Turns Four


Cepat je masa berlalu...Rasa macam baru semalam je pregnant, baru semalam je bersalin. Pejam celik pejam celik, Iman dah pun 4bulan. Dah bermacam ragam, dah bermacam benda baru yang di'explore'. Mummy pun tiap-tiap hari dah tak de masa nak menggoyang kaki, asyik mengadap si kecik ni je la.

Perihal Iman sepanjang 4 bulan ni :

Anak PAPA
Anak papa sangat sebab muka se'photostat'. Sumpah, tak pernah lagi la orang tegur macam muka mummy. Serba serbi ikut macam papa; perangai pun macam papa....hehe. Yang pasti mata ikut mummy, bulat dan menawan....haha. Nak jugak diselit gen mummy kat anak (kalau tak de gen mummy, macam mana boleh keluar dari perut mummy kaaannnnnn.......^____^)

Muka papa, kulit ikut mummy...hoccay!!

Say No to bottles
Until now sangat tidak gemarkan botol susu walaupun susu mummy dalam tu. Sentiasa nak melekap dengan mummy jer. Tapi setiap hari ajar jugak minum botol; sehari 2 kali dan hanya mampu habiskan 1oz susu. So, tak payah memandai nak bagi lebih-lebih sebab automatik dah tak nak. Tak pe la Iman, pelan-pelan okay belajar minum botol. Mummy setia menunggu.....Bersyukur sangat-sangat sebab masih mampu BF Iman sepenuhnya. Dan susu mummy masih mampu mengenyangkan Iman hari-hari.

Tak bermakna TIDUR tanpa BUAIAN
Sangat tak nak tidur kalau tak de 'sahabat baik' dia; si buaian. Masa pregnant dulu memang niat di hati tak nak ajar anak buaian atau soother. Tapi terpaksa berkorban salah satunya sebab Iman mengalami colic @ kembung perut yang maha hebat. Dia susah nak tidur maka mummy pun ajar la Iman berbuai-buai. Sebab tu mummy malas nak ke mana-mana sekarang ni. Iman kalau mengamuk nak tidur, bergema satu shopping mall tau. Bila malam tak nak dibuai pulak, ajak mummy tidur dalam bilik sambil nyot nyot sampai la tertidur.

Berjaya Meniarap
Sudah boleh meniarap di umur 4bulan. Bukan setakat meniarap, dah angkat punggung nak ke depan pun. Pantang letak, terus berpusing....kadang-kadang tu mengamuk sebab penat. Iman tak pandai lagi nak pusing sendiri.


Senyuman seindah suria

Iman budak kecik yang suka tersenyum. Panggil nama je pun dah tersengih-sengih sampai berjuraian air liur. Belum lagi diagah-agah untuk diangkat. Itu memang favourite dia, didukung ke sana sini. Sangat tidak suka dibiar berbaring seorang diri, mula la menjerit minta di angkat. Selalunya mak tok la jadi mangsa, bawa Iman jalan-jalan kat luar rumah lepas balik kerja. Iman pulak macam tau je timing dia. Pukul 5 dah tak nak duduk dalam rumah, nak ambil angin kat luar pulak.

Telinga Lintah
Telinga lintah = Tajam pendengaran
Tak boleh dengar sebarang bunyi bila time tidur maka akan terbuntang biji mata. Kadang-kadang mummy ter'tension' pada sesiapa yang berbuat bising sebab mummy buaikan Iman 1jam, tetiba tak sampai setengah jam boleh pulak dia dah bangun sebab gangguan persekitaran. Emak mana yang tak tension, sakit pinggang-pinggang membuai dia sampai tidur. Tak sempat nak hilang lenguh tangan nih, dia dah bangun dah...(tak mengeluh, mummy terima anak mummy seadanya). Rasa macam nak buat bilik kebal la untuk Iman.

Gemarkan tangan dan kaki

Ini pun favourite Iman jugak. Sumbat jari, kadang-kadang penumbuk dalam mulut. Masukkan jari dalam mulut tu sampai nak termuntah la jawabnya. Towel kecik kena sentiasa ada sebab anak mummy ni sentiasa dipenuhi air liur. Kat tangan, kat lengan....itu tak termasuk lagi air liur yang berjuraian. Baju sentiasa basah...Ibu jari kaki pun kesukaan Iman jugak. Pantang buka socks laju je sumbat jari kaki dalam mulut, kadang tu dengan socks-socks di makan sekali.

Memang seronok melayan budak-budak ni. Letih tu memang la ada, tipu la tak pernah rasa letih tapi bila tengok senyuman manis Iman terus hilang segala rasa tak larat. Boleh ikut tersenyum sekali, macam-macam keletah. Mummy pun gembira dapat membesarkan Iman secara sepenuhnya.....Mummy love you, sayang.



0 comments:

Post a Comment


up