Konvokesyen Papa

Alhamdulillah

dan

TAHNIAH hubby

kerana telah selamat berkonvo bagi

Master Innovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan
( 14-10-2012 )




Mulanya memang tak plan pun nak pergi konvo tu...hubby macam nak ke taknak pergi kan. Kejap nak pergi, kejap tak nak pergi...i mana-mana pun voleh jer. At first dia kata tak nak pergi dan nak minta tolong kawan ambilkan je sijil tu tetiba dalam 2,3 hari je lagi nak konvo dia kata nak pergi pulak sebab tak nak susahkan kawan dia. Lagipun jubah semua kawan dia dah tolong ambilkan dan bayaran pun dah dibuat...kau pergi ke tak konvo, Rm 200 wajib dibayar...i bab berholiday ni laju je la.

Kami bertolak Sabtu pagi, konvo hari Ahad petang dan balik hari Selasa pagi. Lagipun dah lama tak buat lawatan ke rumah my sis kat Bangi tu. Boleh la bawak budak-budak ni ke luar negeri sama, menempuh 6 jam perjalanan yang dah lama ditinggalkan...hehe.

Hari konvo tu kami anak-beranak tak pergi pun, stay rumah my sis je. Bukan tak support suami tapi mengenangkan anak kecil yang nak tidur je tu, kesian pulak nak mengusung time tengah panas terik. Dengan abang pulak pantang boleh jejak tanah, satu UPM tu dia meronda nanti, mati mak nak mengawal keadaan. Lagipun hubby memang tak nak bawa budak berdua tu sebab majlis tu dalam 3-4 jam, kesian diorang nak menunggu. Nasib baik la kawan dia pun bersendirian gak, so diorang pergi la berdua...









Esoknya sebelum hubby pulangkan jubah, kami sekeluarga bergambar di studio. Studio kat UPM tu je...senang cerita. At least ada gak la gambar kenangan sefamily....Tak sempat pun nak pegi pesta konvo walaupun teringin sangat, mengenangkan amni yang dah ketiduran malas la nak pegi mana-mana pun. Terus pecut balik rumah kakak. Esoknya lepas budak-budak dah bangun baru kitorang gerak balik kedah...Bye bye KL, tak tau la bila nak datang lagi....wahahaha.....












0 comments:

Post a Comment


up