Malu-malu Ye.....



Hari Ahad lepas I pegi buat 3rd Antenatal Check-up......As usual pagi-pagi lagi dah terpacak depan Pusat Rawatan, punya la nak amik nombor yang awal-awal tetapi Mr Doc lambat jugak sampai, maybe ada orang bersalin pagi tu sebab tu la dia masuk pukul 9.30am (ooowwwhh sungguh penat bekerja sebagai doktor ni tapi gaji yang masuk sungguh lumayan especially yang buka klinik sendiri)

Turn I untuk dipanggil masuk adalah yang ke-4 kiranya awal jugak la....seperti biasa pemeriksaan tekanan darah, timbang berat badan dan yang paling I tunggu-tunggu.......MR SCAN...Masa ni la baru boleh melihat perkembangan bayi dan dia membesar dengan sihat. Sekarang sudah 147g, bersesuaian dengan berat ibu hamil ni yang naik setiap bulan 1kg. Tapi kali ni hanya menampakkan kepala, tulang belakang, tangan dan kaki...waahhhh baby bermain Peek A Boo dengan Mummy dan Papa......dia membelakangi kami (tak baik tau berbuat begitu dengan ibu bapa kamu...HAHAHA). Mentang-mentang la ada banyak ruang untuk bergolek, jadi dia malu-malu nak menunjukkan muka lagi......tak pe kami tunggu masanya untuk gomol-gomol kamu si kecil....Mr Doc cakap minggu ke-20 baru boleh merasai pergerakan dan tendangan-tendangan lembut bayi. Sekarang ni masih belum merasai apa-apa.

Habis je saat bergembira melihat bayi, Mr Doc mengkhabarkan yang darah I naik sikit tapi dari air kencing tak de protein (kiranya tak kritikal) dan Mr Doc akan memantau dari masa ke semasa....Ouhhh sungguh ingin mengelakkan daripada mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil sebab boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Adakah sebab I memakan raja segala buah ni yang menyebabkan darah I naik??




Lagipun kat rumah I hari-hari ada durian sebab arwah ayah tanam pokok kat sebelah rumah je dan tiap-tiap musim memang menjadi la durian ni. Ada sebatang je pokok tapi buah dia banyak sehingga tak terkira, tu pun dah banyak yang bagi kat orang. Tak larat la nak menghabiskan satu pokok tu, last-last semua orang dalam rumah ni dapat darah tinggi pulak. My Mom kata mungkin sebab I tak banyak exercise kot sebab tu darah naik. Lagipun masa My Mom pregnant kami empat-empat orang tak de pulak kena darah tinggi....

Dalam buku Kehamilan ada ditulis tentang Makanan Penurun Darah Tinggi.....so boleh la mencubanya..

COKLAT - Sedikit coklat sudah cukup mengandungi magnesium yang membantu melancarkan pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah. Kalau tak suka coklat boleh mencuba makanan lain yang mengandungi magnesium seperti bayam, avokado, gandum.

PISANG - Buah ini membekalkan sumber zat potassium yang membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan pembekuan cecair dalam tubuh. Kandungan yang sama juga terdapat dalam kismis, bayam dan yogurt.

IKAN - Kandungan Omega 3 dalam ikan membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun hindari ikan yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi seperti tuna dan mackerel.

OREN - Kaya dengan vitamin C yang membantu mengurangkan penyempitan arteri dan menurunkan tekanan darah. Vitamin C juga terdapat dalam anggur, kiwi dan strawberi.

Yang penting jangan terlalu memikirkannya, lagipun bukan ditahap yang kritikal sangat. So kena jaga pemakanan yang sihat; banyakkan makan buah-buahan, kismis dan kurma...Last but not least....pegi buat senaman sikit. (OK....petang ni jugak pegi bersenam tapi nak bersenam kat mana ye????)












0 comments:

Post a Comment


up