Pembukaan Tahun 2014

Alhamdulillah.....

Permulaan tahun baru yang amat bererti buat diri ini. Rezeki Allah yang tidak disangka-sangka, di luar jangkaan tuan empunya diri.

Bermula dengan meletak 2 jenis kek IN A BOX di Bogard Sticker, Jitra menyebabkan diri sendiri tak menang tangan di buatnya. Tak pernah terdetik pun dalam diri ini yang jualan kek-kek ini akan habis dalam masa SEHARI dan perlu di RESTOCK pada keesokan harinya kerana permintaan yang menderu-deru ingin merasai kek-kek tersebut terutamanya CHEZZY MARIE LAYER.

Kebiasaanya saya akan meletakkan time-frame untuk kek-kek ini berada di kedai sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum membuat kutipan hasil jualan. Mungkin ini yang dikatakan rezeki yang TERTANGGUH.

Yakin bahawa rezeki itu hanyalah dari Allah. Mungkin ada sebab-musababnya kenapa baru sekarang rezeki yang diperoleh melimpah-ruah.  


 Chezzy Marie Layer yang menghuru-harakan keadaan

 
 2 jenis kek IN A BOX

 Chezzy Marie Layer

Strawberry Lemon Larva Cheese


Mungkin juga aura MARKETING dari big boss BOGARD STICKERS; Aznor Aziz dalam mempromosikan kek-kek tersebut menyebabkan jualannya bertingket-tingket setiap hari. 

Dalam business, NETWORKING adalah tersangat penting agar business kita terus maju. Networking adalah salah satu PLATFORM penting untuk saling bantu-membantu dalam meluaskan empayar perniagaan kita. Jom menambahkan networking untuk kita sama-sama berjaya dalam perniagaan masing-masing.

So bagi sesiapa di sekitar Kedah, Perlis yang berminat untuk menjadikan kek-kek kami sebagai salah satu produk jualan di kedai, restoran, kantin, kolej atau di mana-mana saja boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

p/s : Kek-kek ni perlu diletakkan di dalam peti ais ye sekiranya anda berminat untuk menjadi dealer kami.

Owner Mydelights
- Nuha Adnan
- 019.418.1129

Projek 2013

Gigih mengupdate blog sebelum tahun 2013 melabuhkan tirai. Sebab nanti akan jadi cerita yang basi. Lagipun banyak yang nak diceritakan. Kalau la boleh je terus cakap dan blog ni menaip sendiri kan mudah je kerja ku. Haaaiippppp....jangan fikir nak senang je. Bersusah-susah dahulu BERSENANG-SENANG kemudian ye.

To cut the story short.....

Bagaimana boleh mencebur diri dalam bidang BAKERY ye??

Masa mengandungkan Amni dulu pernah la bekerja di company graphics design dalam 5-6 bulan sampai bersalinkan Amni. Selepas bersalin company tersebut mengalami masalah kewangan dan contract tak di sambung. Saya pasrah je dan Allah dah aturkan yang lebih baik untuk hambaNya.

Semuanya bermula bila saya sangat gemar menonton Channel masakan di Astro bahkan peminat setia Cake Boss dan DC Cupcakes. Betapa kagumnya melihat kreativiti dan ketelitian mereka dalam menghasilkan kek yang SUPER SERIUS CUN. Terus terbit minat untuk hasilkan kek juga padahal dulu tiap kali membantu my mom menyiapkan biskut raya atau kek, part yang paling tak suka bila time nak membasuh bekas yang berminyak dek buttercup dan bahan-bahan kek lain.

Sekarang ----> Alah Bisa Tegal Biasa.

Oleh sebab keinginan membara maka gigihla saya menghadiri kelas membuat kek. Permulaan kelas saya adalah di Unit Kursus Pendek Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Kemudian baru la saya mula mengorak langkah menuntut ilmu dengan bakers handalan pula.

Sekiranya menuntut ilmu dengan para bakers atau attend personal class ni memang perlu membuat sedikit pelaburan sebab bayarannya a bit pricey. Kalau nak menuntut ilmu jangan berkira sangat, at least boleh juga menambahkan networking. Berkenalan dengan bakers-bakers yang lain...(^____^)
Saya menggunakan duit hasil jualan kek untuk attend kelas-kelas ni sebab tak nak menyusahkan suami. Gigih ok kumpul duit...

