Antenatal Check-up @ Weeks 37


"37weeks adalah masanya baby dah matang. So bila-bila masa saja boleh bersalin". Itu la ayat pertama yang keluar dari mulut Dr Annuar masa buat check-up baru-baru ni. Fuuhh.....sekarang bakal menghitung hari bila baby mau keluar. Sempat juga meluahkan keresahan hati kat doktor pasal nak pegi interview 27 Oktober ni. Doktor cakap selagi tak bersalin tak de masalah i nak ke Putrajaya. Dari sini lebih kurang 5jam dah boleh sampai. Pegi sehari sebelum, lepas interview dah boleh balik (memang seperti yang kami rancang) TETAPI.....ada tapi jugak.....kalau sakit 26 Oktober, itu memang tak boleh nak buat apa la. Doktor pun cakap even kalau selepas bersalin nak pegi interview pun tak de masalah. Pegi interview je kan. Ada 2 pilihan di situ tapi pilihan tu bukan terletak di tangan i. Terletak pada yang Maha Esa. Dia yang akan tentukan bila la si kecil ni nak keluar.


"Kalau mummy diberi pilihan, sayang keluar la sebelum mummy pegi interview. At least mummy tak de la risau nak terbesalin kat mana-mana nanti. Mummy pun boleh pegi interview dengan senang hati bila sayang dah ada depan mata. Tapi rasanya sayang macam tak nak keluar pun lagi. Seronok sangat ke duduk dalam perut ni?"


Check-up kali ni Alhamdulillah darah i dah kembali normal; 130/80. Dah tak tinggi macam sebelum ni. Mungkinkah berkat makan belimbing besi, epal hijau, oat dan kurangkan pengambilan makanan berlemak dan nasi? Tapi memang orang cakap kalau makan belimbing besi baik untuk darah tinggi. Lagi masam, lagi bagus. Sekarang pun still makan epal hijau dan malam kurang makan nasi tapi diganti dengan milo beserta oat. Memang mengenyangkan. Tak perlu risau terjaga di tengah malam sebab kelaparan. Terjaga sebab nak ke tandas memang tak dapat disangkal lagi la. Scan kali ni pun untuk check kedudukan bayi dan air ketuban, semuanya dalam keadaan baik.


Next appointment seminggu dari sekarang. Time tu air ketuban akan dipantau pulak tapi kalau ada tanda-tanda turun darah atau air ketuban pecah, boleh terus datang ke PMC. Check-up pun berakhir untuk kali ni.


** Kalau i tak bersalin lagi masa nak pegi interview, boleh tak nak bawak doktor sekali? Engkau ingat engkau sapa.....artis Hollywood ke? Nak bawak private doktor....HAHA. Lain la suami kau doktor, memang kena bawak sekali...(tersenyum sinis)



0 comments:

Post a Comment


up