what a hectic day

Alhamdulillah...dah selamat bersalin anak ke-2; baby girl-2.9kg-4.44pm-30 Mei 2012-INS...mulanya just datang check-up sebab sebelum ni air ketuban kurang. Sekali bila dah jumpa doktor, doktor kata air ketuban dah makin kurang, dah tinggal 4.3 saja. Sepatutnya bacaan air ketuban antara 5-7; kiranya selamat lagi la. Bila dah bacaan kurang, doktor suru
h masuk wad hari yang sama juga, 30 Mei 2012. Kena induce la jawabnya....

Kami suami-isteri masa tu macam...HAAAA...dah la beg hospital pun tak bawa, siap tak complete lagi packing, budget time weekend la baru nak settlekan semua. Lagipun i dah start cuti 1/06, so kiranya sempat la nak kemas semua barang. Sekali kena pergi bersalin sekarang juga....dah doktor suruh admit ward, kami berdua pun rushing la balik rumah ambil barang. Kelam kabut gila time tu, nasib baik la Iman kami hantar rumah tok dia...

Daftar wad dalam pukul 11pagi, pukul 12 masukkan ubat...lepas dah masuk ubat tu dah mula la rasa sakit contraction tapi tak kuat sangat la...then doktor naik, tengok dan bagitau dalam pukul 4 baru dia datang balik untuk check bukaan. Dalam pukul 3.30 doktor datang balik untuk check bukaan, masa tu dah 3-4cm dan doktor kata boleh bawa turun ke labour room untuk pecahkan air ketuban. I masuk LR pukul 4, doktor pecahkan air ketuban dan bermula la episod contraction yang menggila...setiap seminit kot skit. Mak hanya mampu bertabah...tetiba dalam pukul 4.30ptg, contraction makin kuat dan rasa macam nak poo poo je (bila dah sampai masa untuk push, memang kita akan rasa macam nak membuang air besar). Hubby terus inform nurse dan dia pun check bukaan, dan baby pun dah di bawah...nurse suruh i start push. Apalagi bila dah dapat green light terus la push...tak mampu nak tahan lagi dah. Sekali nurse suruh stop push sebab doktor tak sampai lagi...wawawa...mana bleh nak tahan weh. I siap jerit, tak boleh tahan dah...nurse siap suruh tarik nafas and kata `adik jangan macam ni`....macam mana la tak macam ni, dah sakit perut tak mampu kot nak tahan lagi..

Doktor pun datang dengan kelam kabut gila...tak expect secepat ni. Doktor pun tak expect apalagi mom-nak-bersalin ni..then bila dah ada doktor baru la i boleh sambung push...2kali push maka keluar la puteri kami yang jelita #ewahhhh....

ok laaaa....penyakit malas dah datang...bye

Berpindah Lagi

Ya ya ya....I akan berpindah tempat bersalin...AGAIN. No more PMC but INS...Kenapa???? Kerana my O&G Doc telah beralih arah ke sana. Kan selama ni i berikrar (chewah) nak bersalin kat Dr Annuar je..So I FOllllowwwwww....

INS ni memang hanya ada pakar perbidanan & pakar kanak-kanak saja. So hospital ni tak la segedabak PMC yang ada segala mak nenek pakar. I pun tak tau environment kat INS macam mana sebab tak de kenalan yang pernah pergi situ. Mula-mula dapat tau Dr Annuar pindah tu terkejut jugak la, tu pun sebab i saja buka FB dia (nasib baik i add dia...kalau tak menonong je la kami ke PMC masa next appointment nanti). Susah hati tu tak tau nak cakap macam mana la....susah hati sebab fikir berapa pulak kos bersalin kat INS. Tanya encik Google pun dia tak berapa nak tau sangat sebab tak de orang yang update pasal INS ni. Mula tu i macam berbelah bahagi la jugak nak stay PMC ke nak follow Dr Annuar. At least kat PMC dah tau la rate dia berapa...Disebabkan hubby seorang yang memahami dan tau sangat wife dia ni memang tak nak doktor lain, maka dia menyedapkan hati isteri dengan mencadangkan untuk try pegi check-up dulu kat INS dan survey kos bersalin kat situ berapa. Terubat la sikit lara hati ibu mengandung ni...;)

Sepatutnya next appointment Ahad ni tapi i pegi 3hari awal sebab tetiba je macam ada darah turun tapi dalam potion yang amat sedikit..2-3titik je..mulanya i just ignore walaupun ada jugak rasa cuak...lagipun tak de rasa sakit & baby pun aktif je kicking. Tapi selagi tak dapat kepastian doktor, memang tak senang duduk la kan walaupun darah tak banyak. Tambah pulak dah di hujung-hujung kehamilan. So hari Khamis tu hubby cuti sempena keputeraan Raja Perlis, so kami pun pegi la INS for the first time...Dah alang-alang ke sana terus survey harga and tak jauh beza dengan PMC...fuuhhhhh lega...

Bila masuk bilik doktor, doktor pun hairan sebab sepatutnya lagi 3hari baru datang kan...so i  pun bagitau la the problem and as usual kena la scan kalau nak tau condition baby macam mana. Baby and mummy are in the good condition cuma air ketuban je sudah berkurangan. Seminggu lagi doktor akan check condition air ketuban macam mana. Kalau still menurun jawabnya kena la induce...doktor pun cakap i ada potensi untuk bersalin awal dari EDD; 11/06...Berdebar ok walaupun dah pernah experience...huhuhu. Berdebar dalam ketaksabaran.

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.....Amin
 

percubaan

percubaan berblog melalui medium baru....still terhegeh-hegeh...so just trying, tak nak tulis panjang-panjang, nanti tak berjaya pula...ponat je mokcik

up