Macam-macam Hal....



Sekarang ni kan dah start masuk U bagi budak-budak lepasan SPM, tak terkecuali My Little Brother a.k.a Dik Wan. Dia dapat belajar kat KLMU jurusan Multimedia. Mula-mula dia nak masuk MMU buat Multimedia tapi tak dapat sebab subjek Math dia tak menepati syarat-syarat kelayakan dan MMU boleh tawarkan coures Management je. Kiranya KLMU ni second option la. So, Khamis malam tu My Mom and Dik Wan pun naik la flight ke KL sebab pendaftaran dia hari Sabtu. Sempat la nak prepare apa-apa barang kecil-kecilan untuk dia kat hostel nanti. Sebelum pegi lagi dia dah start buat perangai tak nak pegi KLMU. Mana tak hangin satu badannya, hari tu dia yang beria-ia nak masuk KLMU, tak de paksaan dari mana-mana pihak pun suruh dia pilih tempat tu.




KLMU ni kat Jalan Raja Laut dan hostel tapi sebenarnya apartment kat Jalan Ipoh. Lagipun KLMU ni dalam proses nak set up kan the real University. Sekarang ni tempat belajar still kat bangunan sedia ada, sebab tu hostel pun kena ambil apartment untuk student-student baru duduk. Pendaftaran pun berjalan lancar la, My Mom kata hostel tu pun cantik sebab baru siap dan semua kelengkapan dah disediakan; katil, meja study dan almari pakaian. But still Dik Wan dengan perangai yang tak nak duduk hostel. Dia nak duduk dengan My Bro pulak...haish. The reason tak nak duduk hostel sebab hostel mahal, nak makan pun mahal, air sikit....Adoyaiii..




Masalahnya bukan tak nak bagi dia duduk dengan My Bro tapi keadaan tak mengizinkan. Nanti dia jugak yang tak selesa nak study dengan anak-anak kecil My Bro lagi...Susah jugak jadi anak manja yang tak pernah duduk jauh dari rumah. Last-last My Mom jugak yang susah hati, pening kepala fikirkan karenah dia. Lagipun dia duduk KL tu bukannya sorang-sorang, My Bro and My Sis ada kat sana untuk tengok-tengokkan. Kitorang dulu (My Sis and I) duduk hostel dari Form 1 tak pernah sibuk-sibuk nak lari balik pun, dia dah umur 18tahun tak kan la tak boleh adapt dengan dunia baru. Sampai bila nak duduk bawah ketiak My Mom je. Kena la belajar berdikari, memang la duduk kat rumah semua dah disediakan; makan, pakaian, dll tapi sampai bila baru nak belajar uruskan diri sendiri.




Kesian tu kesian la jugak tapi kadang-kadang tu geram sebab dok susahkan hati My Mom. Dah la My Mom dok jauh, harapkan My Bro la tolong tengok-tengokkan. Anak-anak zaman sekarang manja terlebih...anak perempuan boleh je survive kenapa anak lelaki tak boleh?







1 comments:

Anonymous said...

sabar............

Post a Comment


up