Apa Yang Dinanti Telah Sempurna


Akhirnya berakhir sudah penantian kami. Tak lama lagi bolehlah duduk di rumah sendiri sebab benda paling utama dalam rumah tu sudah pun siap. Tanpanya memang tak complete hidup kami sekeluarga dalam rumah tu terutamanya untuk si isteri. Lagipun kat situ la isteri nak tunjuk skill nya yang hebat (perasan)...........(*______*)


TADAAAAAAAAAAAAAA.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Dry Kitchen


Wet Kitchen


Maka dengan ini isteri-taat-setia kena la memasak dengan sepenuh hati dan menggunakan segala kelengkapan dengan bersungguh-sungguh. Jangan risau suami, isteri dah ada banyak menu-menu baru yang akan dicuba nanti....hehehe.

Bagi pendapat i kalau nak masuk rumah baru wajib ada kitchen cabinet dulu. Benda lain tak de pun boleh hidup lagi tapi kalau tak de dapur memang kucar-kacir hidup. Nak siapkan dapur je pun dah ambil masa sebulan, pasang dapur pulak dalam masa seminggu. So kalau dah masuk rumah dulu sebelum dapur siap memang terganggu sikit la kehidupan dalam rumah tu. Mana taknye...pekerja-pekerja tu nak datang buat kerja. Kan tak seronok kalau ada orang luar keluar masuk rumah kita, dah tu habuk tak yah cakap la kan...Tambah pula wet kitchen i buat concrete counter top, maka kerja-kerja concrete ni kena la buat kat site. Nak pasang tiles lagi sebab dapur kami memang tak de wall tiles.

Secara keseluruhannya i berpuas hati dengan IRIZ DECO ni. Boss dia pun sangat baik, dah macam kamceng dengan suami daku. Lagipun sempena buat dapur ni boss IRIZ ni bagi free gift kat kami Spoon Tray, LED Lighting dan Dish Rack. Terima kasih daun keladi la En. Shah..........hehe. Pekerja-pekerja dia pun buat kerja kemas dan bersih sebab bila dah habis semua kerja, diorang vakum balik habuk-habuk tu. So tak la teruk sangat kami nak bersihkan balik rumah tu nanti. Lagipun sebelum buat dapur tu, memang dah sental habis-habisan segala kekotoran, kali ni just sapu dan mop je lah. Dah bersih rumah mula la aktiviti mengangkut barang.

TETAPI.......

Aktiviti membersihkan rumah terpaksa ditangguhkan dulu sebab suami telah kembali ke UPM. Target nak angkut barang dalam hujung bulan ni dan InsyaAllah awal bulan Mei akan berpenghuni la rumah itu.

Bagi mereka-mereka yang beli rumah di Kedah dan Perlis, yang masih tercari-cari nak buat kat mana kitchen cabinet boleh la melawat website ni....

http://www.irizdeco.com/



p/s : nak masuk rumah tapi curtain tak de lagi......owhhhh noooooo



2 comments:

eenasuzira abdullah said...

Santek soomel sungguh. Selamat menghuni rumah sendiri;)

Nuha Adnan said...

biasa-biasa jer...:)
tak sabar dah ni nk menghuni rumah sendiri..

Post a Comment


up