Bila Dah Dapat Duit......

Tengah dalam keadaan keMARAHan yang melampau.

Ini pasal photoshooting kat studio masa Hari Raya Pertama. My Mom minta diorang siapkan gambar kitorang (cuci + framing + cd) secepat mungkin sebelum 19 September 2010 sebab time tu Mr Hubby orang yang terakhir akan pulang ke KL. So boleh la dia bawa gambar-gambar tu untuk Abang dan Kakak i.

Tapi pada tarikh tu diorang hanya sempat siapkan cuci + framing tanpa cd dan minta kitorang ambil cd lepas ni...Ok it's fine, tak kisah lagi.

Selepas seminggu dari hari My Mom ambil gambar, i dan My Mom pegi pulak kedai tu nak tanya pasal cd..ye la dah seminggu tak kan la seminit pun tak sempat nak burnkan gambar dalam cd kan.....Dalam kehujanan yang lebat My Mom redah jugak hanya kerana sekeping cd
TUP TUP.....
Boleh dia kata datang ambil esok sebab tak buat apa-apa pun lagi, nak kena cari dulu gambar-gambar tu...
WTHELLooooooo
*
*
*
*
*
*
Mentang-mentang dah dapat bayaran sampai 6-7ratus ringgit, boleh pulak buat-buat tak ingat pasal cd kitorang ye. Mana tak dapat beratus-ratusnya gambar untuk 1 whole family ada 5keping + gambar family My Bro 1keping + gambar family My Sis 2keping + gambar Me and Hubby 1keping. Setiap gambar 11R including framing dah RM80....so, kira la sendiri berapa dia dapat. Itu baru family i.....tak kira lagi family-family lain cuci berapa banyak.
Dah dapat beribu-ribu masa hari raya tu terus berasap kepala otak, terus tak ingat apa yang pelanggan nak. Nasib baik kitorang pegi tanya kalau tak raya tahun depan pun tak tentu dapat cd tu.

Buka kedai gambar tu bukannya baru sehari, dah berpuluh tahun pun. Tak kan la tak tau kot orang ambil gambar bukan hanya nak simpan hard copy, soft copy wajib la nak jugak. Masa zaman guna filem tu, tak payah bagitau pun pandai pulak bagi sekali filem-filemnya. Sama la konsepnya sekarang ni cuma dah di'upgrade' ke cd pulak.

Memang marah tahap maksima nih.

Jadi aktiviti meng'upload' Family Portrait terpaksa ditangguhkan lagi.
*
*
*
*
*
*
IKLAN

Tahniah kepada ABUN & Isteri
(ex-officemate SKALA)
dengan kelahiran cahaya mata sulung; BABY GIRL
pada 24 September 2010
3.4kg; pada pukul 1.48ptg




0 comments:

Post a Comment


up