Penantian Satu Penyeksaan


Memang penantian tu satu penyeksaan. Bila la nak dapat kunci rumah ni? Memang dah tak kesabaran nak memasuki rumah baru walaupun bila dah dapat kunci takde la terus nak pindah tapi dah boleh start sikit-sikit apa yang patut untuk Rumahku Syurgaku. Sekarang ni hanya menunggu CF je la; bak kata Developer dalam hujung tahun ni boleh dapat kunci. Seharusnya perkara pertama akan dibuat setelah mendapat kunci adalah memasang Grill. Bolehlah kami mengangkut barang-barang (masa duduk KL dulu) yang berkotak-kotak kat rumah FIL tu. Nasib baik la rumah FIL masih ada banyak ruang untuk barang-barang kami tu, nak harap rumah My Mom harap maaf je la; tak de sikit pun ruang kosong. Memandangkan bulan 5 tahun depan Ihsan a.k.a adik ipar nak kahwin, maka dengan segala hormatnya dipersilakan barang-barang tersebut keluar. Memang la FIL tak kata apa-apa pun tapi sendiri mau ingat la. Bila tiba masanya memang kena kemas jugak barang-barang kitorang kat atas rumah tu. So, tak nak memeningkan kepala nak pikir kat mana nak simpan, memang berharap sangat-sangat mendapat kunci rumah secepat mungkin. Senang cerita......FULL STOP....


Post Guard Taman Gemilang


Hari-hari lalu hanya mampu memandang post guard ni je la. Bukan tak boleh masuk kawasan perumahan ni tapi kalau masuk pun still tak boleh masuk rumah kami..Kuncinya tiada..Tapi kepada rakan-rakan dan ahli keluarga jangan la rasa menyampah nak datang rumah kami nanti hanya disebabkan ada pakcik guard ni. Pakcik guard ni bukan macam pakcik guard Universiti yang memerlukan kita isi buku pelawat; hanya menunjuk ID Card, di scan dan boleh meneruskan perjalanan ke rumah kami.


Selain penantian kunci rumah, penantian bayi kami lahir juga satu penyeksaan...Bukan la penyeksaan yang tak sanggup dihadapi tapi penyeksaan dalam ketaksabaran (apa ni ayat putar belit...buat-buat faham sudah la). Tak sabar nak gomol-gomol, uli-uli, peluk-peluk, cium-cium cinta hati kami ni. Di akhir-akhir kehamilan ni terasa lambat je masa berlalu dari hari ke hari tapi masa awal-awal dulu rasa macam 'eh eh dah 6,7bulan aku mengandung rupanya'...Mungkin sebab asyik dok belek kalendar kot..HAHA. Lagipun dalam bulan September dan Oktober ni memang ramai kenalan yang bersalin sebab tu i pun jadi tak sabar.


"Sabar Mummy....sebulan je lagi...;)"


Semalam i pegi melawat anak jiran yang baru bersalin. Dia pun bersalin kat PMC; Dr Annuar jugak, mana tak nya Dr Annuar tu sedara mara diorang. Apa lagi i pun meng'korek' pengalaman dia bersalin dan seharusnya bertanya rate bersalin normal kat PMC; boleh la budget kewangan..Mudah-mudahan i dapat bersalin secara normal, memang kalau boleh i tak nak di caesar tapi semua tu urusan Dia. Kalau itu yang terbaik kena la menerimanya dengan redha. Tapi caesar ni memang akan mengalami kesan jangka panjang...Wallahualam.


Walauapapun diharap ibu dan anak kelak dalam keadaan sihat dan selamat.


Amin......



0 comments:

Post a Comment


up