Feb
Thursday,
2,
Tahun 2012 bermula dengan rezeki untuk anak...Walaupun sebenarnya kredit to mom tapi mom anggap itu sebenarnya rezeki untuk anak-anak. Alhamdulillah.
Sekarang ni kena membiasakan diri menjadi ibu bekerjaya. Ye doa i untuk kembali bekerja sudah dimakbul Tuhan. Terima kasih Allah kerana memurahkan rezeki kami untuk tahun ini. Setelah sekian lama menjadi suri rumah tegar (lebih kurang 2 tahun), sekarang kena mengulit kerja-kerja pejabat pula setelah mengulit anak. I anggap ini sebagai permulaan karier di Kedah. Kalau ada peluang di tempat lain dan diberi tawaran yang lebih baik, seharusnya dicuba. Sejujurnya dan seboleh-bolehnya memang tak nak kerja firm lagi dah. Kalau boleh memang nak bertukar bidang sikit. Tapi nampak gayanya memang belum rezeki ke bidang yang diimpikan. Lagipun nak bekerja di Kedah ni pun bukan main susah. Peluang pekerjaan pun tak sebanyak di KL. Buka je jobstreet atau mudah.my memang akan diselubungi kehampaan.
Actually company baru ni pun bukan la company ID, kebanyakan jobs diorang graphics design. Baru-baru ni je ada jobs ID masuk, sebab tu diorang perlukan Interior Designer. So mereka-mereka yang bekerja dalam bidang ID ni tahu la kan bila kena buat design dalam company yang tak de basic ID. Ooowwwhhhhh...sangat mencabar minda. Dah la satu habuk buku revision pun tak de, sample material ape tah lagi...hati mak luluh di situ. Tetiba rindu Skala...(time kena stay back @ kerja weekend terus lesap kerinduan itu....hehe). Environment kerja kat situ pun tak berapa nak menambat hati sangat tapi kena berjiwa kental untuk sementara waktu. Sambil-sambil tu still mencari kerja yang lebih ummmpphhhh. Kadang-kadang terlintas juga kat kepala otak ni kenapa dulu masa pegi interview untuk jawatan yang i idam-idamkan, i tak buat yang sehabis baik. Masih rasa terkilan sampai sekarang....tsskkk tssskkk. Tapi semua tu dah menjadi sejarah, tak guna dah nak menyesal. Memang tak de rezeki untuk jawatan tu pun...;(
Kalau la laki hakak bergaji belas ribu, sumpah hakak dok rumah je...buat cupcakes (retissss ke nak bercupcake??? i nak pegi belajar la ok.......;P). Tapi memandangkan banyak lagi hutang piutang keliling pinggang, terpaksa la mentanam niat di situ. Hubby cepat la jadi Professor....mak aih permintaan, ingat macam beli goreng pisang ke????
Kesimpulannya i tak de lah over excited sangat dengan kerja baru ni....hahaha. Ok bye uooollsss.
0 comments:
Post a Comment