Feb
Sunday,
5,
Salam Maulidur Rasul
sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Hari ni banyak la kenduri-kendara berlangsung tapi kami hanya ada 2 jemputan je pun...kenduri kahwin dan majlis pertunangan. Dua-dua majlis di Jitra je, so tak de la nak rushing bagai. Relax and steady je....
Lepas zohor baru gerak ke majlis kahwin dulu di Darulaman Golf Club. Pasangan pengantin ni kawan hubby masa study kat UPM; Yunie & Wandi. Kitorang tak duduk lama pun kat majlis tu. Makan, bergambar dan terus gerak ke majlis pertunangan pulak.

Majlis ni majlis pertunangan sepupu hubby (anak mak su). Kitorang sampai pun majlis dah nak habis. Kiranya selepas semua dah selesai la; berbincang, menyarung cincin dan rombongan pun dah kenyang isi perut. Yang belum selesai aktiviti bergambar je, so sempat la snap gambar Mashitah dan tunangnya. Time ni Iman dah mula start buat perangai sebab mengantuk. Tak berapa nak menghayati makanan tapi mom sempat makan nasi, tu pun makan macam tak kunyah terus telan je. Papa dah tak lalu nak makan sebab Iman dah meraung-raung tak nak kat orang lain. Dah jadi camtu, terpaksa la balik dulu. Tapi memang rezeki kami, dah datang last-last ni memang time orang bungkus lauk. Dapat la sebungkus nasi + lauk untuk makan malam. Mom pun tak perlu masak....yeeaaaayyyy. Dasar pemalas kan...hehe. Lagipun hubby tak sempat nak merasa lauk tadi. So tak de la kempunan sangat....alasannnn...
Kepada pengantin; Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh.
Kepada yang bertunang; Selamat Bertunang. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke jinjang pelamin dan hubungan diberkati Allah.
Kepada yang bertunang; Selamat Bertunang. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke jinjang pelamin dan hubungan diberkati Allah.
0 comments:
Post a Comment