Mentor 4

Semalam sempat melayan Mentor 4 di TV3, Kumpulan A bertanding bagi minggu ke-2. Mentor dan Protege bagi Kumpulan A ialah :

Joe Flizzow & Ila



Mas Idayu & Shaq



Ameer & Nani



Bagi pendapat I, Mentor ni lebih menarik daripada AF8 sebab peserta-peserta dia memang mempunyai suara yang sedap didengar walaupun ada juga sesetengah peserta yang 'ke laut' je pun menyanyi. At least boleh lagi la diterima dan masih lagi mampu menahan telinga ni. Yang pasti dah boleh pilih peserta favourite masing-masing. Kalau nak dibandingkan dengan AF8, seriously tak tau siapa yang layak menjadi juara. To be frank, I memang tak layan Konsert AF tapi hanya melayan Diari AF. Itu pun sebab nak tengok keletah-keletah cikgu-cikgu dalam akademi dan part yang I suka bila tengok kelas tarian Linda Jasmine.

Berbalik pada kisah Mentor ni, peserta favourite I bagi Kumpulan A pastilah Ila.....suara dia sangat sedap dan sangat sesuai dengan rentak R&B yang dibawanya. Mentor dia pun; Joe Flizzow jenis gila-gila. My first impression kat Joe ni, I ingat dia macam sombong dan jenis speaking je tapi bila tengok Mentor baru la nampak the true colour of him...jenis yang suka membuat lawak la jugak. Jenis yang cool je.

Minggu ke-2 ni sangat berpuas hati dengan pemarkahan yang diberi sebab Ila berjaya menjuarai pertandingan ni, baru rasa yang juri professional membuat penilaian yang sewajarnya...Minggu pertama dimenangi oleh Shaq yang pada pendapat I tak la se'best' mana pun. Mungkin markah kasihan yang diberikan oleh juri sebab Mas Idayu asyik dok hebohkan tentang kesakitan tekak yang dialami oleh Shaq.....Tapi ternyata selepas dah tak sakit tekak pun suara dia ke laut jugak; ayat-ayat yang disebut memang tak jelas langsung dan kedengaran suara dia macam tak nak keluar je pun (jangan marah ye peminat-peminat Shaq, ini pendapat masing-masing)

Yang paling berpuas hatinya dengan Mentor ni sebab pemarkahan bukan 100% daripada undian SMS. Kalau tak, entah siapa-siapa la yang jadi juara nanti...At least 50% markah adalah daripada juri professional yang lebih tahu menilai siapa yang boleh menyanyi; tak de masalah pitching. Kalau ikutkan SMS, siapa yang ramai kroni atau peminat la yang akan menang, tu pun tak tentu lagi suara best ke tak.

Apa pun pendapat yang diberi, yang pasti kesemua peserta ni mampu memberi persaingan yang hebat antara satu sama lain....


*Gambar kat atas tu masa pertandingan Minggu Pertama.........Review untuk Mentor Kumpulan B kalau I rajin I buat la sebab masih belum jumpa peserta favourite lagi dalam kumpulan tu.











0 comments:

Post a Comment


up