First Check-up Iman


Fuuhhhh.....sekarang ni bukan mudah nak meng'update' blog. Dengan si kecik ni yang kadang-kadang suka tidur-tidur ayam menyebabkan blog mummy kadang-kadang dah berhabuk pun. Iman pulak macam tau-tau je mummy online, terus bulat biji mata...Haish...Kalau tak de papa yang tengokkan Iman jangan harap mummy nak menulis karangan. So, kena menulis secara pukal dan sepantas kilat.

First appointment Iman dengan Dr. Guna pada 05 December 2010, time tu Iman baru 32hari. Maka terkedek-kedek la kami bertiga ke PMC. So far Iman sihat sejahtera dengan berat 4.1kg. Cuma masalah angin dalam badan je yang tak berkurang lagi. Tapi sekarang mummy dah tak risau bila malam menjelma sebab Iman dah boleh tidur malam tanpa di tuam. Masa sebelum 1bulan, tiap-tiap petang memang Iman akan di tuam oleh mak tok la, sapa lagi. Sekarang tidak lagi.

Hari tu jugak Iman kena cucuk untuk 1bulan; Hep. B Dos 2. Ada 2 pilihan samada nak cucuk kat PMC atau Klinik Kesihatan. Kami pilih untuk ke Klinik Kesihatan je, lagipun free of charge. Lepas ke PMC, kami bergegas ke Klinik Kesihatan Jitra pulak. Bukan setakat Iman je kena buat pemeriksaan, mummy pun diperiksa sekali. Kat sini berat Iman jadi 3.9kg sebab masa timbang kena buka semua baju dan juga pampers, bahasa mudahnya kena bogel la. Panjang pulak 52cm. Lepas dah periksa kedua-dua ibu dan anak, tiba la masa Iman kena cucuk. Iman punya tangisan boleh dengar satu klinik tu, mengalahkan baby-baby lain. Tambah pulak dia tengah mengantuk tahap dewa, memang menangis habis-habisan la.

Untuk cucuk kali ni nurse dah bagitau memang tak akan demam. So, papa dan mummy tak de la risau sangat.

Pejam celik pejam celik, rasa cepat je masa berlalu. Iman dah pun 1bulan, dah pandai buat perangai; nakkan perhatian papa dan mummy.....Walauapapun "we love u, sweetheart"

Iman Zuhayr B Muhammad Aiman
32 Days




0 comments:

Post a Comment


up