Amni Dayani : 4 months old

Tetiba penyakit rajin nak mengupdate blog datang pulak...so layankan je la. Mungkin sebab amni pun dah tak perlu extra attention, dah besar pun anak mak.

Dah 4 bulan pun puteri-comel kami.

Baru kali ni mummy nak update pasal u, si puteri..Dah 4 bulan ni belum ada tanda-tanda nak meniarap lagi cuma dah pandai mengiring ke kiri dan kanan dengan sendiri. Kadang-kadang tu nampak gak dia berusaha sorang-sorang nak pusingkan badan tapi belum berhasil lagi. Takpe...takes your time darl.

Dia paling pantang nampak mummy, tengok mummy macam nak telan pun ada. Tak lepas la pandangan tu dari kelibat mom. Kalau tinggalkan dia sorang-sorang ok je tapi bila mummy lalu je terus merengek manja. Ini budak juga sangat banyak mulut; macam-macam bunyi comel keluar dari mulut dia. Apa yang dibebel pun tak tau la. Dan yang paling penting sangat pemurah dengan senyuman #boleh cair tengok senyuman kamu anak#

Seorang bayi yang sangat mudah dijaga, tak banyak ragam. Hanya akan meragam bila tidur tak cukup #Insiden yang berlaku di hari raya aidilfitri yang pertama - mengamuk sakan dan menyebabkan kami sekeluarga tak berhari raya ke mana-mana. Hanya di rumah sendiri, menidurkan si puteri. Yang paling sedih, tiada gambar raya...sobs#

Disebabkan mummy kembali ber-anak kecil, dah malas nak ke mana-mana. Kalau pergi shopping mall pun, tiada lagi aktiviti meronda...terus ke tujuan utama. Ambil barang-bayar-balik. Malas nak berlama-lama sebab my baby still bf dan sangat tidak boleh menerima botol lagi..*pening mak.


Lastly....we really love u, dear....u already completed our family....mmmmuuuaaahhh

0 comments:

Post a Comment


up