Saya Budak Ingin Belajar

Peringatan : Post ni agak panjang, kalau sanggup sila baca kalau tak sila tutup


Dalam Delima

Terasa nak belajar balik tapi banyak benda dok berlegar-legar dalam kepala otak ni. Nak belajar sebab nak perabih duit Mr Hubby....eh tak de....nak belajar sebab nak tambah ilmu di dada,

TAPI

Kita Hanya Boleh Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Disebabkan malas nak serabutkan kepala, just follow the flow.....
Niat murni tu memang sentiasa ada dalam jiwa tapi berserah je la pada rezeki Allah
mana yang terbaik sebab Dia Yang Maha Mengetahui




Sebut pasal belajar tetiba rindu dekat zaman belajar dulu, zaman jadi budak
Architecture Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dah la first batch, terkontang kanting kitorang (mungkin i je kot) nak menyesuaikan diri dengan architecture....ye la dah la tak de senior nak refer, kalo buat keja tu memang syok sendiri.
Tapi masa zaman sekolah rendah, bila orang tanya bila besar nak jadi pe?
Laju je jawab nak jadi arkitek
Tapi realitinya memang tak tahu dengan mendalam apa tu Architecture
Dengar orang cakap arkitek kaya, buat bangunan
terus cita-cita nak jadi arkitek, ni pengaruh adik beradik.....
sebab i memang takut nak jadi doktor, takut dengan darah
apa lagi cita-cita yang hebat masa tu?
Doktor, Lawyer, Arkitek je la
Tak nak jadi cikgu sebab my family dah ramai jadi cikgu, nak kelainan la pulak
Bila Mind Set dah macam tu,
lepas SPM je terus apply architecture tanpa berpikir panjang, apatah lagi nak search pasal architecture ke...tak de inisiatif langsung. Yang pasti berdoa supaya dapat further study dalam architecture. Alhamdulillah....disebabkan time matriks belaja bersungguh-sungguh, keinsafan sebab SPM dapat teruk sangat, maka pilihan pertama nak ke UKM dalam bidang Architecture pun tercapai.....

Excited sangat-sangat sebab dapat dan serius tak tau
I am going to be the First Batch...
Pilih UKM sebab paling jauh universiti yang nak pegi hanya sekitar KL, UTM Skudai memang dah tolak jauh-jauh sebab My Sis pernah belajar kat Sekolah Tun Fatimah, JB
Ya Rabbi....perjalanan nak ke sana dari Kedah memang sangat sengsara.
Tak tahan tu perjalanan yang sebegitu jauh.

Bermula la perjalanan hidup sebagai student Architecture. Memang tak terbayang langsung apa benda nak kena belajar, macam mana student life nanti, dah la tak de tempat rujukan....hanya ada 2,3 orang lecturer je masa tu (sebab baru nak set up)

Warning : This is my personal opinion

Memang study shock la time tu....Whaaatttt????? Kena stay up??
owhh....i bukannya jenis boleh berjaga lama-lama, memang jenis tak tahan kalau tak tidur dan sangat benci kalau tak boleh tidur, rasa macam nak mengamuk/moody kalau tak boleh tidur...HAHAHAHA (memang kaki tidur malam)
Sentiasa berada dalam keadaan tension bila time kena buat design
Memang bukan budak architecture sejati

Masalah utama bila jadi budak architecture ni, transportation.
Bila kena stay sampai pukul 10malam, mana ada bas lagi yang nak hantar balik kolej.
Sama ada nak balik jalan kaki atau tidur je la kat studio.
Kalau jalan kaki ramai-ramai tak pe gak, kalau sorang-sorang simpang malaikat 44. Dah la UKM tu besar, jadi apa-apa nanti sapa yang susah.....harus la My Mom...
Dah la tak reti bawa motor sebab tak di'train'.....lagipun kat rumah memang tak de motor, My Mom tak bagi belajar...bahaya katanya.
Jadi terpaksa la menumpang motor rakan-rakan yang baik hati.
Dah menumpang, kena buat cara menumpang la....bukan suka-suka hati je nak naik. Kalau tuan punya motor tak nak balik kolej lagi, pandai-pandai la kalau diri sendiri nak balik sangat-sangat.....Tu pun selalu tumpang kalau kena stay back malam-malam. Kalau siang-siang boleh lagi nak berjalan ke studio, boleh exercise sebab tu time belajar i slim tapi sekarang dah macam ikan buntal.
Kalau ikutkan time tu memang nak bawa keta (mungkin akan lebih berjaya....alasan) tapi disebabkan keta yang ada kat rumah masa tu tak boleh nak bawa jauh-jauh...terpaksa la pendamkan hasrat murni tu. Tak kan la nak minta My Mom beli keta baru kot, lagi la tak sampai hati....redha je la menjadi pembonceng yang setia.

Yang Pasti

Nak habiskan degree ni cepat-cepat.....dan berjaya graduate

Sampai sekarang i still tak puas hati dengan pencapaian masa kat Universiti. Mr Hubby kata zaman U dia yang paling best sekali tapi i tak.....rasa macam terpaksa je, rasa macam tak de life (nak life macam mana lagi??) emm entah la....kalau dulu tengok kawan-kawan lain (bukan student architecture) diorang happy dengan pilihan course masing-masing, semua benda bukannya senang tapi at least diorang enjoy........
TAPI i happy bila dengan budak-budak studio je, bila kena buat design i tak enjoy pun
jadi macam mayat hidup, ikut je apa yang disuruh tanpa ada perasaan teruja.
Sekadar nak habiskan sem tu je...

Untill now I keep blaming myself

Kenapa la pilih Architecture?
Kenapa la pilih UKM?
Kenapa la tak buat research dulu sebelum apply

Perkataan Kalau.... pun selalu bermain-main kat kepala ni

Kalau la tak amik architecture, mesti dah berjaya jadi ..........
Kalau la dulu ambil ........., mesti sekarang dah jadi ..........

Sebenarnya tak baik asyik berkalau-kalau, macam tak meredhai apa yang dah tertulis....That's why i tak ambil hati sangat...mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada anak-anak i kelak....

Pernah cakap kat Mr Hubby

" Nanti kalau anak kita nak belajar, yang perempuan tak nak bagi ambil architecture, yang lelaki kalau berminat bolehla ambil "

" Kalau nak ambil architecture pun, tak nak bagi ambil kat UKM "

Kenapa tak nak UKM?
Sebab until now(3years after my graduation day) still belum diiktiraf oleh JPA...susah tau bila nak apply government.
I tau bukan semua nak keja government, so diorang tak kisah kalau tak diiktiraf JPA sebab company swasta tak tengok pun semua tu.
TAPI
Bagi yang tetiba teringin nak keja dengan government, kesian kat diorang including me...nak pegi interview je kena pegi JPA kat Putrajaya dulu minta diorang buat surat pengiktirafan.
Surat tu pulak hanya sah untuk Temuduga Jawatan Tersebut sahaja.

......SIGHSSSS......

Habis tu kata nak sambung belajar, kalau bukan architecture nak sambung apa?

Yang tu biar i sorang yang pikirkan....

Apa pun still miss my ex-studio mate friends...masing-masing dah berjaya dengan kerjaya pilihan dan kehidupan yang bahagia.....


p/s : Lately tersangat malas nak update blog...rasa macam nak muntah bila tengok lappy
(over sungguh description....)






























































0 comments:

Post a Comment


up