Kelas dengan Che' Pah Cutecakes
Lokasi : Bangi
Kelas : Kek Ekonomi + Ice Cream Yogurt (Group)






Kelas dengan Ranicakes
Lokasi : Changlun
Kelas : Rainbow Cake + Red Velvet (Personal)





Kelas dengan Ranicakes
Lokasi : Changlun
Kelas : Chocolate Lasagna + Brownies (Group)


 


Dan ini pula antara produk-produk dari Mydelights. Bermula dengan penghasilan cupcakes dan kini telah menvariasikan pilihan buat pelanggan tersayang. Mydelights lebih menfokuskan kepada CAKE IN A BOX supaya mudah untuk diletakkan di mana-mana kedai yang sudi menjadi dealer kami. Selain itu, konsep kek ni adalah untuk memudahkan pelanggan menikmatinya di mana saja mereka berada.

Buat masa sekarang telah ada 4 buah tempat yang sudi menerima kek kami :

- Koperasi Perpustakaan Kampus Pauh, Unimap
- Cafe Pembuatan, Unimap
- Koperasi Mekatronik, Unimap
- Bogard Sticker, Jitra







Mydelights akan mempelbagaikan lagi pilihan untuk jenis CAKE IN A BOX. Update terkini boleh dilihat di Facebook kami : MYdelights Jangan lupa LIKE ye....

Bagi sesiapa yang ingin menjadi dealer Mydelights, jangan segan-silu untuk menghubungi saya untuk perbincangan secara terpinci : Nuha Adnan (019.418.1129)

psstttt : Kami masih lagi menerima tempahan untuk cupcakes, fondant cupcakes dan kek ye....jangan takut nak berurusan dengan saya...Saya tak makan orang, saya makan SHAKLEE jeeeee...(^___6)

To be continue...

Mengapa Menghilang?

Setelah setahun kenapa muncul kembali?  Mesti ada yang tertanya kehilangan ku yang bagaikan Misteri Nusantara tu kan.

Sebenarnya diri ini sedikit sibuk dengan bisnes kecil-kecilan yang baru merangkak naik ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil. Memang say no la kan nak dok mengadap laptop, mengasah bakat sebagai penulis bagai ni kan. Mana tak nya baru je dapat idea nak menulis, berebut laptop la pula dengan anak. Kan dah hilang MOOD nak menulis. Daripada asyik nak main tarik-tarik laptop dari anak kan, baik tak yah buka terus. TITIK.   

Disebabkan anak-anak pun dah besar, dah pandai bermain sesama sendiri, ini lah masanya kembali aktif berblog (sebenarnya berblog ni pun di malam hari je. Amni memang pengacau tegar mummy).

Bisnes apa yang macam hebat sangat bunyi nye nih?

Hukhukhuk...sebenarnya tak de la hebat lagi pun. Masih dalam proses pembelajaran. Masih ada terkurang di sana sini tapi apa yang penting JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA.

Sebenarnya ada 3 jenis bisnes online yang dikendalikan. Bisnes kecil-kecilan je baru, mungkin satu hari nanti akan menjadi bisnes besar-besaran. Siapa yang tahu kan. Amin.


Bisnes "Homemade Cakes, Cupcakes and Dessert



2. MyKiddiez : https://www.facebook.com/Mykiddiez

Menjual "Educational Books and Toys"


3. Shaklee : https://www.facebook.com/nuha.adnan.7

Sudah semestinya menjadi "Shaklee Independent Distributor"
SID No : 1074932

Jemputlah melawat Fan Page ini dan jangan lupa untuk LIKE sekali. Mungkin ada info-info menarik yang boleh dikongsi bersama.

Next entry InsyaAllah akan dikongsi pulak macam mana boleh terpikir nak terjebak dengan semua ini. Ini lah permulaan bisnes saya.

Updated

Assalamualaikum semua...

Setelah sekian lama membiarkan blog ini sepi now I'm BAACCCKKKKK.

Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan dan InshaAllah akan kembali istiqomah dalam dunia blogging...hewhewhew

Tapi hari ni just mukadimah je la tentang kewujudan dan kepulangan tuan tanah.

Disember 2013 baru meninggalkan jejak di sini setelah SETAHUN berdiam diri.

Mungkinkah tahun 2014 akan menjadi permulaan satu cerita yang baru??

Kita tengoklah nanti apakah update yang seterusnya.

Tunggu..jangan tak tunggu. 


Cupcakes : Fondant & Gumpaste

Wedding Cupcakes

Orange Cupcakes
25 pcs - RM 100

Thanks to Audi





Interested just drop your comment

Cupcakes : Buttercream & Cheese Frosting


Chocolate Moist with Buttercream/Cheese Frosting
1 pcs - RM 3

Thanks to Pn Jamaliah
60 pcs


Chocolate Moist with Buttercream



Chocolate Moist with Cheese Frosting


Interested??
Do contact me or drop your comment
(Kedah-Perlis)

019 - 418 1129
(nuha)

Cupcakes : Fondant


Cupcakes untuk hantaran
16 pcs - RM 65
Thanks to Farizuan







Berminat??
Boleh contact saya di 
019 - 418 1129
(nuha)







up