Mari Belajar Cupcakes


Hai...ni last week punya citer. Walaupun dah basi, baru sekarang berpeluang nak update blog. Sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu hari-hari update blog pun boleh sampai tak tau dah nak tulis apa. Tapi sekarang sudah berbeda. Weekdays je mesti dah malas nak mengadap lappy bila kat rumah sebab dah puas main fb masa kat office...wahaha #punya la tak buat kerja, asyik berfb jerh...eh eh tak, ni aktiviti sampingan je..hehe. Time weekend ni la baru nak jenguk blog rakan-rakan dan juga blog sendiri.


So, last week; Jumaat-Sabtu i pegi kursus membuat kek cawan, muffin dan dekorasi kat KKBDA (kolej komuniti). I tau pun dari zura (ex-JSB), dia kerja kat Unit Kursus Pendek kolej tu. Apalagi, dengan semangat yang kental, i cargaskan diri pergi kelas tu...#kan hakak nak sangat belajar cupcakes, kena bersungguh-sungguh la..


First day masuk kelas i dah macam nak pitams...(jangan gelak uooollsss..hehe). Start kelas sewajibnya cikgu buat demostrasi dulu, haa time tu la bila semua berkumpul ramai-ramai kat meja cikgu tu i dah mula rasa berpeluh-peluh, pandangan pun macam dah nak gelap je. Nasib baik la ada satu kerusi kat tepi, terus i pegi duduk. Macam segan jugak la, first day kan mesti semua orang excited nak belajar benda baru tapi i dah terjelepuk kat tepi tu...(hakak kan ibu mengandung...hehe). Tak sanggup hoccay mencipta rekod tahun 2012, first day kelas dah ada peserta pengsannn...no no no. Lepas demo, peserta la pulak kena buat sendiri dalam kumpulan. masing-masing. Nak buat kek cawan ni macam kita buat kek biasa je. Apa yang penting....KERJASAMA!!! eh bukan...apa yang penting cara nak menghias tu. That's why i nak sangat belajar.

First day tu agak penat jugak la. Nama pun kelas memasak, sepanjang hari la kena berdiri. Aduhai...berdenyut-denyut tumit i. Rasa macam lambat je masa berjalan, i nak duduk...huhu. Tapi i curi-curi jugak la duduk kejap, tak mampu la ibu mengandung nak berdiri lama-lama. Bila second day class dah macam rileks sikit sebab basic dah belajar masa first day. So cikgu pun suruh kitorang terus buat, tak perlu demo-demo dah. 2 hari kelas tu kitorang belajar 2 jenis cupcakes dan 2 jenis muffin serta deco untuk cupcakes. Yang penting dapat sijil...hakak suka ;)

Gambar hanya di ambil masa second day...tu pun snap gitu-gitu je...


ahli group i


masing-masing tekun buat kerja


cupcakes oren sebelum dihias


cupcakes oren dan muffin; setiap ahli kumpulan dapat
sama banyak


peserta-peserta lain



yang tengah tu la cikgu untuk kursus ni


tengah prepare untuk buat deco cupcakes


hasil seni cikgu


Hasil seni hakak???? Gulp...............tak perlu la ditayang kat sini sebab 'terlalu sannnnteeeeeekkk' kannnnn....hahaha. Maka 2 hari tu kenyang laki i makan cupcakes dan muffin...;)

0 comments:

Post a Comment


up