Projek 2013

Gigih mengupdate blog sebelum tahun 2013 melabuhkan tirai. Sebab nanti akan jadi cerita yang basi. Lagipun banyak yang nak diceritakan. Kalau la boleh je terus cakap dan blog ni menaip sendiri kan mudah je kerja ku. Haaaiippppp....jangan fikir nak senang je. Bersusah-susah dahulu BERSENANG-SENANG kemudian ye.

To cut the story short.....

Bagaimana boleh mencebur diri dalam bidang BAKERY ye??

Masa mengandungkan Amni dulu pernah la bekerja di company graphics design dalam 5-6 bulan sampai bersalinkan Amni. Selepas bersalin company tersebut mengalami masalah kewangan dan contract tak di sambung. Saya pasrah je dan Allah dah aturkan yang lebih baik untuk hambaNya.

Semuanya bermula bila saya sangat gemar menonton Channel masakan di Astro bahkan peminat setia Cake Boss dan DC Cupcakes. Betapa kagumnya melihat kreativiti dan ketelitian mereka dalam menghasilkan kek yang SUPER SERIUS CUN. Terus terbit minat untuk hasilkan kek juga padahal dulu tiap kali membantu my mom menyiapkan biskut raya atau kek, part yang paling tak suka bila time nak membasuh bekas yang berminyak dek buttercup dan bahan-bahan kek lain.

Sekarang ----> Alah Bisa Tegal Biasa.

Oleh sebab keinginan membara maka gigihla saya menghadiri kelas membuat kek. Permulaan kelas saya adalah di Unit Kursus Pendek Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Kemudian baru la saya mula mengorak langkah menuntut ilmu dengan bakers handalan pula.

Sekiranya menuntut ilmu dengan para bakers atau attend personal class ni memang perlu membuat sedikit pelaburan sebab bayarannya a bit pricey. Kalau nak menuntut ilmu jangan berkira sangat, at least boleh juga menambahkan networking. Berkenalan dengan bakers-bakers yang lain...(^____^)
Saya menggunakan duit hasil jualan kek untuk attend kelas-kelas ni sebab tak nak menyusahkan suami. Gigih ok kumpul duit...

Kelas dengan Che' Pah Cutecakes
Lokasi : Bangi
Kelas : Kek Ekonomi + Ice Cream Yogurt (Group)






Kelas dengan Ranicakes
Lokasi : Changlun
Kelas : Rainbow Cake + Red Velvet (Personal)





Kelas dengan Ranicakes
Lokasi : Changlun
Kelas : Chocolate Lasagna + Brownies (Group)


 


Dan ini pula antara produk-produk dari Mydelights. Bermula dengan penghasilan cupcakes dan kini telah menvariasikan pilihan buat pelanggan tersayang. Mydelights lebih menfokuskan kepada CAKE IN A BOX supaya mudah untuk diletakkan di mana-mana kedai yang sudi menjadi dealer kami. Selain itu, konsep kek ni adalah untuk memudahkan pelanggan menikmatinya di mana saja mereka berada.

Buat masa sekarang telah ada 4 buah tempat yang sudi menerima kek kami :

- Koperasi Perpustakaan Kampus Pauh, Unimap
- Cafe Pembuatan, Unimap
- Koperasi Mekatronik, Unimap
- Bogard Sticker, Jitra







Mydelights akan mempelbagaikan lagi pilihan untuk jenis CAKE IN A BOX. Update terkini boleh dilihat di Facebook kami : MYdelights Jangan lupa LIKE ye....

Bagi sesiapa yang ingin menjadi dealer Mydelights, jangan segan-silu untuk menghubungi saya untuk perbincangan secara terpinci : Nuha Adnan (019.418.1129)

psstttt : Kami masih lagi menerima tempahan untuk cupcakes, fondant cupcakes dan kek ye....jangan takut nak berurusan dengan saya...Saya tak makan orang, saya makan SHAKLEE jeeeee...(^___6)

To be continue...

0 comments:

Post a Comment


up