Feb
Wednesday,
10,
Walaupun dah beberapa bulan meninggalkan Skala Design Sdn Bhd tetapi kenangan bersama Skala tak pernah dilupakan.....(so touching....sob sob sob....)
Memang la kerja kat Skala tu gila-gila punya kerja sampai kadang-kadang pukul 12-1pagi baru nak balik rumah.Tambah pula masa tu baru lagi kahwin....faham-faham je la kan....tapi banyak kenangan manisnya walaupun ada gak pahit tu sikit-sikit...Ala pegi mana-mana tempat pun sama je mesti ada pahit manis alam pekerjaan...ok back to the story....
Setelah pressure sangat mengadap kerja-kerja, design-design and drawing-drawing yang tak akan pernah habis...(bertambah lagi ada la....) Maka our MD a.k.a Managing Director suggest pegi melancong over the sea...tapi mesti dikelolakan oleh Skala Design Sport Club yang berpengerusikan saya sendiri....hahahaha (gelak jahat....) Maka macam-macam cadangan yang diberikan ke mana destinasi yang nak ditujui...ada suggest Bandung, Bali, Sipadan, Bangkok.
Setelah mencabut undi maka Bangkok menjadi pilihan kami.....TAPI sebelum nak pergi tu kena la cari sponsor dulu sebab kami semua memang tak mau keluarkan duit sendiri kalau tak sorang pun tak nak pegi....kejam betul....Oleh tu proses menghantar surat-surat belas ihsan dihantar ke pejabat-pejabat supplier.So supplier-supplier yang selalu dapat projek dari kami memang tak boleh lari dari menderma kalau tak projek seterusnya bagi kat orang lain pulak.....
Setelah berhempas pulas mengutip wang ihsan, kami pun mendapat kewangan yang mencukupi untuk support kami semua yang seramai 18orang ke Bangkok selama 4hari 3malam.Semua perbelanjaan ditanggung Skala Design Sport Club cuma perlu bawa duit nak shopping je la dan syarat untuk trip ni tak dibenarkan membawa ahli keluarga bersama.
Kami berkumpul seawal 6pagi di KL Sentral dan bergerak ke LCCT dengan bas sebab flight ke Bangkok pada pukul 9.30pagi....(lebih kurang waktu tu la....tak berapa nak ingat dah)
Penerbangan ke Bangkok mengambil masa selama 2jam 30min...dan kami pun selamat mendarat di Suvarnabumi Airport. Airport ni memang la teramat besar...tak larat juga la nak berjalan sebab kena naik bas yang disediakan untuk ke terminal yang nun di sana...bila semua dah ambil beg masing-masing, kami pun menaiki van untuk ke hotel yang terletak di Sukhumvit.....Apa yang menariknya Bangkok ni highway diorang straight je dan tak kan nampak hutan belantara...memang sangat la lapang....
Kemudian kami pun sampai ke Hotel; S15 Sukhumvit Hotel....a Boutique Hotel..sangat cantik walaupun tak besar sangat lobinya....
exterior and interior
bilik-bilik yang disediakan....(cun sangat)
masa ni tengah registration
Selepas registration, kami naik ke bilik dulu; 1bilik 2orang....rehat-rehat kejap dan terus keluar balik.Nak cari makanan tengah hari dan restoran yang paling dekat dengan hotel kami adalah Restoran India....ooohhh sungguh tak tahan dengan makanan India...sooo spicy and really not my taste tapi nak buat macam mana kena telan la juga....
Dah habis makan kami pun bergerak ke Siam Paragon; pusat membeli belah....Lagipun ada one of the bos nak buat case study untuk projek dia so kena la melawat shopping-shopping complex ni. Pengangkutan awam kat sini senang je nak dapat mungkin sebab kami pilih hotel yang di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan BTS (Bangkok Mass Transit System)......Kat sini memang kami guna BTS je kalau nak ke mana-mana, sama macam LRT kt Malaysia....

pening-pening lagi cari station mana yang nak turun
sangat menarik architecture kat sini
Permulaan ni kami just survey-survey dulu apa barang yang menarik untuk di shopping nanti tapi target kami bukan la kat shopping complex sangat....Sebab ramai yang kata beg-beg kat sini cantik-cantik....(beg berjenama yang dicetak rompak)
Dah habis ronda-ronda kat Siam kami pun balik ke hotel dan bersiap-siap untuk makan malam.Destinasi makan malam kami di Suan Lum, kat situ pun ada night bazaar juga....tapi just ronda-ronda je dulu...masing-masing tak de mood nak membeli lagi...

