Mission Accomplished


Bertarikh 27 Oktober dengan selamatnya i menghadiri interview kat Putrajaya. Bertemankan my 'iron lady' Mom (sebab mom yang drive dari Kedah ke KL) dan juga ibu mertua. Semua dalam kereta wanita-wanita belaka.Mom ajak ibu mertua sebagai penguat semangat, mana la tau on the way ke sana ter'sakit' ke, tak de la my mom ter'gelabah' sengsorang tapi alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang tanpa ada aral yang melintang. Mungkin juga berkat berdoa siang malam supaya tak terjadi perkara tak diingini sepanjang perjalanan.

Kami bertolak dari Kedah 26 Oktober jam 8.00pagi dan dalam pukul 1.30petang dah sampai ke Bangi, rumah kakak. Tidur rumah dia sehari dan esok pagi-pagi; dalam pukul 8.30pagi dah gerak ke Putrajaya tapi sebelum tu sempat lagi sarapan di kedai sebab interview pukul 10.30pagi. Lepas isi perut terus ke destinasi utama. Terus pegi amik pas nak masuk ke Jabatan Perdana Menteri dan terjumpa seorang junior i, ada la kawan kan nak sembang...hehe...Malas nak cerita banyak-banyak apa yang ditanya masa interview tapi i pun tak tau nak cakap i rasa boleh dapat ke tak jawatan ni. Hanya mampu berserah dan berdoa setelah berusaha. Cakap lebih-lebih nanti jadi macam lain pulak, kan dah tak seronok. Kalau ada rezeki tu ada la.

Lepas dah habis interview dalam pukul 12.00tengah hari, kitorang pun terus bertolak balik. Kali ni suami tercinta pun ikut balik sekali. Sempena study week dan juga nak tunggu baby kami keluar. Memang buat macam KL tu sebelah Kedah je; pegi hari ni esok dah balik....HAHA.

Sekarang ni hanya duduk di rumah menunggu tanda-tanda nak bersalin tapi sampai sekarang tak de apa-apa pun lagi. Dah 39weeks 3days, baby masih seronok di dalam perut mummy. Come out baby...let see Mummy and Papa.



0 comments:

Post a Comment


up