • Storage Box
  • Laundry Detergent
  • Bottle Detergent
  • Feeding Bottle ~ perlu penambahan
  • Bottle Brush
  • Bottle Drainer ~ kalau ada yang berkenan di hati mummy
Waahh....apsal makin di'list', makin banyak yang tak complete ni...bertenang mummy, jangan gelabah. Sempat lagi nak membeli nanti.....senyum :D

Still Survey :
  • Stroller ~ harap-harap ada 'insan terpilih' tu bersedia memberi baby gift nanti...amin
  • Diaper Bag
  • Breast Pump
  • Set Bersalin
Mummy Needs :
  • Nursing Bras
  • Maternity Pads
  • Washable Breast Pad
Keep In View :
  • Baby Cot
  • Chest Drawer
** Disebabkan duduk rumah My Mom, kedua-dua benda ni beli selepas masuk rumah sendiri nanti. Tak de la penat-penat nak mengangkut lagipun bilik tumpangan i tu pun dah penuh barang, nanti tak tau nak letak kat mana pulak.

Disebabkan makin difikir makin runsing, maka lebih baik memfokuskan diri kepada persediaan untuk menghadapi hari kelahiran kelak. Tips untuk memudahkan bersalin (dapat petua dari makcik yang memang diamalkan unuk kelima-lima anaknya, Alhamdulillah semuanya cepat je keluar)

Bahan-bahan :
  • Jintan putih
  • Air masak
Cara-caranya :
  • Goreng jintan putih sambil membaca selawat dan surah alhamdulillah
  • Masukkan jintan putih yang digoreng tadi ke dalam air dan minum

p/s : perlu diamalkan setelah 7bulan mengandung, tak boleh kurang atau lebih. Kalau tak, tak akan memberi kesan dan diminum selang seminggu atau selang sehari mengikut citarasa masing-masing. Kiranya tak perlu la hari-hari nak minum.

SHARING IS CARING........



2 comments:

ika chrypurtoza said...

ku nuha! jaga diri naik baik naaa.... hahaha keep update blog u ni.. sharing is caring, maa. hahaha btw, suke tgk perkembangan org nk jd mummy ni. stay hot, ok mummy! ;p

Nuha Adnan said...

ika : hahaha...thanks ika..always want to be a hot mummy...:)

Post a Comment


up