Cupcakes : Fondant


Cupcakes untuk hantaran
16 pcs - RM 65
Thanks to Farizuan







Berminat??
Boleh contact saya di 
019 - 418 1129
(nuha)






Konvokesyen Papa

Alhamdulillah

dan

TAHNIAH hubby

kerana telah selamat berkonvo bagi

Master Innovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan
( 14-10-2012 )




Mulanya memang tak plan pun nak pergi konvo tu...hubby macam nak ke taknak pergi kan. Kejap nak pergi, kejap tak nak pergi...i mana-mana pun voleh jer. At first dia kata tak nak pergi dan nak minta tolong kawan ambilkan je sijil tu tetiba dalam 2,3 hari je lagi nak konvo dia kata nak pergi pulak sebab tak nak susahkan kawan dia. Lagipun jubah semua kawan dia dah tolong ambilkan dan bayaran pun dah dibuat...kau pergi ke tak konvo, Rm 200 wajib dibayar...i bab berholiday ni laju je la.

Kami bertolak Sabtu pagi, konvo hari Ahad petang dan balik hari Selasa pagi. Lagipun dah lama tak buat lawatan ke rumah my sis kat Bangi tu. Boleh la bawak budak-budak ni ke luar negeri sama, menempuh 6 jam perjalanan yang dah lama ditinggalkan...hehe.

Hari konvo tu kami anak-beranak tak pergi pun, stay rumah my sis je. Bukan tak support suami tapi mengenangkan anak kecil yang nak tidur je tu, kesian pulak nak mengusung time tengah panas terik. Dengan abang pulak pantang boleh jejak tanah, satu UPM tu dia meronda nanti, mati mak nak mengawal keadaan. Lagipun hubby memang tak nak bawa budak berdua tu sebab majlis tu dalam 3-4 jam, kesian diorang nak menunggu. Nasib baik la kawan dia pun bersendirian gak, so diorang pergi la berdua...









Esoknya sebelum hubby pulangkan jubah, kami sekeluarga bergambar di studio. Studio kat UPM tu je...senang cerita. At least ada gak la gambar kenangan sefamily....Tak sempat pun nak pegi pesta konvo walaupun teringin sangat, mengenangkan amni yang dah ketiduran malas la nak pegi mana-mana pun. Terus pecut balik rumah kakak. Esoknya lepas budak-budak dah bangun baru kitorang gerak balik kedah...Bye bye KL, tak tau la bila nak datang lagi....wahahaha.....












Amni Dayani : 4 months old

Tetiba penyakit rajin nak mengupdate blog datang pulak...so layankan je la. Mungkin sebab amni pun dah tak perlu extra attention, dah besar pun anak mak.

Dah 4 bulan pun puteri-comel kami.

Baru kali ni mummy nak update pasal u, si puteri..Dah 4 bulan ni belum ada tanda-tanda nak meniarap lagi cuma dah pandai mengiring ke kiri dan kanan dengan sendiri. Kadang-kadang tu nampak gak dia berusaha sorang-sorang nak pusingkan badan tapi belum berhasil lagi. Takpe...takes your time darl.

Dia paling pantang nampak mummy, tengok mummy macam nak telan pun ada. Tak lepas la pandangan tu dari kelibat mom. Kalau tinggalkan dia sorang-sorang ok je tapi bila mummy lalu je terus merengek manja. Ini budak juga sangat banyak mulut; macam-macam bunyi comel keluar dari mulut dia. Apa yang dibebel pun tak tau la. Dan yang paling penting sangat pemurah dengan senyuman #boleh cair tengok senyuman kamu anak#

Seorang bayi yang sangat mudah dijaga, tak banyak ragam. Hanya akan meragam bila tidur tak cukup #Insiden yang berlaku di hari raya aidilfitri yang pertama - mengamuk sakan dan menyebabkan kami sekeluarga tak berhari raya ke mana-mana. Hanya di rumah sendiri, menidurkan si puteri. Yang paling sedih, tiada gambar raya...sobs#

Disebabkan mummy kembali ber-anak kecil, dah malas nak ke mana-mana. Kalau pergi shopping mall pun, tiada lagi aktiviti meronda...terus ke tujuan utama. Ambil barang-bayar-balik. Malas nak berlama-lama sebab my baby still bf dan sangat tidak boleh menerima botol lagi..*pening mak.


