Berpindah Tempat



Seperti biasa rutin bulanan seharusnya membuat antenatal check-up. Condition Mummy and Baby alhamdulillah sihat walafiat...and we already know the gender of our little one. So, lepas ni senang sket Mummy nak beli barang-barang bayi. Kalau tak, rasa macam serba salah pulak...beli warna biru nanti keluar baby gugurl, beli pink takut dapat baby boboy. Sekarang dah tak payah nak pening-pening kepala sebab dah 100% confirm baby........(tunggu keluaran November nanti). Boleh la Mummy start buat preparation sikit-sikit, bukan secara over lagi...kalau pegi Mall boleh la sambar 2,3 barang baby bak kata pepatah
'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'




Bermula 1 Julai 2010 ni Dr Annuar (my gyne) akan berpindah ke PMC (Putra Medical Centre)...waa waa waa....Maka terpaksa la I berpindah tempat untuk bersalin kelak. Sanggup ku meredah lautan kereta hanya demi Dr Annuar...HAHAHA. Kalau dulu 10minit dah sampai tapi lepas ni lebih kurang 30minit jugak la nak sampai PMC. Lagipun Pusat Rawatan Mahsuri ni akan memberhentikan perkhidmatan untuk sakit puan buat sementara waktu sebab tak dapat doktor ganti lagi. Nak tak nak memang kena cari tempat lain la jawabnya. Walauapapun terjadi I tetap setia dengan my gyne. Lagipun memang dah terbiasa dengan Dr Annuar, malas la nak tukar-tukar doktor tambah pulak mendengar feed back dari ramai orang yang 'hasil kerja' doktor ni sangat bagus...maka I FOLLOW U, MR DOC.




Sekarang ni condition I dah sangat bertenaga dengan selera makan yang membuak-buak. Asal tengok makanan je jadi lapar tapi disebabkan tak nak menaikkan berat badan secara mendadak terpaksa la mengawal pemakanan. Dah la jenis yang senang naik berat badan tapi nak turunnya MasyaAllah susahnya. Sekarang pun dah mencapai angka 60kg, harap-harap dah 8,9bulan nanti berat tak mencecah 70++kg. Kalau tak mati la nak kembali ke berat badan ideal..mana la ada duit berkepuk-kepuk nak ke Slim World. So, langkah pencegahan kena bermula dari sekarang.

  • Kurangkan makan nasi waktu malam, boleh diganti dengan roti. Itu pun makan sekeping dua saja...kalau teringin jugak nasi, letak sesenduk je. Lebihkan lauk-pauk daripada nasi (e.g: ikan dan sayuran). Kurangkan juga pengambilan daging lembu.
  • Banyakkan makan buah-buahan especially malam, kalau lapar tengah malam prefer makan buah-buahan daripada snek...Lagipun buah kaya dengan vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Maka pastikan stok buah-buahan dalam peti ais sentiasa ada.
  • Kurma dan kismis membantu jugak untuk mengatasi rasa lapar di malam hari.
  • Paling penting banyakkan minum air putih daripada air manis sebab air putih yang membantu melancarkan pengaliran darah.

Kaedah-kaedah ni sesuai digunakan di malam hari, kalau siang hari boleh la makan sepuas-puasnya, tu pun kena beringat-ingat jugak.Terlebih makan, lemak pulak yang dikumpul nanti. Waktu malam kan tak banyak aktiviti yang dilakukan, hanya aktiviti tidur sebab tu pengambilan makanan berat harus dikurangkan.Selain tu, senaman pun perlu diutamakan....bukan la pegi jogging, cycling ke...dengan hanya berjalan pun dah dikira senaman untuk wanita hamil. Kaedah ni je yang belum I praktikkan...kalau time bekerja dulu boleh la jugak berjalan ke hulu ke hilir tapi sekarang berjalan dalam rumah je la..




Sekarang ni baby pun dah aktif menendang... Alhamdulillah jugak sebab dia tak pernah mengganggu tidur malam Mummy. Kalau Mummy bangun ke tandas tengah-tengah malam baru la dia start kicking ala-ala manja....bila Mummy tidur, dia pun 'tidur' sekali. Sangat behave anak Mummy ni. Tapi dia sangat nakal, bila Mummy nak pee pee dia semakin semangat menendang sampai Mummy tak mampu nak tahan lagi. Harus ke tandas secepat mungkin.


Semoga anak Mummy membesar dengan sihat dan sempurna
Mummy and Papa LOVE YOU so much



new place for the next antenatal check up







Macam-macam Hal....



