Antenatal Check-up @ Weeks 34


Seperti biasa, rutin bulanan kini dah bertukar menjadi rutin mingguan....IAITU....antenatal check-up. Tapi kali ni ditemani ibunda tercinta sebab appointment hari Jumaat. Encik suami tak dapat pulang dan bersama-sama melihat anaknya sebab kelas dia time weekend. Kalau UPM tu kat Pulau Pinang, boleh la nak balik hari tapi apakan daya UPM di Selangor beb...Kali ni bersepakat dengan suami nak buat appointment hari Jumaat sebab di akhir-akhir kehamilan kekerapan bertemu doktor akan menjadi rutin mingguan. Kalau dah setiap minggu nak kena jumpa doktor, tak dapat encik suami nak balik setiap minggu. Macam kesian pulak, mana dengan nak siapkan assignment + exam dah nak dekat...terpaksala berkorban. At least hari Jumaat tu boleh minta ibunda temankan. Tak de la i sorang-sorang nak kena drive ke PMC.

Jadi first time appointment bawa ibu instead of hubby...HUHU...Seperti biasa kena membuang air kecil dulu untuk lab test. Kemudian dipanggil masuk.

Encik Doktor : Ha...masuk-masuk...masuk Guru Besar (Doktor kenal ibu sebab parents dia kenal dengan ibunda....) Macam mana? Sihat ke?
Puan Diri : Sihat...

Seperti biasa check darah...

Encik Doktor : Darah naik ni...tadi naik tangga ke? Tak kan...naik lif kan...Tak kan takut kot, selalu je datang check-up...
BP : 150/90
Weight : 65kg (tak naik dari last check-up)

Dan Scan...semuanya sihat, yang tak sihat adalah darah i...Seriously dari dulu sampai sekarang kalau scan 2D i tak tau apa yang i nampak. Kalau 3D tu sah-sah la boleh nampak kaki, tangan, muka secara jelas dan jitu. Ini suami yang lebih terror; ni bahagian mana, tu bahagian mana.
Kalau i, baru je nak meneliti gambar anak kat screen tu dengan sepantas kilat doktor dah tunjuk bahagian lain pulak. Sekarang ni takde dah nak scan 3D, sekali je sepanjang preggy, tiap kali check-up scan 2D je..."Haish...mummy tak reti tengok kamu la sayang. Tak pe lepas sayang keluar, mummy tengok sayang tanpa jemu ye"

Encik Doktor : Lepas ni saya kena pantau BP. Kalau maintain naik, kena bersalin awal @ 38weeks.
Puan Diri : Kalau bersalin awal kena induce ke?
Encik Doktor : Ye...kena masuk ubat.
Puan Ibu : Kalau 38weeks, hujung bulan Oktober ke?
Encik Doktor : Emmm (sambil membelek kalendar)....Ye.
Puan Diri : Sebab pe ye darah naik? Sebab pemakanan ke?
Encik Doktor : Tak jugak...Ada sesetengah orang, awal-awal lagi darah dah naik, ada orang dekat hujung kehamilan baru nampak darah naik...ni nampak macam tanda-tanda darah naik je.

My Mom pun macam pelik sebab sejarah kehamilan dia tak de pulak dapat darah tinggi masa preggy. Macam mana i boleh ada pulak tapi setiap orang lain-lain experience mengandungnya. Sekarang kena menjaga pemakanan dan banyakkan exercise (exercise yang sesuai untuk preggy mom). Katakan tidak pada makanan bersantan, daging dan makanan lemak berkrim. Kena banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta oat pulak.

Baby pun sekarang dah berada dalam kedudukannya (kepala dah ke bawah dan ditempatnya). Tak akan berpusing lagi......Alhamdulillah. Doktor kata baby tak turun lagi tapi makcik i kata dah turun...emmm mana-mana je la asalkan i dapat bersalin dengan selamat cukup la.

Selingan : Tahniah kepada Eena & Zaff dengan kelahiran PUTERI sulung mereka pada 30 September 2010 seberat 3.1kg pada pukul 2.51ptg di Hospital Umra secara cesarean.



2 comments:

min said...

sabar ye nuha.. dugaan ibu mengandung ni mcm2.. kdg2 mmg darah boleh naik bcoz of family history.. its in our gene nak wat camanakan.. sabar jela.. mcm min pun kena check bp and weight every 2 days per week ms hujung2 kehamilan.. tapi alhamdulillah takde apala.. moga2 selamat bersalin ye..

Nuha Adnan said...

tu la...harap2 semuanya sihat & selamat...Thanks..:)

Post a Comment


up