Di kala 8 bulan


Tak berapa hari lagi anak-bujang-kesayangan-kami akan berumur 8bulan. Dari bulan ke bulan dah bermacam benda baru yang Iman belajar. Dari pandai merangkak sekarang ni dah pandai berdiri pulak. Dah tu suka rasa diri sendiri macam dah besar dan dengan sesuka hati melepas tangan bila dah berjaya berdiri. Sekarang ni mummy memang tak boleh nak tinggal Iman main sorang-sorang walaupun sesaat sebab Iman ni bukan jenis yang suka main mainan bayi. Dia suka main mainan yang tak berciri bayi. Faham?

Maksudnya Iman penggemar benda-benda yang bukan dikategorikan sebagai mainan. Sangat suka bermain dengan basikal papa. Macam mana pulak bayi nak masuk 8bulan dah pandai main basikal papa? Kedengaran macam tak logik kan ke mummy buat-buat cerita nih...Betul, tak TIPU..

Tak percaya tengok gambar ni...

Believe it or not

Bukan setakat suka main basikal, naik tangga pun mainan favourite Iman. Tepuk-tepuk tangga kemudian panjat satu anak tangga kemudian satu lagi dan lagi dan lagi.....FUHHHH. Disebalik permainan 'extreme' dia, terselit jugak 'kelembutan jiwa' Iman sebab sangat tak sukakan bunyi-bunyian yang bagi dia dalam kategori menggerunkan. Sangat takut dengan bunyi vacuum, drill dan jugak blender...hehehe. Bila dengar je bunyi-bunyi 'gerun' tu mula la meraung dan merangkak laju-laju mencari mummy atau papa. Mungkin sebab dulu mummy berpantang dalam suasana aman dan harmoni kot, so Iman tak terbiasa dengan bunyi-bunyi bising. Emmm...entah lah.

Si kecil yang pemurah dengan senyuman

Yang paling mummy cair dengan Iman adalah senyuman dia. Baru bangun tidur pun boleh hadiahkan mummy dengan senyuman manis. Tiap kali Iman tersenyum comel, mummy terus rasa macam nak gigit-gigit je budak kecik ni dan kadang-kadang mummy gigit betul-betul jugak. Sepanjang nak masuk 8bulan ni baru sekali Iman demam panas. Masa tu dari bayi yang lasak, Iman terus jadi bayi yang nak tidur je, bayi yang menangis je, bayi yang serba serbi tak kena. Dan pertama kali juga bagi kami-ibu-bapa berdepan dengan anak yang sakit. Rasa sangat tak seronok bila tengok anak yang selama ni cergas ke sana-sini jadi tak bermaya. Baru la mengalami sendiri pengalaman macam mana dulu emak menjaga kita bila sakit demam. Tidur malam pun tak lena...Berapa banyak kali bangun nak jerlum (basahkan kepala anak dengan air daun bunga raya @ daun lidah buaya) kepala anak, takut anak tarik sebab demam panas. Alhamdulillah lepas ambil ubat, Iman kembali sihat dan aktif.

Pencinta susu ibu

Sampai sekarang Iman masih lagi membesar dengan susu ibu walaupun kadang-kadang mummy bagi jugak susu formula kat Iman. Alhamdulillah rezeki Iman masih ada sampai saat ini. Tapi yang merisaukan mummy berat Iman sangat susah nak naik. Sekarang ni pun berat Iman baru 6.5kg sedangkan bayi yang seusia Iman dah 7-8kg. Makan? Berselera je makan. Pantang suap apa-apa pun, tak pernah lagi ditolak. Pernah jugak nurse di klinik kesihatan suruh masukkan santan dalam bubur Iman, mummy dah buat tapi perut Iman pulak tak boleh nak terima...terus cirit birit. Tak pe lah Iman, asalkan membesar dengan sihat tanpa penyakit-penyakit yang memudaratkan mummy dah bersyukur.

Mana gigi kamu??

Sekarang ni Iman sangat pantang kalau tengok mummy atau papa bersiap-siap, mula la menjerit-jerit minta didukung cepat-cepat sebab dia dah tau mesti nak keluar berjalan-jalan. Hobi Iman suka menepuk-nepuk apa jua barang kat tangan dia, kalau tak de barang muka mummy-papa pun jadi sasaran dia. Kalau tak ditepuk-tepuk, dimakannya muka kami...nasib baik tak de gigi lagi...;)


<3<3 HAPPY 8 MONTHS IMAN ZUHAYR <3<3



Puding Roti la pulak



Bahan-bahan


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch)

2 cawan susu full cream

2 cawan whipping cream

1 cawan gula

6 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

4 sudu kecil butter

1 sudu kecil serbuk kayu manis

kismis-agak2


Cara-caranya

- Sapu butter pada dasar loyang @ bekas untuk membakar nanti

- Susun roti dalam loyang tadi

- Tuang bancuhan susu, whipping cream, gula, esen vanilla dan telur yang telah dipukul ke atas roti

- Biarkan roti kembang selama 1 jam

- Selepas kembang, taburkan kismis dan serbuk kayu manis di atas roti tadi

- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10minit pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 30minit


Resepi ni dari blog nani rostam dan banyak resepi-resepi dia yang macam terliur je nak mencuba. Sebenarnya kalau ikutkan resepi asal, puding ni ada sos krim tapi mak cik ni malas nak buat. Makan saja pun sedap jugak...kalau nak tau resepi sos krim tu, rajin-rajin la melawat blog dia...





up