Berpindah Tempat



Seperti biasa rutin bulanan seharusnya membuat antenatal check-up. Condition Mummy and Baby alhamdulillah sihat walafiat...and we already know the gender of our little one. So, lepas ni senang sket Mummy nak beli barang-barang bayi. Kalau tak, rasa macam serba salah pulak...beli warna biru nanti keluar baby gugurl, beli pink takut dapat baby boboy. Sekarang dah tak payah nak pening-pening kepala sebab dah 100% confirm baby........(tunggu keluaran November nanti). Boleh la Mummy start buat preparation sikit-sikit, bukan secara over lagi...kalau pegi Mall boleh la sambar 2,3 barang baby bak kata pepatah
'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'




Bermula 1 Julai 2010 ni Dr Annuar (my gyne) akan berpindah ke PMC (Putra Medical Centre)...waa waa waa....Maka terpaksa la I berpindah tempat untuk bersalin kelak. Sanggup ku meredah lautan kereta hanya demi Dr Annuar...HAHAHA. Kalau dulu 10minit dah sampai tapi lepas ni lebih kurang 30minit jugak la nak sampai PMC. Lagipun Pusat Rawatan Mahsuri ni akan memberhentikan perkhidmatan untuk sakit puan buat sementara waktu sebab tak dapat doktor ganti lagi. Nak tak nak memang kena cari tempat lain la jawabnya. Walauapapun terjadi I tetap setia dengan my gyne. Lagipun memang dah terbiasa dengan Dr Annuar, malas la nak tukar-tukar doktor tambah pulak mendengar feed back dari ramai orang yang 'hasil kerja' doktor ni sangat bagus...maka I FOLLOW U, MR DOC.




Sekarang ni condition I dah sangat bertenaga dengan selera makan yang membuak-buak. Asal tengok makanan je jadi lapar tapi disebabkan tak nak menaikkan berat badan secara mendadak terpaksa la mengawal pemakanan. Dah la jenis yang senang naik berat badan tapi nak turunnya MasyaAllah susahnya. Sekarang pun dah mencapai angka 60kg, harap-harap dah 8,9bulan nanti berat tak mencecah 70++kg. Kalau tak mati la nak kembali ke berat badan ideal..mana la ada duit berkepuk-kepuk nak ke Slim World. So, langkah pencegahan kena bermula dari sekarang.

  • Kurangkan makan nasi waktu malam, boleh diganti dengan roti. Itu pun makan sekeping dua saja...kalau teringin jugak nasi, letak sesenduk je. Lebihkan lauk-pauk daripada nasi (e.g: ikan dan sayuran). Kurangkan juga pengambilan daging lembu.
  • Banyakkan makan buah-buahan especially malam, kalau lapar tengah malam prefer makan buah-buahan daripada snek...Lagipun buah kaya dengan vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Maka pastikan stok buah-buahan dalam peti ais sentiasa ada.
  • Kurma dan kismis membantu jugak untuk mengatasi rasa lapar di malam hari.
  • Paling penting banyakkan minum air putih daripada air manis sebab air putih yang membantu melancarkan pengaliran darah.

Kaedah-kaedah ni sesuai digunakan di malam hari, kalau siang hari boleh la makan sepuas-puasnya, tu pun kena beringat-ingat jugak.Terlebih makan, lemak pulak yang dikumpul nanti. Waktu malam kan tak banyak aktiviti yang dilakukan, hanya aktiviti tidur sebab tu pengambilan makanan berat harus dikurangkan.Selain tu, senaman pun perlu diutamakan....bukan la pegi jogging, cycling ke...dengan hanya berjalan pun dah dikira senaman untuk wanita hamil. Kaedah ni je yang belum I praktikkan...kalau time bekerja dulu boleh la jugak berjalan ke hulu ke hilir tapi sekarang berjalan dalam rumah je la..




Sekarang ni baby pun dah aktif menendang... Alhamdulillah jugak sebab dia tak pernah mengganggu tidur malam Mummy. Kalau Mummy bangun ke tandas tengah-tengah malam baru la dia start kicking ala-ala manja....bila Mummy tidur, dia pun 'tidur' sekali. Sangat behave anak Mummy ni. Tapi dia sangat nakal, bila Mummy nak pee pee dia semakin semangat menendang sampai Mummy tak mampu nak tahan lagi. Harus ke tandas secepat mungkin.


Semoga anak Mummy membesar dengan sihat dan sempurna
Mummy and Papa LOVE YOU so much



new place for the next antenatal check up







0 comments:

Post a Comment


up