Our Newborn


Our Princess

Amni Dayani bt Muhammad Aiman

30 May 2012

4.44pm

2.9kg


Review tentang INS


Mesti ramai tak tau sangat kan pasal INS ni melainkan kalau dah pernah pergi bersalin kat situ. Ini berdasarkan pencarian i sebelum bersalin aritu, memang susah la nak dapat info tentang INS ni sebab tak de orang yang nak story pasal pusat bersalin ni. Disebabkan i dah pernah experience bersalin di situ (untuk anak ke-2) maka i nak share la serba sedikit tentang INS ni. So mudah la untuk mereka-mereka (di utara saja la) yang first time nak bersalin kat sini dapat gambaran environment INS ni macam mana.

Kita mula dengan wad bersalin dulu la...wad bersalin kat sini ada 2 jenis je. Ada bilik sorang dengan bilik 10orang. Hari tu i ambil bilik 10orang, malas nak membazir untuk bilik sorang sebab fikir nak stay 1malam je pun. TETAPI....bilik 10orang ni tak boleh ada orang temankan di malam hari...huhu. Kami dapat tau pun time dah malam & selepas i dah selamat bersalin. Itu pun sebab nampak di tampal waktu melawat kat pintu bilik tu; 9.00am-10.00pm. Hubby pun tanya la kat nurse, tak boleh ada orang teman ke....dan jawapannya memang tak voleh pun. Kalau single room tu baru boleh berteman bagai...I pun tak kisah la sebab kali ni bersalin i tak de la lemah macam masa first time bersalin dulu. Mungkin sebab i tak ambil ubat tahan sakit yang mengantuk tu. Lagipun kesian jugak kat anak yang first time kena tidur dengan tok dan hubby pun boleh la tidur dengan selesa jugak. #kalau experience sebelum ni (masa di pmc), hubby kena tidur atas kerusi je dan sangat tidak selesa. I kesian tengok hubby masa tu, ajak dia tidur atas katil pesakit, nasib baik la muat...hahaha# Walaupun tak boleh berteman, jangan risau sebab nurse kat situ memang buat kerja sepenuh jiwa. Diorang akan datang dan bersihkan kita..kalau yang kena c-sect, tak dapat nak bangun ke toilet; diorang akan datang dan tolong lapkan badan patient. Memang tip top la hospitality kat situ cuma environment kat situ nampak usang sket.

Labour room pulak kena share-share hoccay....(untuk yang bersalin normal la). Hanya curtain yang memisahkan anda. Boleh dengar la orang sebelah dok push, scary jugak la untuk yang first time nak bersalin. Masa i hari tu pun ada sorang nak bersalin jugak, kami memang dok sebelah-menyebelah je la..Dia yang 1st masuk LR tapi i yang bersalin dulu. Mesti time i tengah kelam-kabut nak bersalin, orang sebelah kata 'apa la yang kecoh sangat makcik sebelah ni nak bersalin nih'...hohoho.

Nursery dia pun not bad...Diorang memang akan letak baby-baby kat tepi cermin. So boleh terus tengok anak masing-masing, tak perlu minta nurse bawa bayi anda. Time nak balik pulak memang bayi anda akan dipakaikan baju bayi berlambang INS, sepasang mitten and booties, pampers dan dibedung dengan towel/selimut INS. Memang dah termasuk dalam pakej.

Rate bersalin kat INS ni pun affordable...

p/s : Sebab kenapa i setia dengan Dr Annuar....dia akan bius sampai tidur patient sebelum dia menjahit. Tak de la hakak ngeri sangat....;)  


up