Hadiah Pertama Baby


Pejam celik pejam celik lagi 8 hari je lagi nak berhari raya. Sekarang ni memang masa kemuncak nak buat kuih raya. My Mom jenis yang suka buat sendiri kuih raya + kek + ketupat. Jadi ibu meng'kandung' anak ni kena la tolong mana yang termampu. Faham-faham je la kan ibu mengandung cepat je sakit pinggang, sakit sana, sakit sini kalau duduk lama-lama tapi macam kesian kalau nak tolong tengok je My Mom buat kuih raya. Harap-harap raya kali ni tak banyak jenis sangat kuih raya macam tahun lepas sampai 5,6 jenis.Ye la banyak sangat permintaan; sorang nak kuih ni, sorang nak kuih tu...My Mom pulak jenis ok je, semua kuih pun dia buat. Tahun ni My Mom and i plan tak nak buat banyak jenis tapi satu jenis tu buat banyak-banyak tapi My Mom ni bukan boleh kira, kata je nak buat sikit tengok-tengok 5,6 jenis kuih jugak yang terhasil..(eh apsal terkeluar dari tajuk ni??) Tu baru mukadimah...kembali ke tajuk asal....

Baby belum keluar tapi sudah mendapat hadiah...Thanks to Kak Yan sebab sudi menyumbangkan hadiah yang berguna..HEHE..boleh la men'sidai' botol susu anak lepas ni; Yeay...I got a DRYING RACK. Kak Yan ni ex-officemate masa kat Planet Graphics dan Skala Design Consult. Dua tempat kerja tu, i asyik mengekor dia..(eh tak de la....kat PG perkenalan pertama, kat SKALA memang i tanya ada kosong tak)..Kalau first time kenal mesti akan kata "eh eh garangnya kakak ni...." tapi sebenarnya GARANG di luaran, dalamannya BAIK HATI (bukan mode bodek okay tapi kenyataan; jangan marah kak yan, tak baik...tak baik...)


Hadiah berserta kad raya


Drying Rack


Bukan setakat hadiah, kad raya pun di pos sekali. Ni mungkin kad raya yang pertama dan terakhir yang i dapat sempena hari raya tahun ni. Disebabkan i memang tak plan nak menghantar kad raya, so kalau kak yan terbaca atau membaca...

'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN'
Halalkan ilmu selama kita bekerja bersama selama ni
sob...sob...sob




30weeks pregnant : Berat naik 1kg sepanjang Ramadhan, so berat terkini dah 64kg...wa wa wa...tu tak termasuk berat masa raya nanti. Seharusnya naik 3-4kg kot sebab raya nanti i nak makan puas-puas; Raya Haji nanti dah tak boleh nak makan sedap-sedap, hanya boleh memandang dari kejauhan...Baby pulak dah seberat 1.3kg. Patut la lenguh je betis bila naik tangga, anak mummy dah berat ye...;)



3 comments:

i_am_the_missbabble said...

kami pun dah plan nak bagi hadiah kat hampa..tungguuuuu...

eenasuzira abdullah said...

Wah. best-best. sangat berguna.

*aunty yan, baby nak jugak. haha. ahaks :D

Nuha Adnan said...

cherub : i'm waaiiiitiiiiinggggg....haha

eena : hahaha...cepat2 minta hadiah untuk baby..;)

Post a Comment


up