Lastly....we really love u, dear....u already completed our family....mmmmuuuaaahhh

Perancangan Keluarga

x




Setelah melahirkan 2 orang anak yang jarak umur terlalu hampir, 1 tahun 7 bulan...maka untuk kali ni memang kena planning betul-betul. Tidak boleh bergantung kepada natural planning kerana mungkin akan ter'accident' lagi. Bukan tidak berminat ber-anak ramai tetapi perlu juga memberi perhatian kepada keadaan persekitaran.
  • Pertama-tama sekali tentulah untuk memulihkan secara sepenuhnya kesihatan ibu itu sendiri..bukan la sekarang ni i ada penyakit teruk selepas bersalin anak ke-2. Secara logiknya bahagian dalaman kita iaitu rahim memerlukan masa untuk kembali pulih, 40minggu kot bayi hidup senang-lenang dalam tu. So bagi la masa untuk rahim berehat sama.
  • Sudah semestinya nak memberi sepenuh perhatian kepada kedua-dua anak. Biarlah Amni dah faham bahasa dulu sebelum nak beradik lagi. Sekarang pun sangat mencabar ok membesarkan toddler yang tak faham bahasa dan juga seorang bayi. Kadang-kadang kesian abang, adik lebih banyak mendapat perhatian mummy sebab dia fully breastfeed dan sikit-sikit; abang, jangan bising adik nak tidur; abang, jangan lari nanti kena adik..itu tak boleh, ini tak boleh..kesian abang. Time nak membesar ni la macam-macam nak explore kan tapi ada je yang tak boleh..Sekarang dah tak strict sangat sebab adik pun dah besar, dah pandai main...'abang, sabar sikit lagi ye sayang...nanti adik dah besar boleh main sama-sama. No more a big NO from mummy-papa..
  • Lastly adalah kerana papa akan sambung belajar LAGI...tak boleh ganggu student dengan tangisan bayi-kecil-comel buat sementara waktu
Maka kali ni i memang ambil pil perancang keluarga. Memang agak leceh sebab kena sentiasa ingat untuk makan ubat dan tak boleh terlewat tapi kena belajar mendisiplinkan diri. Tak mau pisang berbuah dua kali..i makan pil ni dah 2 bulan. So far tak de la kesan sampingannya. 

Pernah gak terfikir nak pakai implanon je. Even doc pun suggest implanon sebab ia 99.9% effective tapi mengenangkan kesan pengambilan implanon tu buat i fikir berjuta kali. Ia akan mengganggu hormon di mana period akan datang lebih lama dengan kadar yang sedikit atau  tak datang langsung..fakta ni memang dah dihighlight oleh doc sendiri. I  ada google gak nak tau kesan sampingan lain yang mungkin dialami...ada yang sampai migrain kauuu..terus laki hakak tak bagi pasang. Awal-awal tu dia pun suggest pakai implanon je sebab tak perlu la susah hati terlupa makan ubat kan tapi bila tau boleh sampai migrain terus cancel..ye la lain orang, lain kesannya tapi tak sanggup gak nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak pasang benda alah tu bukannya murah. Kalau tak sesuai dengan badan, nak kena buka pula. Kan dah membazir.

Rasanya i tak mungkin makan pil untuk jangka masa yang panjang kot. Just nak monitor Mr P datang on time dan mungkin lepas tu planning dengan mengira waktu subur kot. Actually takut gak makan artificial hormon ni lama-lama even doc kata takde side effect. Lagipun tak daya la nak menelan pil sampai 3 tahun tapi tak tau la camna lagi kan. I belum ada fixed decision lagi. So just follow the flow....adios

Kipas-susah-mati

Korang pernah tak tengok kartun oggy and the cockroaches?? Kartun tu pasal kucing yang selalu kena buli dengan 3 ekor lipas, tanpa kata-kata hanya aksi semata-mata...My son adalah peminat tegar kartun tu, even mummy-papa pun layan gak. Kami pun tak pasti sejak bila dan bagaimana iman boleh minat kartun tu. Kalau budak-budak lain suka layan upin-ipin atau boboboi, tapi dia tak berminat. Boleh la nak tengok seminit-dua, kemudian dia pergi main. Kalau dengan oggy ni memang terpaku je la depan tv tu, sunyi sepi...punya la menghayati. Tengok 4juta kali pun tak kisah...

Sampaikan bangun tidur cari oggy, nak tidur pun nak oggy...haissshh..nasib baik la channel cartoon kat astro tayang banyak kali gak la kartun nih...so tengok sampai lebam...kiranya oggy ni macam senjata kami la kalau tak nak dia kacau adik tidur ke, tak bagi dia menyibuk time tengah buat kerja ke....buka je kartun nih maka diam la dia...kehkeh. Tapi kadang-kadang tu bila timing tak betul, masa takde oggy la baru nak buat perangai kan....rasa macam aaargghhhh bila oggy nak ada nih...hoho

Oggy ni dah macam ubat penenang buat iman. Bila dia start crancky, bagi je tengok kartun ni terus pulih..amat mujarab..So papa dah download siap-siap kartun ni sebagai bekal bila keluar berjalan-jalan..itu la penangan oggy untuk anak sulung i...

                                                                 ini la rupa kartun tu

Pernah juga lak nak cari patung ni untuk iman sebab dah kipas-susah-mati sangat kan, tapi takde la pulak dijual. Kalau tak boleh la dia tidur dengan oggy sebab 24/7 asyik sebut oggy je...

Harta yang berharga




up