Sekarang ni kan dah start masuk U bagi budak-budak lepasan SPM, tak terkecuali My Little Brother a.k.a Dik Wan. Dia dapat belajar kat KLMU jurusan Multimedia. Mula-mula dia nak masuk MMU buat Multimedia tapi tak dapat sebab subjek Math dia tak menepati syarat-syarat kelayakan dan MMU boleh tawarkan coures Management je. Kiranya KLMU ni second option la. So, Khamis malam tu My Mom and Dik Wan pun naik la flight ke KL sebab pendaftaran dia hari Sabtu. Sempat la nak prepare apa-apa barang kecil-kecilan untuk dia kat hostel nanti. Sebelum pegi lagi dia dah start buat perangai tak nak pegi KLMU. Mana tak hangin satu badannya, hari tu dia yang beria-ia nak masuk KLMU, tak de paksaan dari mana-mana pihak pun suruh dia pilih tempat tu.




KLMU ni kat Jalan Raja Laut dan hostel tapi sebenarnya apartment kat Jalan Ipoh. Lagipun KLMU ni dalam proses nak set up kan the real University. Sekarang ni tempat belajar still kat bangunan sedia ada, sebab tu hostel pun kena ambil apartment untuk student-student baru duduk. Pendaftaran pun berjalan lancar la, My Mom kata hostel tu pun cantik sebab baru siap dan semua kelengkapan dah disediakan; katil, meja study dan almari pakaian. But still Dik Wan dengan perangai yang tak nak duduk hostel. Dia nak duduk dengan My Bro pulak...haish. The reason tak nak duduk hostel sebab hostel mahal, nak makan pun mahal, air sikit....Adoyaiii..




Masalahnya bukan tak nak bagi dia duduk dengan My Bro tapi keadaan tak mengizinkan. Nanti dia jugak yang tak selesa nak study dengan anak-anak kecil My Bro lagi...Susah jugak jadi anak manja yang tak pernah duduk jauh dari rumah. Last-last My Mom jugak yang susah hati, pening kepala fikirkan karenah dia. Lagipun dia duduk KL tu bukannya sorang-sorang, My Bro and My Sis ada kat sana untuk tengok-tengokkan. Kitorang dulu (My Sis and I) duduk hostel dari Form 1 tak pernah sibuk-sibuk nak lari balik pun, dia dah umur 18tahun tak kan la tak boleh adapt dengan dunia baru. Sampai bila nak duduk bawah ketiak My Mom je. Kena la belajar berdikari, memang la duduk kat rumah semua dah disediakan; makan, pakaian, dll tapi sampai bila baru nak belajar uruskan diri sendiri.




Kesian tu kesian la jugak tapi kadang-kadang tu geram sebab dok susahkan hati My Mom. Dah la My Mom dok jauh, harapkan My Bro la tolong tengok-tengokkan. Anak-anak zaman sekarang manja terlebih...anak perempuan boleh je survive kenapa anak lelaki tak boleh?







Demam Bola



Waka waka..This time in Africa




Demam bola datang lagi, mana taknya World Cup kan 4tahun sekali. So semua orang especially kaum Adam memang ternanti-nantikan kedatangan game yang berprestij nih. I dan Mr Hubby pun tak terkecuali melayan World Cup nih tapi tak de la sampai sanggup berjaga sampai pukul 2-3pagi. Kitorang layan game yang start pukul 7.30pm je...Kalau tak, tengok Highlights je la esoknya. Nasib baik la langgan ESPN, boleh la nak tengok bola bila-bila masa yang kitorang suka pun. Yang penting nak tengok saat-saat jaringkan gol je pun...tapi lepas World Cup ni nak kena lupuskan ESPN dah. Mahal tu bulan-bulan nak bayar kalau amik channel sport ni. Bertahan hanya demi World Cup 2010.




Kali ni I mensokong Argentina, maka I tak pernah miss lagi la tengok Argentina lawan. Bersemangat tu kat depan tv tambah-tambah kalau tengok ramai-ramai, bukan main lagi jerit gol...HAHAHA. Yang pasti Argentina dah layak ke Quater-Final sebab dah 2 game diorang menang. World Cup kali ni memang di luar jangkaan, negara-negara yang hebat dan digeruni dah tak sehebat dulu; Italy, France, Spain, England. Sebab tu la I dah tak sokong Italy sebab dah tak de pemain-pemain handalan diorang. Lagipun diorang tu kebanyakannya dah berumur 30lebih, ramai yang dah bersara dari World Cup. Italy ramai player-player yang handsome-handsome, maklumla berdarah Italy...por far vour