Selain BTS....pengangkutan awam lain yang tak kurang famousnya ialah.....tut tut.....murah sikit dan senang untuk menyelit dan kadang-kadang driver ni boleh buat 'willy'...macam scary gak naik tut tut ni sebab dia kecil tapi driver dia bawa laju gila.....dan perhatian untuk tourist yang nak pegi sana dan nak naik tut tut, bawa duit yang tepat untuk tambang kalau tak diorang akan tipu kita dan tak akan pulangkan baki balik....(pengalaman sendiri)
tapi kurang mencabar sebab kat Malaysia pun ada
Keesokan harinya pula kami ke Floating Market. Dari hotel nak ke sana kena naik van dan mengambil masa lebih kurang 1jam. Kat sini kena naik sampan dan akan dibawa untuk membeli belah dari atas sampan.Kat sini juga pernah dibuat pengambaran untuk filem Bangkok Dangerous.....
Selepas dah pusing-pusing kat Floating Market, kami naik bot pula ke Thonburi Snake Farm. Memang kita akan dibawa melalui kawasan perumahan yang dibina di atas sungai tu.....Bagi saya pemandangannya tak la menarik sangat sometimes ada bau-bauan yang kurang menyenangkan...Dah sampai ke Thonburi Snake Farm, saya tak masuk pun sebab tak berminat nak tengok ular....Oleh kerana tak de orang yang berminat nak tengok ular, kami pun bergerak pulang.
Malam tu kami ke Patpong Night Bazaar. Ada pelbagai jenis barang yang dijual kat sini dari barangan kulit, baju, kasut, jam, beg dan bermacam-macam lagi....kena la pandai tawar menawar kat sini dan barang-barang pun cantik la juga.Kat sini ada kelas-kelas tersendiri bagi barangan tiruan yang dijual terutamanya beg. Barangan yang dijual di dalam kedai adalah barangan kelas A dan agak mahal tapi kualitinya hampir menyerupai barangan original. Kami hanya membeli belah di gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut sebab boleh tawar menawar. Tapi jangan terkejut kalau di kiri kanan tu boleh nampak penari-penari yang hanya berbikini sedang menari-nari sambil melambai-lambai orang yang lalu-lalang. Di kiri kanan Night Bazaar ni adalah bar, pub, rumah urut dan segala macam maksiat pun ada...
MBK....naik BTS je nak ke sini
bergambar dulu di siang hari kat depan
HARD ROCK CAFE

Keesokan paginya adalah aktiviti bebas....so kalau berminat nak ke shopping complex atau ke mana-mana saja boleh la buat aktiviti sendiri...Kami memilih ke MBK, tak kurang hebat juga shopping complex ni dan yang paling menariknya adalah Food Courtnya.....sangat menarik, sangat cantik tapi tak boleh ambil gambar so tak boleh nak tunjukkan betapa cun nya food court tu....
HARD ROCK CAFE
bergambar selepas dinner
HARD ROCK CAFE
bergambar sebelum ke
CALYPSO CABARET
merenung jauh sebab dah nak tinggalkan
BANGKOK
last day kat Suvarnabumi Airport
HARD ROCK CAFE
Selepas dinner di Hard Rock Cafe, kami pun bergerak ke Mo Chit, nak pi tengok Calypso Cabaret....Time kami pegi tu teramat la ramai orang especially tourist nasib baik la kami dah book tiket awal-awal kalau tak memang melepas la nak tengok show ni....Memang menarik sangat persembahannya; persembahan musical, sebab yang buat persembahan tu adalah mak nyah mak nyah yang dah buat pembedahan....sebijik macam perempuan dan amat jelita dari perempuan asli.....
CALYPSO CABARET
Last day di Bangkok sebelum bergerak ke airport, ada lagi officemate yang tak habis lagi membeli belah tapi just memborong dekat gerai-gerai yang berdekatan dengan hotel je la....Fligt hari tu pukul 8.30malam waktu Bangkok dan kami makan malam kat airport je dan berlegar-legar kat situ sampai masuk ke Balai Berlepas..
BANGKOK
Rasa macam nak pegi lagi tapi mungkin bukan Bangkok dah kot....nak pegi tepi-tepi laut la pulak..Apa-apa pun trip tu memang best....
0 comments:
Post a Comment