Bakal Berjauhan


Alhamdulillah.......


Mr Hubby berjaya jugak sambung Master yang selama ni diimpi-impikan. Walaupun tak kesampaian hajat nak study over the sea tapi berjaya jugak sambung Master walaupun dalam Malaysia. I tau Mr Hubby begitu terkilan sebab tak boleh pegi oversea sedangkan dah banyak tawaran dari luar dia dapat dan course yang memang sangat-sangat diminati, automotive tapi apakan daya kerajaan dah tak mampu nak support student sambung belajar ke luar negara...Kena la menerima rezeki yang dah ditetapkan...



Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.....kalau dapat pegi oversea mungkin sekarang ni kami tak boleh beli property sendiri, tak mungkin akan atau bakal memiliki rumah sebelum umur 30tahun. Hartanah sekarang bukannya semakin turun macam jual kereta, makin naik ada la. Even sekarang ni perumahan baru kat area Jitra dan Alor Star dah mencecah RM250k ke atas. Apatah lagi kalau tinggal kat bandar-bandar besar macam KL tu; tak de RM300k ke atas, jangan harap la nak ada rumah sendiri. Bukan setakat nak beli rumah kena ada duit, nak masuk rumah baru pun kena ada duit lagi. Yela tak kan nak masuk dengan tangan kosong pulak. At least grille nak kena pasang, nanti tak pasal-pasal cepat je penjenayah boleh masuk rumah. Kabinet dapur pun nak kena buat, nama pun rumah sendiri tak kan nak beli kabinet kecik molek yang sesuai kalau kita nak menyewa sebab senang nak angkut kalau nak pindah tempat lain. Perabot pun nak kena beli.....Senang cakap semuanya memerlukan duit sekarang ni. Sebab tu la Mr Hubby kena sambung belajar, untuk kesenangan diri sendiri, isteri dan anak-anak nanti.



sob sob sob.....(tetiba tersedih pulak)



Mr Hubby dapat sambung belajar di Universiti Putra Malaysia dalam
Master Innovation & Engineering Design, buat coursework satu setengah tahun. Kelas start 12 Julai 2010 bermakna tak lama dah la Mr Hubby akan berpindah ke KL (menangis lagi dalam hati)...Terpaksa berjauhan buat sementara waktu dengan Hubby mungkin sehingga I selamat bersalin ke, bergantung kepada keadaan. First time nak berjauhan dengan Hubby walaupun still senegara, ada orang Malaysia-Oversea steady je....sebab dah terbiasa ada suami di sisi tetiba terpaksa menjadi independence woman pulak. Tu yang macam tersentap sikit tu...walauapapun I still men'support' Mr Hubby.



Mr Hubby sambung belajar ni bukan la dengan duit sendiri tapi dia dapat SLAB Unimap (Universiti Malaysia Perlis) maka habis je belajar kena bond 4tahun berkhidmat di Unimap sebagai Lecturer. Sebelum ni baru title Tutor, nak dapat tetap kat Unimap kena ada Master. Berbeza dengan sesetengah Universiti, kena ada PhD baru boleh dapat tetap, kalau tak jawatan kontrak je la selagi tak dapat PhD. Itu kelebihan dan kekurangan mana-mana Universiti, so kena buat kaji selidik dulu sebelum nak jadi Lecturer kat Universiti ni. Lain Universiti, lain syaratnya sebab Universiti ni badan berkanun. Maka Universiti sendiri yang akan menetapkan syarat-syarat mereka sendiri. Lagipun sekarang ni dah ramai kelulusan Sarjana, sebab tu syarat kelayakan untuk dapat tetap dah dinaiktarafkan terutama bagi Universiti yang dah lama kat Malaysia ni; UKM, UPM dan UM.



Kalau dah masuk kerja dengan Government ni, nak tak nak kena jugak kejar jawatan tetap. Ada 3 kategori jawatan kalau bekerja dengan Government ni; Sementara
, Kontrak dan Tetap. Antara ketiga-tiga ni, jawatan Tetap la yang paling banyak benefitsnya....Elaun yang lebih sikit, boleh buat Loan Government, dapat rate Government kalau pegi Hotel, dapat skim Pencen dll. Sebab tu semua orang berkobar-kobar nak dapat tetap termasuk la Mr Hubby. Maka taraf hidup kami sekeluarga dapat ditingkatkan sebab tu I redha Hubby nak pegi sambung belajar. Impian Mr Hubby nak dapat Doctorate dan Professor. Bak kata Hubby 'Tak dapat Doktor Perubatan, Doktor Pendidikan pun boleh la'. Kalau dah dapat Doktor dan Professor, boleh la kita pegi jalan-jalan oversea ye, sayang.....



Bak kata pepatah


' Sayang isteri dan anak, ditinggal-tinggalkan'
(anak tak de lagi nak tangan-tangankan)




Love you so much,dear







0 comments:

Post a Comment


up