Papa dan minatnya


Sekarang ni papa dah ada hobi baru....BERBASIKAL....dah beli pun sebijik. Selama ni asyik sebut-sebut je nak basikal 24/7, so i pun tak kisah. Lagipun itu duit hubby + dah banyak barang yang hubby beli untuk kami anak beranak. Kali ni beli la untuk diri sendiri pulak. Semangat hubby bertambah berkobar-kobar nak beli basikal ni bila dah jumpa geng nak berkayuh sesama. Diorang selalu berbasikal kat area Putrajaya, on road saja la....belum tahap nak memanjat-manjat gunung lagi.

Kat Putrajaya sekarang pun dah ada tempat untuk aktiviti-aktiviti berbasikal ni, dah sedia track berbukit-bukit untuk mereka-mereka yang minat aktiviti mencabar...PUTRAJAYA CHALLENGE PARK...tapi tak boleh la minat saja, basikal pun kena meletups jugak. Kalau tak, semput la nak berkayuh kat kawasan berbukit tu. Dah nama pun basikal meletups, duit pun kena seiring dan sejalan la jugak. Kalau basikal nak pergi sekolah tu, ye la murah....tapi basikal untuk aktiviti-aktiviti macam ni jangan harap la nak dapat murah; harga boleh mencecah belas-belas dan puluh-puluh ribu.

Basikal papa (tak de la sampai berbelas-belas ribu)

Sebelum ni i pernah tanya hubby kenapa tetiba nak berbasikal pulak....Kebanyakan orang nak DSLR tapi dia nak basikal. Hubby cakap dia nak aktiviti bersukan, nak bagi fit balik badan. Nak berjogging kadang-kadang tu tak terbuat pulak. Ada basikal ni boleh juga berkayuh sorang-sorang kat area Bukit Mahkota tu. Lagipun hubby memang bukan kaki ambil gambar, so taknak bazir duit untuk DSLR....(tersedih mak cik ini mendengar....bye bye DSLR)

Papa dan basikalnya

Selamat berkayuh papa....Mummy menyokong dari belakang....;)



0 comments:

Post a Comment


up