Argentina



Maka I pun berpaling tadah kepada Argentina sebab ada pemain terbaik dunia, Lionel Messi (dia pun sedikit cute...HAHAHA). Memang seronok la tengok Argentina main, serangan yang bertubi-tubi dengan skil-skil yang memang style la. Macam terpegun jugak bila tengok diorang main especially Messi. Sangat lincah mengelecek bola, kiranya team lawan semuanya mengawal dia je. Kalau terlepas memang asyik gol je la. Kalau tengok player-player ni main (tak kira team mana pun) semuanya berstamina tinggi. Berlari ke atas, ke bawah sehingga la ke minit-minit terakhir tapi kalau tengok pemain Malaysia main second half dah macam nak semput pun. Kalau minit terakhir tu asyik sepak bola keluar je, nak melengahkan masa. Sebab tu I memang tak layan bola sepak Malaysia, game yang sangat hambar dan membosankan. Kalau World Cup atau EPL ni, minit-minit terakhir pun boleh buat hatrik lagi, diorang tak kenal erti putus asa hingga ke titisan peluh terakhir.




Lionel Messi and Maradona




Nah gambar Messi...comel kan ada lesung pipit dan cleft. Kena tengok gambar dia selalu, nanti my baby akan ala-ala comel macam dia jugak la......(just kidding)







Bakal Berjauhan


Alhamdulillah.......


Mr Hubby berjaya jugak sambung Master yang selama ni diimpi-impikan. Walaupun tak kesampaian hajat nak study over the sea tapi berjaya jugak sambung Master walaupun dalam Malaysia. I tau Mr Hubby begitu terkilan sebab tak boleh pegi oversea sedangkan dah banyak tawaran dari luar dia dapat dan course yang memang sangat-sangat diminati, automotive tapi apakan daya kerajaan dah tak mampu nak support student sambung belajar ke luar negara...Kena la menerima rezeki yang dah ditetapkan...



Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.....kalau dapat pegi oversea mungkin sekarang ni kami tak boleh beli property sendiri, tak mungkin akan atau bakal memiliki rumah sebelum umur 30tahun. Hartanah sekarang bukannya semakin turun macam jual kereta, makin naik ada la. Even sekarang ni perumahan baru kat area Jitra dan Alor Star dah mencecah RM250k ke atas. Apatah lagi kalau tinggal kat bandar-bandar besar macam KL tu; tak de RM300k ke atas, jangan harap la nak ada rumah sendiri. Bukan setakat nak beli rumah kena ada duit, nak masuk rumah baru pun kena ada duit lagi. Yela tak kan nak masuk dengan tangan kosong pulak. At least grille nak kena pasang, nanti tak pasal-pasal cepat je penjenayah boleh masuk rumah. Kabinet dapur pun nak kena buat, nama pun rumah sendiri tak kan nak beli kabinet kecik molek yang sesuai kalau kita nak menyewa sebab senang nak angkut kalau nak pindah tempat lain. Perabot pun nak kena beli.....Senang cakap semuanya memerlukan duit sekarang ni. Sebab tu la Mr Hubby kena sambung belajar, untuk kesenangan diri sendiri, isteri dan anak-anak nanti.



sob sob sob.....(tetiba tersedih pulak)



Mr Hubby dapat sambung belajar di Universiti Putra Malaysia dalam
Master Innovation & Engineering Design, buat coursework satu setengah tahun. Kelas start 12 Julai 2010 bermakna tak lama dah la Mr Hubby akan berpindah ke KL (menangis lagi dalam hati)...Terpaksa berjauhan buat sementara waktu dengan Hubby mungkin sehingga I selamat bersalin ke, bergantung kepada keadaan. First time nak berjauhan dengan Hubby walaupun still senegara, ada orang Malaysia-Oversea steady je....sebab dah terbiasa ada suami di sisi tetiba terpaksa menjadi independence woman pulak. Tu yang macam tersentap sikit tu...walauapapun I still men'support' Mr Hubby.



Mr Hubby sambung belajar ni bukan la dengan duit sendiri tapi dia dapat SLAB Unimap (Universiti Malaysia Perlis) maka habis je belajar kena bond 4tahun berkhidmat di Unimap sebagai Lecturer. Sebelum ni baru title Tutor, nak dapat tetap kat Unimap kena ada Master. Berbeza dengan sesetengah Universiti, kena ada PhD baru boleh dapat tetap, kalau tak jawatan kontrak je la selagi tak dapat PhD. Itu kelebihan dan kekurangan mana-mana Universiti, so kena buat kaji selidik dulu sebelum nak jadi Lecturer kat Universiti ni. Lain Universiti, lain syaratnya sebab Universiti ni badan berkanun. Maka Universiti sendiri yang akan menetapkan syarat-syarat mereka sendiri. Lagipun sekarang ni dah ramai kelulusan Sarjana, sebab tu syarat kelayakan untuk dapat tetap dah dinaiktarafkan terutama bagi Universiti yang dah lama kat Malaysia ni; UKM, UPM dan UM.



