Debaran

Selepas buat check-up pasal masalah bleeding di Pusat Rawatan Mahsuri dan keputusannya kena buat D&C.....Keesokan harinya 1 Oktober 2009, saya, Mr Hubby dan My mom terus datang ke pusat rawatan ni.

Pagi tu memang berdegup kencang jantung sebab kali pertama buat D&C dan tak tau alatan apa yang diguna, sakit ke tak dan macam-macam lagi la dalam kepala ni dok terbayang-bayang....tapi sebelum pegi tu berselera lagi makan nasi lemak sebab pikir lepas D&C ni kena berpantang (orang-orang tua suruh berpantang macam orang bersalin).....kami gerak dari rumah awal pagi dalam pukul 8pagi sebab pusat rawatan tu memang sentiasa 'full house' takut nanti lambat la pulak sampai giliran saya....

Rupa-rupanya bukan saya sorang yang nak buat D&C....ada 4 orang dan saya merupakan orang yang ke-3.Bilik bersalin kat situ style guna curtain je, so masa patient 1st and 2nd buat rawatan, memang boleh dengar mesin sedutan tu....bunyi macam vacuum pun ada....ngeri sangat...Proses dia sekejap je dalam 20minit sebab tu Mr Doc boleh buat 4orang terus....

Selepas tu....My Turn pulak....

Mr Doc : arini ada bleeding lagi tak?
Myself : ada...tapi tak banyak
Mr Doc : datang sini dengan sapa,dengan mak ke? kerja tak?
Myself : dengan husband...xkerja
Mr Doc : belajar lagi ke?
Myself : eh tak....baru berhenti kerja
Mr Doc : oh...saya tanya bukan apa..kalau kerja, nak bagi mc.
ok lepas ni saya akan cucuk ubat bius.
awak akan tidur 2jam, tak sedar masa buat rawatan nti
Myself : ok
zzzzzzzzzzz


Tapi masa tengah rawatan tu saya tersedar tapi dalam keadaan lali...terasa bahagian bawah perut sakit, dikorek-korek pun ada....nak menendang tapi kaki tak larat nak angkat....dan panggil "doktor....doktor...." Mr Doc menjawab "ye...ye...dah nak habis dah". Selepas tu pengsan balik, dah tak ingat apa yang berlaku.....

Sedar-sedar semua dah selesai tapi badan still terasa lemah, nak angkat tangan, kaki, kepala pun tak larat maka Miss Nurse pun panggil Mr Hubby kat ruang menunggu untuk bantu saya tukar balik pakaian hospital ke pakaian original....dan kos rawatan D&C di hospital swasta ialah RM450.

Lepas dah balik tu My Mom terus masak untuk saya makan...time tu memang tak larat sangat,awal-awal lagi dah terjelepok kt sofa depan, nak naik atas rumah serius tak bermaya tapi gagahkan diri juga.Rehat-rehat kejap My Mom panggil makan sebab nak kena makan ubat.Makan pun tak lalu tapi suap gak nasi....makan ubat, terus naik atas.....

Tiba-tiba.........

Uweeeekkkkk..........sambil Mr Hubby menepuk-nepuk belakang...habis semua makanan, 2biji ubat yang baru masuk tak sampai 5minit terkeluar balik...rugi je ubat tu....terus melayan tidur....rupa-rupanya setelah mendapat info dari My Auntie (dah berpengalaman), malam sebelum D&C kena berpuasa sebab ubat bius tu memang la kuat effect dia walaupun selepas rawatan.Kalau hospital kerajaan, sehari sebelum rawatan dah ditahan kat wad tapi disebabkan saya buat kat hospital swasta, tak de la pula Mr Doc suruh berpuasa....

Yang tak boleh tahannya selepas 2hari rawatan......sakit gila bahagian bawah perut, guling-guling, kuak lentang, ubat tahan sakit pun tak dapat membantu...hanya tidur je boleh kurangkan sakit tapi tu pun takes time nak terlelap.....selepas tu saya kembali sihat.....

0 comments:

Post a Comment


up