Hadiah dari Mak Tok


Tengok sayang...mak tok bagi apa kat sayang. Yezza a bedding set untuk anak mummy ni. Bukan setakat bedding set, dengan bakul-bakul sekali mak tok siapkan. Yang tak tahan tu bakul sampah pun dibalut cantik. Ala sayang la mummy nak buang pampers baby nanti. Dah dibagi mummy ambil je tanpa segan silu. Serba kebiruan...Corak-corak ni semua mak tok yang pilih ok. Mummy tak terlibat langsung.


Bakul baju + bakul lotion & bedak + bakul sampah

Setahu mummy memang mak tok nak buat bedding set (sarung tilam + sarung bantal) yang baru sebab tilam kekabu baby memang dah ada. Sejak dari cucu pertama lagi dah tersedia tilam tu, empuk tau untuk baby mummy tidur dengan nyenyak. Tengok-tengok semalam mak tok balik kerja dengan kedua-dua tangan bawak beg plastik. Bila buka ja mummy macam ter'surprise'.....HAHAHA. Macam-macam ada.....Sarung untuk masukkan kekabu pun dah tersedia sekali. Lepas ni kena pegi cari kedai yang jual kekabu, minta diorang sumbatkan kekabu dalam sarung tu dan bolehla mummy guna sarung bantal biru tu. Maka siap la tempat tidur baby.


Bedding set baru


Sarung nak letak kekabu


Last but not least, barut yang ditempah pun ada sebab mak tok kata barut yang mummy beli tu kecik untuk perut baby. Punya la nak menjaga baby dari kembung perut. Habis tu barut yang mummy beli tu nak buat apa? Tak pe la mummy buat je la apa yang patut...HEHE. Tapi barut ni best sebab kain cotton tak de la baby berpeluh-peluh nanti.


Barut


So, bila dah besar nanti jangan lupa cakap THANKS kat mak tok. Yang paling penting sayang mak tok macam mana mummy sayang mak tok tau. Mummy dan Papa mewakili Baby ucap terima kasih yang tak terhingga kat mak tok. Bukan sebab bagi hadiah je tapi sebab menjaga mummy dan baby sepanjang papa pegi menuntut ilmu. Lepas ni pun kena menjaga kami lagi T________T


We LOVE You, MAK TOK......:)



0 comments:

Post a Comment


up