Kalau dah masuk kerja dengan Government ni, nak tak nak kena jugak kejar jawatan tetap. Ada 3 kategori jawatan kalau bekerja dengan Government ni; Sementara
, Kontrak dan Tetap. Antara ketiga-tiga ni, jawatan Tetap la yang paling banyak benefitsnya....Elaun yang lebih sikit, boleh buat Loan Government, dapat rate Government kalau pegi Hotel, dapat skim Pencen dll. Sebab tu semua orang berkobar-kobar nak dapat tetap termasuk la Mr Hubby. Maka taraf hidup kami sekeluarga dapat ditingkatkan sebab tu I redha Hubby nak pegi sambung belajar. Impian Mr Hubby nak dapat Doctorate dan Professor. Bak kata Hubby 'Tak dapat Doktor Perubatan, Doktor Pendidikan pun boleh la'. Kalau dah dapat Doktor dan Professor, boleh la kita pegi jalan-jalan oversea ye, sayang.....



Bak kata pepatah


' Sayang isteri dan anak, ditinggal-tinggalkan'
(anak tak de lagi nak tangan-tangankan)




Love you so much,dear







Kenduri Kendara

Dah start cuti sekolah ni banyak la mendapat undangan perkahwinan.....tapi masalahnya ramai yang pilih tarikh cun 06.06.2010 untuk mengakhiri zaman bujang maka pada rakan-rakan yang jauh nun di timur dan selatan tak dapat la kami (me and Mr Hubby) nak memenuhi undangan...so, just nak buat ucapan je la kat blog ni menandakan i masih mengingati korang cuma keadaan je yang tak mengizinkan i sampai ke majlis korang........



SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA
BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT



Norhazura & Faizul Azri
05 Jun 2010


Siti Fatimatuzzahrah & Zainuddin
06 Jun 2010


Noor Aznida & Mohd Sabri
06 Jun 2010



Kenduri yang i dapat pegi pun kat Pendang, ex-dorm-ate masa kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Memang rapat la dengan dia sampai sekarang, still contact walaupun masing-masing dah sibuk.



Nordiyana Mohd Ridzwan
&
Hairul Amin Abdul Rahman
05 Jun 2010



Kami sampai ke rumah kenduri memang ngam-ngam time pengantin sampai, baru dok memukul kompang. So, tak de la kena menunggu lama; makan-makan, jumpa pengantin (muah muah, laga-laga pipi), amik gambar dan berangkat pulang. Masa mula-mula sampai sempat la berjumpa dengan ex-student Syed Putra; Siti, Ayu, Dasuk, Elly dan Didie...Tu pun tak de la dok sembang lama-lama, just bertanya khabar hai-hai and bye-bye. Ye la masing-masing ada kenduri lain pulak nak kena pegi.















Mr Hubby and I pun tak de la berlama-lama di rumah pengantin sebab esok tu kenduri kat rumah sepupu Mr Hubby (sebelah rumah MIL je). So kena pegi menolong apa-apa yang patut. Kenduri kat kampung still mengamalkan sikap masak-memasak sendiri, tak de catering. Kerja perempuan-perempuan muda seharusnya membuat bunga telur, packing kuih-muih untuk tetamu; memang la senang sangat tapi pukul 11malam jugak la balik rumah. Nasib baik la rumah sebelah menyebelah, jalan kaki pun sampai.



Hari kenduri keesokannya awal-awal pagi lagi hujan turun tak berhenti-henti sampai ke tengah hari. Air naik la sikit sampai ke buku lali maka terpaksa jugak orang-orang kampung memasak dalam ala-ala kebanjiran. Kesian jugak la sapa-sapa yang kenduri masa hujan ni, keja macam ter'stuck' tapi nasib baik masa pukul 12 tengah hari tu hujan dah berhenti. Maka boleh la jemputan datang makan kenduri ni walaupun dalam keadaan becak sana sini. Alhamdulillah semua selesai dengan selamat dan lepas je kemas dan susun kerusi, hujan kembali turun dengan lebatnya. Kiranya majlis ni still berjalan lancar walaupun hujan turun mencurah-curah, hujan rahmat setelah sekian lama ketandusan hujan kat Kedah ni.





SELAMAT PENGANTIN BARU


Ahmad Fitri & Shamimi



Tengok orang kawin nih macam best jer pakai baju dan make-up cantik-cantik, ada pelamin, meja makan pengantin. Rasa macam waaaahhhh seronoknya kawin, lagipun sekali je seumur hidup nak melaram dan belanja sakan. Em macam nak ajak Mr Hubby kawin lagi sekali la....HAHAHAHA (gedikssss)





up