Bersawang Sudah


Lamanya tak menjengukkan diri kat blog ni...bukan apa malas nak mengupdate + outstation (waahhh.....outstation gitu...HAHAHA). Tak de la tapi mensibukkan diri dengan mengikut Mr Hubby ke KL. Dia dah mula mendaftar untuk sambung Master kat UPM, kembali menjadi pelajar...I je tak tau lagi bila nak menjadi student semula ni (keinginan tu ada,nak merealisasikan tu la tak tau bila). Tengok Mr Hubby jadi student macam best je. Kelas 4hari seminggu pastu sehari satu kelas je, 3jam je pun kelas tapi sedikit mencabar la bila buat Master nih....Kelas Master banyak buat time weekend sebab lecturer yang mengajar Master pun kena mengajar budak-budak Degree jugak. So masa yang diorang ada time weekend je la. Nasib baik la kelas Mr Hubby ada 2hari berturut-turut yang cuti, isnin dan selasa. Boleh la Mr Hubby nak balik menjenguk isteri di kejauhan.....apa-apa pun kita enjoy dulu!!!


Dah pegi KL dan bermastautin sementara waktu kat sana, apa lagi pegi menyemak kat umah My Sis kat Bangi. Menjadi bibik buat sementara waktu, pastu boleh melepas rindu kat anak-anak buah serta menshopping...Itu sebenarnya tujuan utama ke KL. Membeli barangan bayi, banyak sikit choice. Kiranya sambil menyelam sambil minum air...dan banyak jugak la 'air' yang ditelan....apa yang dok merepek nih?? Malas la nak citer panjang-panjang, layan gambar buah hati pengarang jantung yang paling terbaru dalam my family....Lepas ni akan menyusul pula yang lagi baru..








Muhammad Rayyan Hareez, dah 4 bulan pun...cepat je masa berlalu, rasanya macam baru je My Sis bersalin tengok-tengok dah besar pun baby Rayyan. Sangat seronok melayan baby nih, dah la dia tak banyak meragam tapi semakin membesar dah semakin pandai dia. Asyik nak duduk atas orang je, kalau bagi dia baring, nangis macam kena cubit...haiisshhh banyak akal pun still tak jemu nak layan dia.Tapi macam kesian je baby bila kena hantar ke nursery sebab asyik tak sihat je. Kalau batuk tu memang lambat la nak lega tapi nak buat macam mana nak ambil maid sekarang pun bukan boleh harap sangat especially Indon (macam-macam dah dengar pasal maid Indon nih). Kalau dapat yang bagus tu alhamdulillah, kalau dapat yang teruk tu mengucap panjang la jawabnya. Sebab tu My Sis malas nak ambil maid tambah pula dia kata macam tak de privacy bila ada maid nih. Kan bagus kalau gov bagi elaun kat surirumah...so tak yah la ibu-ibu pegi kerja, dok rumah menjaga anak supaya menjadi sihat dan kuat....tapi tu semua angan-angan mat jenin je..


Setelah 2,3minggu kat Bangi, I pun kena la balik....asyik menghabiskan beras rumah orang je. Eh tak tak...sebab nak pegi buat monthly check-up dengan doktor kegemaran I. Mr Hubby habis je kelas hari ahad tu terus kitorang bertolak pulang...Esoknya pegi la check-up kat tempat baru PMC a.k.a Putra Medical Centre..Sangat seronok kat tempat baru ni sebab tempat menunggu lebih besar dan selesa, macam cantik jer....boleh naik lif...apa kes naik lif pun suka nih?? Takde la kalau naik tangga sekarang ni semakin semput la. Experience di rumah sendiri, kalau naik bilik lepas tu mesti rehat dulu 5minit sebelum menyambung apa-apa kerja...kurang stamina betul la I ni, tak mau tak mau lembik je...nanti susah bersalin. Betul ke??


Dah pegi tempat baru, ubat pun dapat la packaging baru...Sebelum ni dapat yang dalam sampul ubat je tapi sekarang dapat dalam kotak yang rasa macam bersemangat nak makan...HAHAHA. Kalau tak sebab packaging pun I makan je ubat tapi rasa macam teruja sekejap la dapat ubat baru yang sedikit cantik....New supplement; Obimin Pluz and Calcium.






Sebut pasal Calcium teringat pulak I pernah beli pil Calcium kat Guardian konon-konon sebab I tak minum susu so macam nak ambil Calcium dalam bentuk tablet la tapi tiap kali lepas makan Calcium tu I mesti rasa macam nak muntah, tak sedap perut la...risau gak nak makan takut ada effect apa-apa ke tapi dah pegi check-up baru ni dapat pil Calcium maka selamat tinggal Calcium yang lama......





0 comments:

Post a Comment


up