Jalan-jalan Makan Angin


Dah lama tak bercuti....nak makan angin selalu tak sempat je....so planning dengan my sis nak pegi bercuti bersama-sama....dan destinasi pilihan adalah SABAH bah!!! Kami pegi sana 3hari 2malam saja dan tido di Le Meridien Hotel, kat tengah-tengah bandar.....Tujuan utama nak pegi sana sebab nak mandi laut....nak ke Pulau Manukan (ramai orang cakap pulau ni cantik)

Penerbangan kami hari tu pada pukul 9.30pagi dan mengambil masa 2jam 30minit untuk mendarat.Di sana kami menyewa kereta untuk mudah bergerak ke mana-mana destinasi.


sebelum berlepas



muka aireen di pagi hari



awan yang memutih



aireen and pak lang....
masa ni dia tak pandai lagi buat peace


Selepas dah check-in hotel dan rehat kejap, kami pun meronda-ronda sekitar pekan Sabah.Nasib baik abang ipar a.k.a abang hasry ada bawa GPS....senang la sikit.Walaupun ni kali ke-2 saya datang ke Sabah tapi dulu datang dengan budak-budak studio.....ikut je lecturer nak bawa ke mana pun dan kami guna bas Universiti Malaysia Sabah...

Petang tu kami jalan-jalan ke Tanjung Aru, saja nak tengok pemandangan.....



pemandangan di waktu senja



si comel dengan papa



Mr Hubby kegembiraan



us


Malam tu kami plan nak makan seafood dan pegi la ke Ocean Seafood Village. Kalau nak makan kat sini memang kena book awal-awal kalau tak, tak tentu boleh dapat tempat.Memang sentiasa full house.

Sampai-sampai je kat sini diorang akan bawa kita kena belakang, ke tempat ber'akarium' untuk pilih seafood apa yang nak dimakan.....Macam-macam jenis seafood ada kat sini sampai tak tau nak pilih yang mana......yang pasti jangan tersilap pilih kalau tak, melayang duit beratus-ratus..


ha...pilih...pilih....pelbagai jenis pilihan



tengok orang sebelah minum,
nak cuba gak air ni



butter crap
yummylicious



sayur sabahan
rangup




udang lipan masak pedas
udang tu sedikit liat




ikan merah masak........
ikan ni tersangat la mahal




semua makanan dah tersedia
mari makannnn......


Second day kat sini kami ke Pulau Manukan.....kena naik bot di Jesselton Point.....Kami bergerak ke pulau pada pukul 9pagi dan balik pada pukul 2petang.....tu pun dah tak larat nak mandi.....

Nak masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang sebab kat sini pun ada resort dan restoran, lebih kurang macam private resort la jugak......dan kawasannya sangat la bersih....tandas pun bersih.....pantai pun bersih...kiranya semua la bersih...


sebelum masuk ke kawasan pantai



bergambar lagi di depan pintu masuk



dan lagiiii............



my sis's family



ikan-ikan yang sentiasa kelaparan


Dah habis mandi tu kami gi jalan-jalan ke One Borneo pulak....Shopping Complex yang baru di buka.On the way nak ke sana tersalah masuk jalan dan tersampai ke tempat ni......Boleh dikategorikan sebagai mercu tanda Sabah la jugak....ramai je orang datang bergambar kat sini.




kakak and aireen



tersalah tunjuk....tersasar



yeay....hooray


Lepas dah bergambar gitu-gitu je, terus gerak ke One Borneo....makan malam kat sana dan jalan-jalan kejap pastu terus balik hotel....letih sangat sebab mandi manda bukan main lagi pagi tadi...dah tak de tenaga nak pusing-pusing shopping complex tu....

Esoknya kami dah nak balik tapi pagi tu sempat lagi pegi shopping kat Pasar Filipina....beli apa lagi kalau datang Sabah...tentula mutiara...souvenir untuk family...









0 comments:

Post a Comment


up