Kerunsingan


Dua hari lepas mendapat surat panggilan temuduga di Putrajaya pada 27 Oktober 2010. Yang menjadi kerunsingan sekarang ni sebab tarikh tu memang tarikh yang sangat-sangat genting untuk i bersalin. Kiranya bila-bila masa pun baby boleh keluar. Jangkaan bersalin 5 November 2010 tapi cepat lambat tu semua urusan Dia. Hanya mampu bertawakal sahaja. Kalau tak pergi rasa macam rugi pulak. Mana tau ini rezeki yang bakal Allah beri kepada ibu dan anak. Keluarga dan keluarga mertua pun memberi galakan dan sokongan supaya i pegi interview tu. So planning akan ke KL bersama My Mom sehari sebelum interview dan selepas interview terus cabut balik Kedah. Pegi KL semata-mata untuk interview sahaja dan terus balik berehat dan menanti 'kedatangan' bayi di rumah.



Walauapapun i akan minta pendapat Doktor dulu masa check-up akan datang ni. Tak sanggup nak menanggung risiko kalau apa-apa terjadi. 9bulan mengkandung bayi, memang tak mahu sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Sekarang ni i hanya mampu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan selamatkan perjalanan kami kelak. Jangan la terbersalin kat tengah-tengah highway...huhu. Apa yang penting i berharap sangat dapat bersalin di PMC. Bukannya apa kalau terbersalin kat KL, i dah la tak buat buku merah kalau nak bersalin kat hospital kerajaan, nak pegi hospital swasta at least kena sekali buat check-up kat hospital tu. Itu yang susah hati tu tapi dah cakap kat baby suruh dia keluar lepas mummy pegi interview dan bersalin kat Dr. Annuar. Ok baby?? Baby dengar cakap mummy kan.....


Dah...tulis sikit-sikit sudah. Pegi study pulak, nanti bila penemuduga tanya tak tau pulak nak jawab. Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin.




1 comments:

i_am_the_missbabble said...

27 0ctober memang sangat penting..haha..sbb birthday kami..jangan lupa buat seprais..hahahah

Post a Comment


up