Happy 2nd Anniversary


12 December 2008


Tarikh keramat i dinikahkan dengan Mr Hubby. Menamatkan zaman anak dara pada usia 24tahun, terasa macam awalnya i kahwin. Tapi kalau dah bersedia dari segi mental dan fizikal, umur 18tahun pun dah boleh kahwin. Semua tu terpulang pada diri masing-masing dan yang penting kena ada rasa tanggungjawab.....pandainya bagi ceramah....

Sempena sambutan anniversary kami yang ke-2, maka i teringin nak mencoret serba sedikit tentang perkenalan kami. Lagipun sebagai kenangan dan ingatan di hari tua kelak. Masa muda ni otak tengah fresh, ingat lagi satu persatu detik perkenalan kami jadi apa tunggu lagi tulis je dalam blog. Memang untuk syok sendiri pun...HAHAHA. Kalau tak suka, tiada paksaan untuk membaca..*winks*

Perkenalan kami adalah melalui kawan sekolah menengah i; EJ merangkap sepupu Mr Hubby. Memandangkan masa tu masing-masing tengah frust menonggeng dengan 'cinta monyet', maka EJ pun kenalkan i dengan cousin dia. Mula-mula just kenal melalui sms dan telefon je, kiranya tak pernah bersua muka pun. Time tu i fikir apa salahnya kalau nak berkawan, tak semestinya kena berkahwin. Bermula la episod ber'sms' dan 'calling-calling'. Masa tu i keja kat Hartamas dan Mr Hubby keja kat Perodua Rawang. Setelah sekian lama kenal melalui handphone je, Mr Hubby pun ajak berjumpa. I pun tertanya-tanya dan nak tau juga, siapa la gerangan 'teman tapi mesra' ni.

Tanggal 7 September 2007
malam, kami pun berjumpa tapi bukan hanya 4 mata tapi 8 mata. Mr Hubby datang dengan EJ, i pulak bawa housemate i. Mula-mula planning suruh Mr Hubby datang ambil i kat rumah di Ampang tapi entah macam mana boleh tersesat pulak walaupun dah bagi direction.HEHE. Memang kalau orang tak biasa dengan area Ampang boleh konfius jugak dengan jalan yang bersimpang siur. Maka i kena la drive jumpa diorang yang dah selamat sampai kat area Victoria Station. Masa on the way nak ke sana, i dah berdebar-debar nak jumpa 'rakan' baru i ni. Handsome ke dia (handsome jugak yang difikir dulu), bergaya ke selekeh dan macam-macam lagi la yang berlegar dalam kepala otak ni. Bila dah jumpa tu, emm sedap juga dipandang mata i.HAHA...Kitorang pegi minum-minum kat restoran mamak area KLCC. Lepas dah sembang-sembang dan makan-makan kitorang pun balik. Mr Hubby pulak jenis yang pandai bersembang, tak de la i terkebil-kebil dan tersipu-sipu malu.

Dari mata turun ke hati. Disebabkan dah ada keserasian dan masing-masing suka sama suka, dengan rasminya kami menjadi pasangan kekasih pada 15 September 2007 (ingat lagi masa tu bulan puasa). Kami tak mengambil masa yang lama untuk mengikat tali pertunangan. Lima bulan bercouple, i pun menjadi tunangan orang pada 8 Februari 2008. Itu pun setelah keluarga Mr Hubby datang merisik masa Hari Raya Aidilfitri. Seriously i terkejut dengan risikan tu sebab Mr Hubby bagitau family dia nak datang rumah untuk berkenal-kenalan tapi rupa-rupanya ada agenda lain pulak. Satu family i macam tergamam. Ye la dah bagitau nak kenal-kenal dulu, kitorang pun tak de la nak expect lebih-lebih. Tapi walauapapun semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah bertunang selama 10 bulan, kami pun bernikah. Perhubungan kali ni memang sangat sangat sangat singkat. Tak mengambil masa yang lama untuk bercintan-cintun. Mungkin pengalaman mengajar segalanya. Sebelum ni bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun lamanya tapi kalau dah tak de jodoh tu tak kan naik pelamin jugak. Pengajarannya kalau rasa dia la insan yang mampu berkongsi susah senang bersama, tak perlu tunggu lama-lama....terus je masuk meminang (bagi yang berkemampuan). Nak kahwin sekarang ni bukannya senang, duit kena ada berkepuk-kepuk dulu baru boleh meminang anak dara orang. Anak dara zaman sekarang ni paling kurang pun kena sedia hantaran sebanyak RM10k. Itu tak kira lagi belanja kenduri sendiri, kalau parents sponsor lega la sikit. Kesian kan kat kaum lelaki; nak kahwin tapi duit tak cukup lagi...membebel lagi...

Tapi yang paling tak sangkanya kami sebenarnya belajar di matriks yang sama; Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Selama 1tahun di matriks memang sekali pun tak pernah bersua muka. Mungkin masa tu i belajar bersungguh-sungguh sangat kot sampai tak perasan orang di sekeliling. Mana taknya, sapa suruh SPM dapat sekadar cukup makan je. So, macam cover balik la kesilapan dulu. Lagipun kat matriks tu pun ramai sangat umat manusia, mana sempat nak perasan Mr Hubby masa tu.

Bak kata pepatah; Ikan di laut asam didarat, dalam periuk bertemu jua.

Nak mengabdikan detik-detik manis bergelar raja sehari.

Date : 12 December 2008
Venue : Lot 55 Taman Muhibah, Jitra
AKAD NIKAH





Date : 13 December 2008
Venue : Lot 55 Taman Muhibah, Jitra

RESEPSI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN




























Date : 14 December 2008
Venue : 123 Kampung Tengah, Telok Bagan, Alor Star

RESEPSI RUMAH PENGANTIN LELAKI












12 December 2010

Sudah 2 tahun kami menjadi suami isteri, terasa cepat je masa berlalu. Dah bermacam pahit manis hidup berkeluarga sudah dilalui bersama dan sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 ni kami telah dihadiahkan anugerah yang tiada nilainya, yang tiada galang gantinya.

IMAN ZUHAYR


To My Beloved Hubby
HAPPY 2nd ANNIVERSARY


Semoga kebahagiaan dan kasih sayang kita
berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

I LOVE YOU



0 comments:

Post a Comment


up