Misi Bermula


~ Contractor hunting ~

Last week hubby balik sempena melihat anak dan isteri, maka kami pun memulakan pencarian kontraktor. Untuk apa????? Untuk menyiapkan kitchen cabinet kami. Target nak masuk rumah bulan 5 ni, so tak boleh membuang masa lagi. Kena mensurvey dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat harga yang termampu dan yang paling penting terhasilnya kitchen cabinet IDAMANKU. Sebagai pembakar semangat untuk lebih rajin memasak...sebelum ni pun memang dah rajin (perasan sendiri). Kat rumah sendiri baru la teruja sikit nak mencuba pelbagai resepi especially makanan yang kena bakar ni. Duduk dengan emak, harus la my mom yang settlekan bahagian bakar-mambakar tu. * teringinnya nak buat macaroni bakar *

Kembali ke cerita asal.....

1st Survey
Tanya contractor yang pasang grille (dia pun buat kitchen cabinet jugak) ; En. Cina. Wet Kitchen, harganya boleh diterima akal tapi Dry Kitchen, harganya.....mak aih.....terlebih lebih lebih lebih lebih budget (cuba kira berapa banyak lebih daa). Harga yang di quote rasa macam tak boleh nak diterima oleh akal fikiran. Rasa macam dia 'mencekik darah kami'.
*
*
*
*
CANCEL

2nd Survey
Kami ke kitchen specialist kat Jitra. Bila dia tengok design yang i buat dia kata ruang kerja terlalu kecil. Dia propose layout baru tapi serious i tak berkenan layout dia, macam tak seswai gituuu. Cara dia cakap macam nak suruh ambil set kitchen cabinet dia yang tengah promotion masa tu. Memang la dapat granite counter top, kitchen hood + hob dan sink free tapi design dan material yang diguna sangat not my taste. Harga pun mahal jugak.
*
*
*
*
CANCEL

3rd Survey
Hubby meng'google' di mudah.com sebab dah tak de idea kat mana lagi nak cari orang untuk buat kitchen cabinet. Terjumpa la company IRIZ DECO dan dapat la tengok kerja-kerja yang diorang dah buat, memang trend terkini dan memenuhi citarasa orang muda macam i. Esoknya terus kami pegi cari En. Shah, boss IRIZ DECO. Yang menariknya IRIZ ni adalah pengilang bagi kitchen cabinet, diorang buat keja pun sebelah rumah je. So, minta estimate quote dari En. Shah dulu base on design i dan harga yang diberi pun affordable la untuk kami. Yang penting material yang dia guna adalah dari Formica...ooohhhhh i loooiikkkeeee sangat sangat sangat. Diorang perlukan masa 4minggu untuk siapkan dan perlu book tarikh cepat-cepat sebab diorang sentiasa full house.

Disebabkan kami tak beli apa-apa pun lagi perkakas untuk dapur; kitchen hood + hob, oven, sink + tap, dia pun suggest kedai yang boleh bagi harga murah sebab lagi memudahkan diorang nak ukur bila semua benda dah ada. Hari tu jugak kami pegi beli semua tu.

Next day En. Shah datang rumah; ukur dan bagi quotation. Bertambah harga sebab ketinggian siling yang kami ukur tak sama dengan ketinggian sebenar. Maka untuk cut cost, tak dapat la nak buat full height cabinet kat Dry Kitchen....sob sob sob.

Kalau kami berminat dengan harga yang ditawarkan, kena bayar RM200 untuk buka akaun dan diorang akan buat 3D.
*
*
*
*
YEAY!!!!!!

Sekarang ni tunggu je la 3D tu siap. Kalau puas hati, pilih material pulak.

Fuuuhhhh.....nak masuk rumah, duit keluar macam air. So, lebih baik menabung dari sekarang kalau nak beli rumah. Kalau tak, kena la pinjam dekat 'ah long'......;)



0 comments:

Post a Comment


up